Hiruk pikuk juga selepas Chefwan diumumkan sebagai ikon felda 2019.
Kecoh bukan kerana chefwan memang seorang yang kepoh tetapi polemik yamg timbul ekoran ucapan beliau setelah perisytiharan.
Saya rasa chefwan bercakap berdasarkan pengalaman peribadi di kampungnya iaitu felda sg koyan. Dari segi kajian, tak boleh begitu.
Felda ada di seluruh negara sehingga ke sabah. Membuat generalisasi mesti ada kajian dan dapatan. Sebagai pemegang PhD chefwan tentu lebih tau.
Chefwan ada sumber statistik berkenaan itukah?
Popular, glamor, dan terkenal belum cukup syarat untuk jadi ikon.
Ikon ialah sesuatu yang mewakili perkara yang hendak orang capai. Macam ikon pada paparan handphone kita. Klik sahaja ikon tersebut, kita akan dipaparkan seluruh aplikasi berkenaan.
Chefwan melepasi syarat asas iaitu seorang anak peneroka felda yang berjaya. Saya pun anak peneroka felda, iaitu jengka.
Cuma saya tidak glamor. Sebagai blogger, pengeluar produk, dan aktivis masyarakat berkaitan kenegaraan, ramai juga yang kenal saya. Cuma belum dikatakan terkenal.
Popular dikira berjaya agaknya. Nak jadi ikon mestilah ramai orang kenal. Siapa yang tak kenal chefwan?
Namun bukan semua orang suka dengan chefwan. Terutama apabila chefwan beberapa kali menyampuk isu politik. Bahkan bekas PM iaitu dsn najib pun dihentamnya.
Memanglah semuanya takdir Allah taala tapi Allah taala yang pilih tun razak untuk buka felda. Sebagai penerima, Allah taala suruh kita berterima kasih di samping bersyukur.
Apa kata felda cari golongan agama seperti ustaz jadi ikon? Elok juga kalau pengurusan felda kesan dan taja anak peneroka yang boleh menyertai program realiti tv seperti imam muda.
Jangan setakat pilih dan hantar peserta sahaja. Latih mereka terlebih dahulu.
Insya-Allah.
Wahabi atau kaum muda?
Kenali cabaran zaman ini
Sigagal yang menang
Puasa atau Pause?
Carilah yang lebih bermoral, berintegriti untuk mengantikan simbol FCUK ikon Felda. Pencarian dan pengantian perlu segera dipercepatkan supaya imej Felda dapat dipulihkan semula. Gantilah dengan orang muda yang tampak lebih bijak, berketerampilan, mempunyai nilai moral yang tinggi serta energetic. Bukan yang dah tua, mulut longkang dan basi!
ReplyDelete