Ada yang pandai² tambah... "Tak mengais, tak makan la." Hmm... Jangan kata gitu. Allah taala dah janji setiap orang ada rezeki masing².
Simpanan? Kalau ada tabungpun tak sempat pencuri nak pecah, tuan rumah dah ambik dulu.
Untuk makan keluarga sehari² boleh tanak nasi, goreng ikan masin, dan rebus pucuk ubi atau celur jantung pisang sahaja.
Tapi bagaimana kalau nak buat kenduri?
Semua barang itu disimpan di suatu tempat. Kalau ada yang nak buat kenduri, boleh pinjam. Mungkin kena bayar sikit untuk tambah duit tabung. Untuk beli dan tambah apa² yang patut.
Kalau ada pinggan mangkuk pecah atau retak, kena ganti serta merta. Dilantik seorang yang amanah untuk jaga dan kira.
Untuk jamuan kenduri seperti lauk dan beras boleh hutang dulu di kedai. Nanti dapat duit ketika salam berkaup, cepat² bayar.
Sebenarnya salam berkaup adalah bentuk kerjasama. "Engkau buat kenduri, aku bantu. Nanti aku buat kenduri, engkau bantu." Tak timbul soal balas membalas, apalagi balas dendam!
Untuk riak pun bukan.
Yang terus buat di hotelpun makin ramai. Saya tak kata salah. Yang penting, nawaitu. Yang menentukan dosa atau pahala hanya Allah. Bukan kerja manusia.
Sebenarnya ia masih berkonsep kerjasama. Kerjasama bentuk baru. Wang menjadi penilai pada hampir semua perkara.
Budi juga selalu dinilai dengan wang!
Ia tidak salah selagi kita jaga nawaitu, yakni niat kita. Jika betul niat kita, tak jadi masalah. Allah taala nilai niat kita. Sementelah zaman ini masing² sibuk. Tiada masa untuk rewang di rumah kenduri berhari².
Wang jadi pengganti diri.
Cheguman Morha 😁
Nak Morha nutral atau Morha serai? Whatsapp je...
----------------------------------------------------------
M I N Y A K M O R H A B S H I
----------------------------------------------------------
Harga . Video Pengakuan Artis . Khasiat Myrrh . Produk Berdaftar . Pengasas . Testimonial Pengguna
----------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.