Wednesday, January 1, 2020

Panduan urus kewangan guna OLAccount


Aplikasi percuma OLAccount ini dah lama saya guna. Amat mudah dan selamat. Tapi janganlah guna sambil memandu. Itu saya tak jamin selamat!

Sambil bayar tandas awam 50 sen pun anda boleh rekodkan ke sini.

Ia boleh dipindah dalam bentuk Excell untuk kita simpan, papar, share, dan cetak.

Seperti biasa untuk pengguna android boleh dapatkannya di Play store. Download dan install. Sangat mudah.

Paparan Setting

Pada bahagian setting ini anda boleh masukkan, tukar, edit, atau buang label² supaya sesuai untuk anda gunakan. Seolah aplikasi ini anda yang cipta! Fuh...


Label² yang anda create ini mudah dicapai semula melalui ikon drop down. Pilih menu yang nak diguna. Anda cuma perlu taip jumlah bayaran.

Medan untuk masukkan maklumat. Sangat senang.


Menu Utama: di sinilah yang menentukan aplikasi ini berguna pada kita.


Selain untuk setting ketetapan, pada menu utama anda boleh:
Lihat rekod lama (history)
Lihat pendapatan (income)
Lihat perbelanjaan mengikut tarikh (calendar)
Paparkan graf perbelanjaan bulanan dan tahunan (Cahart)
Cari maklumat perbelanjaan (Search)
Ubah ketetapan, label dan lain² (Setting)
Simpan dengan lebih selamat (Ex/Import)

Memang menarik. Saya bagi 5 bintang.

Charta disediakan supaya mudah kita lihat perbelanjaan bulanan dan tahunan.


Selamat berjaya. Moga rezeki kita diberkati Allah taala.

Untuk bimbingan berterusan dan info terkini boleh join grup whatsapp Manager 2020  sila klik

Cheguman Morha




No comments:

Post a Comment

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.