Tuesday, January 21, 2020

teguran dari tuhan


Katakanlah kita sedang ambik ujian dalam dewan peperiksaan. Untuk soalan 1, kita jawab dengan yakin. Soalan kedua pun begitu juga. Pada soalan ke-3, ada pilihan jawapan yang kita keliru. Tiba² guru kita masuk dan menunjukkan jawapan yang betul. Apa perasaan kita? (katakanlah ini dibenarkan oleh peraturan). Seronok, kan? Kemudian beliau memberitahu jawapan 1 dan 2 itu juga tidak betul. Beliau memberikan jawapan yang betul. Adakah kita mahu menerimanya atau biarkan begitu sahaja?




Begitu juga dalam hidup ini. Di sekeliling kita penuh dengan ujian yang perlu kita hadapi. Kita perlu bertindak balas dengan betul. Allah taala bekalkan kita panduan melalui Alquran dan rasul-Nya. Ada guru² yang mendidik kita. Bersambung sanadnya. Jika tersilap, akan ada yang menegur dan menasihati kita. Guru, ibu, bapa, pasangan, anak², sahabat, jiran, dll akan bertindak balas pada tingkah laku kita seharian.

Jika pagi tadi pengawal keselamatan menyambut kita tanpa senyum ramah, mungkin kerana kitapun tidak pernah menyapanya dengan ramah selama ini.

Itupun teguran juga, bagi yang menyedarinya.

Wallahu'alam.

Cheguman
M O R H A




  • Nak Morha nutral atau Morha serai?

  
----------------------------------------------------------


M I N Y A K    M O R H A B S H I


----------------------------------------------------------
Harga . Video Pengakuan Artis . Khasiat Myrrh . Produk Berdaftar . Pengasas . Testimonial Pengguna
----------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.