Friday, February 14, 2020

Agong tentukan siapa jadi perdana menteri


"Derwish buat apa tu?" tanya Demang.

"Aku nak lekatkan dinding ni," jawab Derwish sambil membetulkan serbannya.

"Kenapa guna plastisin?" tanya lagi Demang.

"Abis tu nak guna apa? Derwish menyoal kembali.

"Guna paku la." jawab Demang lembut.

"Takpe la. Guna plastisin lawa sikit." ujar Derwish mempertahankan caranya.

"Tak boleh gitu. Derwish sendiri kata kalau tak letak sesuatu pada tempatnya, tunggulah saat kejatuhan kamu." tingkah Demang menguji.

"Kenapa pulak aku tak boleh? Kau sendiri letak sesuatu bukan pada tempatnya. Kau letak tepi ketua nombor satu sampai rakyat tak kenal mana satu ketua mana satu pembantu." Derwish menyindir.

"Errr..." ayat Demang tersangkut.

"Bukankah ketua negara ini Yang Dipertuan Agong? Tapi kau lebih sudu dari kuah. Lepas tu kau pening kepala masalah tak selesai. Tuduh sana sini. Konon pendatang nak rampas kuasa. Padahal kau sendiri rampas kuasa sultan." Derwish berleter panjang.

Ketua Negara adalah kuasa tertinggi. Allah tentukan begitu. Sistem kita bukan macam barat. Agong bertanggungjawab buat laporan pada Allah taala di padang mahsyar nanti. Sekarang Alah hantar yang terbaik untuk kita. Tak perlu pening kepala pasal penbantu² baginda.

"Hamba cuma ikut perlembagaan." Demang cuba membela diri.

"Kau nak tipu aku ke? Kau sendiri tahu perlembagaan meletakkan Agong paling tinggi. Di bawah baginda ada tiga pembantu: eksekutif, legaslatif, dan kehakiman (Judisiari). Kau cuma pembantu eksekutif. Kau ingat jawatan demang tu besar sangat? Ketua jemaah menteri je! Kau cuma dilantik untuk satu bahagian sahaja. Macam ketua kelas!!!" Derwish menyindir lagi.

"Kau kata pasal perlembagaan. Kau nak sorok pasal Perkara 32 berkenaan Ketua Utama Negara bagi Persekutuan?"

Kedudukan kau di sisi Agong ditegaskan dalam perlembagaan Perkara 43 berkenaan Jemaah Menteri. Kau dilantik oleh Agong sebagai ketua pada jemaah menteri atas keperluan baginda. Kau baca semula dan hadamkan ayat dalam Perkara 43 perlembagaan ini betul²:

Ahli Dewan Rakyat boleh tolak Perdana Mernteri yang ditujukkan oleh Yang Dioertuan Agong. Boleh tolak tapi dikira biadap la. Apapun, kalau Agong hilang sabar, baginda boleh bubar dan isytihar darurat.

Perkara 43. Jemaah Menteri
(2) Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu:

(a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu;

"Kau lihat betul² ayat 'pada hematnya mungkin' ..." kata Derwish sambil mengerling Demang. Kau faham maksud 'pada hematnya'? Kau faham maksud 'mungkin'?" Derwish menyambung.

"Kalau susah sangat nak faham, aku jelaskan. Agong akan lantik sesiapa sahaja yang baginda RASA mungkin ahli dewan rakyat akan sokong."

"Kalau mereka dah tak sokong? Tiba² Jebat yang muncul entah dari mana menyampuk.

Ini peluang terakhir...

"Mereka perlu buat undi tidak percaya dalam dewan rakyat." jawab Derwish tanpa memandang jebat. "memang kurang ajar..." kata Derwish perlahan. Entah didengar entah tidak dek jebat.

Jebat tersenyum berbunga. "Kali ni impian aku nak jadi perdana menteri akan tercapai. Orang tua itu akan tersingkir. Dendam 1999 akan tertebus." katanya perlahan tapi sempat didengar oleh Derwish  dan Demang.

Err..rasanya semua orang dah tau.

Dua kali aku buang jebat...


Wallahu'alam.

Cheguman a.k.a Demang Lebar Daun adalah blogger Waadat sejak 2008.
Menulis tentang politik semasa dengan melihat yang tersirat di sebalik tersurat. Menulis adalah bakti kecil untuk agama, bangsa, dan negara. Khidmat selaku hamba Allah.

Blog Waadat tidak dibiayai oleh mana² individu berkepentingan atau parti politik.

M  I  N  Y  A  K    M  O  R  H  A  B  S  H  I

  
----------------------------------------------------------

M I N Y A K    M O R H A B S H I

----------------------------------------------------------
      ----------------------------------------------------------

4 comments:

  1. "Dan mrk berbuat "makar", dan Allah (swt) juga berbuat "makar", dan Allah (swt) sebaik baik yg berbuat "makar"".

    Manusia merancang, Tuhan yg menentukan.

    Bg kita pula, rakyat biasa biasa, ingat selalu pesan Tuhan, 3 prinsip asas memilih pemimpin.
    1. Jgn pilih yg kafir dgn mengenepikan yg muslim, nanti jadi munafikin.
    2. Jgn pilih yg lbh cenderung kpd maksiat dan dosa dr kebaikan dan kesolehan, nanti jadi zolimin.
    3. Jgn berteman, jgn cenderung dgn yg zalim (menganiayai rakyat secara sedar atau tak disedarinya), nanti disentuh Neraka.

    ReplyDelete
  2. 3 perinsip yg ALLAH tentukan adalah terbaik...kita berugama islam wajib mengikutinya.

    ReplyDelete
  3. Pilihlah pemimpin dikalangan orang islam yg baik dan jujur

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.