Wednesday, February 5, 2020

Awas semua hakim


Jika kita mengharap orang menilai kita, memang letih.

Macam kesah lelaki dan anaknya yang membawa keldai ke pasar. Rasanya tak perlu saya ulang sebab hampir semua orang pernah dengar cerita itu.

Jika demikian sukarnya mengharap orang menilai kita begitu jugalah kelirunya kita ketika menilai orang lain.

Justeru jangan mudah menilai orang lain.


Teringat tazkirah paksu saya Allahyarham ustaz radzi melissa. Perangai orang yang kita lihat di sekeliling kita adalah cermin kita. Apa yang kita nampak dilakukannya perlu kita balikkan pada diri kita. Itulah perangai sebenar kita. Allah tunjukkan melalui orang lain.

Kalau kita nampak orang suka menyalahkan kita maka itu kerana kita sendiri suka menyalahkan orang lain.

Bagi penilai, apabila beliau menilai seorang manusia maka berjuta manusia sedang menilainya. 

Orang itu belum tentu buruk. Buruknya dia kerana kita yang menilai. Mata kita yang nampak dia buruk!

Maka jangan mudah sangat menjadi hakim.

Penilai sebenar ialah Allah taala.

Wallahu'alam.

Cheguman morha

No comments:

Post a Comment

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.