Tidak sulit memahami isyarat.
Sebuah cerita rekaan...
Demang dan Derwish di simpang empat. Kereta kami di lorong kanan. Di seberang jalan, juga di lorong kanan tapi arah bertentangan ada kereta lain. Warna merah.
Susah tak nak bayangkan? Ok. Kita teruskan.
Sebenarnya warna kereta itu tak penting langsung.
Lampu isyarat di lorong mereka masih merah. Tiba² kereta merah itu bergerak melencong masuk ke lorong kirinya tanpa memberi isyarat.
"Vodoh bin Vangang punya kereta. Dah la langgar lampu merah, masuk simpang tak bagi isyarat pulak!" Demang menyumpah.
Derwish tersenyum.
"Kereta tu tak salah pun. Memang lampu kita merah tapi lampu dia hijau. Walaupun dia tak bagi isyarat ke kiri, tetapi apabila dia berhenti di lorong kiri bermakna dia akan belok ke kiri. Itu lah isyaratnya." Derwish berkata lembut.
Demang terkedu.
Dalam kehidupan kita Allah bagi banyak isyarat. Bergantung pada kita nak faham atau tidak. Rambut beruban tanda dah tua. Umur tua adalah isyarat dah nak mati.
Tak perlulah Allah taala bagitau kita dalam mimpi bahawa kita dah nak kembali pada-Nya.
Fahami isyarat dan lakukan apa yang sepatutnya. Bukan setakat faham.
Cheguman morha
M I N Y A K M O R H A B S H I
----------------------------------------------------------
M I N Y A K M O R H A B S H I
----------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------
Kedtgn maut, isyarat bukan syarat.
ReplyDeleteIsyarat isyarat yg biasa termasuklah ; 1. Usia tua, 2. Sakit yg berat, 3. Bayangan bayangan tertentu, 4. Mimpi mimpi tertentu. Tp sering juga berlaku, tanpa sebrg isyarat, tiba tiba saja mati. Yg penting, sentiasalah bersedia menghadapinya.
3 keadaannya manusia menghadapi kematiannya.
1. Terkejut, takut, resah, keluh kesah, bg yg sesat dan pendusta agama.
2. Tenang, bg golongan kanan.
3. Gembira, bg golongan muqarrabin.
Benar. Terima kasih.
Delete