Saturday, February 15, 2020

Lantik Najib semula


Boleh, tapi kata orang tua² dekat bau busuk, jauh bau wangi. Itu bidalan untuk adik beradik. Tapi kadang²  untuk politik pun boleh guna.


Masa Tunku Abdul Rahman jadi PM, ada yang suka, ada yang tak suka. Apabila beliau letak jawatan, ramai yang simpati.

Begitu juga Tun Husin Onn. Mahathir pun serupa. Selain mahazalim dan mahafiraun segala MAHA yang buruk² disandang beliau masa jadi PM.

Sekarangpun apa kurangnya.

Giliran Najib jadi PM pun serupa. Kalau setiap cercaan Allah taala beri satu parut maka tak ada tempat pada tubuh beliau yang tak ada parut hasil kutukan dan penghinaan.

Namun apabila beliau tidak lagi jadi PM, semua²nya hilang bagaikan seorang bayi.


Justeru Demang rasa biarkanlah sahaja begini. Cukup²lah. Biarkan beliau melalui zaman emas dengan harmoni. Jika nak berbakti, ada banyak cara lain.

Jangan jadi macam Mahathir. Moga masih ada peluang untuk beliau yang sememangnya banyak jasa pada negara.




Apapun, buat masa ini DSN dalam posisi terbaik. Beliau diterima semua pihak.

Mungkin bukan semua tetapi dilihat paling berkecuali ketika para penyokong Mat Hasan dan Zahid Hamidi sedang mempromosi boss masing².

Jangan lupa, beberapa pemimpin PAS juga lebih terbuka pada Najib.


Perkembangan terkini yang Demang dapat Pakatan Nasional semakin diterima oleh pemimpin parti² terlibat.

Paling tidakpun, kerana mereka terpaksa terima.

Alaa... Kalau tak terdesak, manusia tak 'kan buat.

Wallahu'alam.

Cheguman a.k.a Demang Lebar Daun adalah blogger Waadat sejak 2008.
Menulis tentang politik semasa dengan melihat yang tersirat di sebalik tersurat. Menulis adalah bakti kecil untuk agama, bangsa, dan negara. Khidmat selaku hamba Allah.

Blog Waadat tidak dibiayai oleh mana² individu berkepentingan atau parti politik.

M  I  N  Y  A  K    M  O  R  H  A  B  S  H  I

  
----------------------------------------------------------

M I N Y A K    M O R H A B S H I

----------------------------------------------------------
      ----------------------------------------------------------

17 comments:

  1. Insya Allah jika Allah SWT mengizinkan DS Najib Razak naik semula jadi PM. Itu satu kebaikan sebab dia luar biasa. Kepakaran ilmu ekonominya dan sifat semulajadinya menyantuni rakyat tiada siapa boleh tandingin buat masa ini.

    Serangan dan cacian bertubi dengan segara macam pertuduhan keji terhadapnya beliau lalui sendirian tanpa menghasut rakyat atau rakan2. INI SIFAT HEBAT lagi ISTIMEWA yang Allah Muliakannya.
    Justeru kenapa penulis rasa takut jika ditakdirkan DS Najib jadi PM semula?
    Gaya penulisan itu seolah mahu mengajar Tuhan menentukan Qudrat dan Iradahnya? Tuan org yg faham Syariat bukan? Jgn terikut sgt sentimen politik busuk org Melayu.

    Kit Sial dan Gone End begitu lama di alam politik Cina. tidak mengapa pula?

    Mahathir memang perosak Melayu dan Islam sekian lama dan bertopeng pejuang melayu sekian lama memperkudakan Melayu dan UMNO. itu pun sanggup diangkat kembali.
    Buat masa kini DSNR yg paling berpengalama untuk memulihkan masalah ekonomi dan politik negara ini. Insya Allah. Semoga Allah SWT mudahkan.

    Wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tiada masalah jika dsn naik semula. Cuma saya simpati pada beliau.terima kasih atas pandangan tuan.

      Delete
  2. Naik semula apenya nk masuk jail sungai buloh dh...

    ReplyDelete
  3. Sudah2lah tu, cukuplah apa yg blaku pada beliau selama ni. Biarkanlah bliau selesaikan semua kes2 dan pertuduhan beliau dimahkamah dulu. Kita hanya kenang jasa baik yg beliau masa jd pm dulu. Bagilah pd pelapis politik yg baru utk memerintah.

    ReplyDelete
  4. Penyamun duit negara nak diangkat jd pm.udah x dak org lain yg bersih ke dlm m.nasional.lama x dpt dedak,projek haram dri kroni jibby le tu terdesak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko hakim ke,mahkamah pon x de keluar arahan ko yg memandai,apa hal?

      Sesiapa pon klu dh main dgn duit akan gelap mata,walau serban tebal sekaki.

      Kt sesama Islam kena berdoa yg baik2 utk agama bangsa dan negara.

      Wallahualam..

      Delete
  5. Replies
    1. Tak payahlah muak alik2 yg tu rasa la pulak yg lain

      Delete
  6. Sokong diri sendiri tiada yg nak bantu bagi MKN keluarga kita

    ReplyDelete
  7. boleh jer lantik dia semula sy setuju sgt tp dgan syarat dia mesti ceraikan bini dia sekrg tanpa sebrg tuntutan...bab duit tu memg la klau aku pon xmustahil akan jd mcm dia jugak..

    ReplyDelete
  8. DSN adalah baik rasanya anda berehat. Habiskan kes mahkamah anda satu persatu.Tidur dan rehat yg cukup ye!
    Habis kes nanti kita tengok anda berada pada kedudukan mana. Kalau tak bersalah kita sokong anda semula.
    Kalau bersalah silalah jalani hukuman
    Normalkan begini? Yang benar kita sokong yang salah kita tak sokong.

    ReplyDelete
  9. Penyamun2 mcm dia pon,dia bnyk tolong rakyat..walaupon dia ambik, tp dia lupa bg balik kat rakyat..tp sipenyapu tu,tua kutok xsedar diri lg la ambik pastu langsung xde bg2..bg kt ank branak dia jer...puihhh!!! Lg la prangai gampang!..

    ReplyDelete
  10. yg benar patut kita katakan.yang busuk kita tutop hidong tapi yang tak mahu insaftu walaupun nyawa dihujung usia kita doakan dia bertaubat.kalau tidak kata panggil ramai2 malaikat MAUT rentap nyawa atuk terkutuk tu

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.