Wednesday, February 26, 2020

Mahathir jadi bola


Jika negara ini sebuah padang bola maka mahathir adalah bolanya.

Sebagai bola, ia adalah objek tumpuan semua pemain dan kita sebagai penonton.

Baiklah. Nak jadi pemain pun boleh.

Di satu kumpulan atau kumpulan² adalah anwar dan dap manakala di pasukan lain ialah umno dan pas.

Demang tak sebut kumpulan² lain sebab mereka juga ada kepentingan sendiri. Mereka hanya menanti keputusan. Melalui keputusan itu mereka akan menentukan sikap.

Awas, sikap mereka akan merubah keputusan asal. Justeru, kena ambil kira kehendak mereka sebelum buat keputusan.

Kumpulan² lain itu terutama sabah dan sarawak bukan penjudi. Mereka rasional dengan kepentingan mereka.


Apabila semua setuju bahawa mahathir adalah bola maka YDA mengikut sahaja. Baginda ada perkiraan lain pula.

Buat masa ini, YDA jadi pengadil.

Nanti Demang cerita kenapa Agong suruh naik bas jumpa baginda.

Kalau semua menyokong mahathir maka baginda hilang pekerjaan. Baginda tempat aduan. Kalau semua sokong mahathir, siapa nak mengadu pada Agong?

Rakyat nak mengadu pada siapa? Boleh diharap kah pada ahli politik? Apatah lagi apabila mereka dah bersekongkol.

Dap mahukan mahathir kerana dengan mahathir mereka mendapat semula kuasa. Mahathir hanya bola yang tak boleh buat apa².



Anwar mahukan mahathir bukan kerana janji mahathir nak beri jawatan padanya. Sudah banyak kali mahathir mungkir janji. Anwar bukan bodoh sangat untuk percaya.

Namun sebagaimana dap, anwar tahu bahawa mahathir adalah bola yang perlu dikuasai bagi mendapatkan gol.

Demikian juga Umno dan pas nampak mahathir disukai penonton. Maka mereka perlukan mahathir.

Tapi jika dap diajak sama, umno dan pas tak boleh terima. Mahathir kena faham.

Bahkan itu yang nak dipastikan oleh mahathir semalam. Beliau nak tengok reaksi umno dan pas terhadap dap.


Nampaknya pendirian umno dan pas jelas. Tetap tolak dap.

Apabila bola ditendang, ia belum tentu sampai ke sasaran. Kadang² dirampas lawan.

Penonton pula, ada yang tengok bola sampai tinggal solat. Lupa halal haram. Sumpah seranah jadi mainan. Putus saudara, putus kawan.

Padahal, bola aje pun.

Bukankah dunia ini hanya bilik ujian? Malaikat tukang catat dosa pahala.

Wallahu'alam.

Cheguman a.k.a Demang Lebar Daun adalah blogger Waadat sejak 2008.
Menulis tentang politik semasa dengan melihat yang tersirat di sebalik tersurat. Menulis adalah bakti kecil untuk agama, bangsa, dan negara. Khidmat selaku hamba Allah.

Blog Waadat tidak dibiayai oleh mana² individu berkepentingan atau parti politik.

M  I  N  Y  A  K    M  O  R  H  A  B  S  H  I

  
----------------------------------------------------------

M I N Y A K    M O R H A B S H I

----------------------------------------------------------
      ----------------------------------------------------------

1 comment:

  1. Perutusan Tun Mahathir petang tadi dengan sendirinya mengesahkan tembelangnya untuk terus berkuasa melalui kuasa Parlimen dan melalui sokongan UMNO dan Pas yang memang beliau mempunyai hubungan lain di belakang tabir dengan kedua-dua parti itu

    Majlis Presiden Pakatan Harapan telah menjemput Tun Dr Mahathir untuk mempengerusikan mesyuarat itu bagi memulihkan kerajaan Pakatan Harapan, namun Tun tidak bersetuju untuk hadir dalam mesyuarat tersebut pada hari petang Selasa, 25 Februari.

    Mahathir hanya enggan bekerjasama dengan UMNO dalam kerajaan campuran saja, namun tidak pula menolak sokongan Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang mahu mengekalkannya lagi sebagai Perdana Menteri jika berlaku pengundian antaranya dengan Anwar.
    Kenapa tidak mahu bekerjasama dengan UMNO, tetapi mahu pula menerima sokongan daripada Ahli-Ahli Parlimen UMNO?

    Justeru itu, keputusan Majlis Presiden semalam telah menetapkan bahawa calon Perdana Menteri Pakatan Harapan ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pakatan Harapan kekal komited terhadap aspirasi dan amanat rakyat untuk membawa negara ke arah yang lebih baik dari segenap sudut ekonomi, politik dan sosial.

    PH tidak akan mengkhianati amanah ini.
    perenggan 8 dan 9 ucapan perutusannya sebagaimana disertakan dibawah, jika diteliti, jelas membuktikan hakikat tersebut.

    8. Sebenarnya saya telah janji akan letak jawatan untuk memberi peluang kepada Dewan Rakyat menentukan siapa yang akan mengganti saya. Jika benarlah saya masih disokong saya akan kembali. Jika tidak saya akan terima siapa sahaja yang dipilih.

    9. Jadi peluang untuk menukar kepimpinan memang ada. Hanya saya berpendapat oleh kerana saya disokong oleh kedua-dua pihak, masa untuk saya letak jawatan belum tiba.
    Perenggan 8 dengan nyata mengesahkan Tun Mahathir mahu meletakkan jawatan dan kemudian menyerahkan kepada Parlimen menentukan siapa yang akan menggantikannya.

    Seterusnya, beliau menyebut, jika dirinya masih disokong, dia akan kembali menjadi Perdana Menteri semula.
    Wahai Tun Mahathir yang sudah menuju usia 95 tahun, begitukah sepatutnya perjanjian peralihan kuasa yang dipersetujuinya bersama PH?

    Mengapa selepas meletakkan jawatan, jika masih disokong oleh Parlimen, masih mahu kembali lagi sebagai Perdana Menteri?
    Tidakkah, apabila sudah meletakkan jawatan, ia bermakna beliau harus meletakkan jawatan secara muktamad dan tiada perlu untuk kembali lagi?

    Setelah bukan lagi menjadi Pengerusi Bersatu, ideanya mahu melakukan pemerintahan tanpa parti pula?

    Kalau tanpa parti, bukankah dirinya nanti akan menjadi paling berkuasa sekali selama mana yang dikehendakinya?
    Cukup-cukuplah lidah bercabang ni..!

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.