Friday, February 21, 2020

Orang politik punca huru hara

Ini dua orang gaduh kasi susah rakyat

"Kalau tiada raja, ramai nak jadi raja"

Entah di mana Demang dengar kata² itu. Memang betul.

Sedangkan ada rajapun ramai yang berlagak macam raja. Agih harta negara sesama sendiri. Turun jumpa rakyat hanya untuk dapat sokongan. Masa sesak.

Masa kaya, sombong, bongkak, dan berlagak tak tentu pasal.

Dah kalahpun masih bertekak sesama sendiri. Maklumlah, kalau menang semula, macam² yang dinampak.

Dah kalah tak mau mengalah, rakyat yang susah

Justeru kita kena martabatkan semula sistem beraja di negara ini. Sultan² kita dah cukup bagus. Ada yang pegang PHD. Mereka akrab dengan rakyat. Disayangi rakyat.

Yang Dipertuan Agong sekarang banyak kelebihan. Serba boleh. Mesra rakyat. Sejak remaja biasa main bola dengan budak kampung. Demang membesar di Pahang, tahu lah.

Anak raja nakal masa muda tu biasalah. Kita ni baik sangat ke masa muda?

Biarlah raja kaya. Kalau tak pun, raja memang kaya. Itu lebih baik berbanding bagi peluang orang biasa gilir² jadi 'raja'. Sebelum dapat, bergaduh sana sini. Dah dapat, sekat orang itu, bunuh orang ini.

Bukan kata sistem raja tiada masalah tapi kurang lah berbanding demokrasi yang benarkan semua orang berangan² jadi raja termasuk pendatang

Negara jadi huru hara. Masa sistem kesultanan melaka dulu, kita berperang dwngan musuh luar, tapi sekaramg sistem demokrasi kita berhuru hara sesama sendiri.

Rakyat diseret sama dalam sengketa mereka,  orang politik.

Terkini, harta ummat Islam dalam tabung haji hilang akibat pergaduhan mereka yang kononnya wakil rakyat.

Macamana nak tunjukkan sokongan pada sistem beraja? Tunjukkan dalam media² sosial. Join atau tubuhkan group² yang menyokong Yang Dipertuan Agong.

Demang akan tulis lagi. Insya-Allah.

Wallahu 'alam


Cheguman a.k.a Demang Lebar Daun adalah blogger Waadat sejak 2008. Sebagai TYDP Blogger Pembela Negara, taat setia pada raja dan negara.

Menulis tentang politik semasa dengan melihat yang tersirat di sebalik tersurat. Menulis adalah bakti kecil untuk agama, bangsa, dan negara. Khidmat selaku hamba Allah.

Blog Waadat tidak dibiayai oleh mana² individu berkepentingan atau parti politik.

M  I  N  Y  A  K    M  O  R  H  A  B  S  H  I

  
----------------------------------------------------------

M I N Y A K    M O R H A B S H I

----------------------------------------------------------


      ----------------------------------------------------------

1 comment:

  1. My name is Mrs.Aisha Mohamed, am a Citizen Of Qatar.Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal loan or business loan?contact Dr James Eric Finance Home he help me with a loan of $42,000 some days ago after been scammed of $2,800 from a woman claiming to been a loan lender but i thank God today that i got my loan worth $42,000.Feel free to contact the company for a genuine financial service. Email:(financialserviceoffer876@gmail.com) call/whats-App Contact Number +918929509036

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.