Paling tidakpun, berpotensi untuk ditagih simpati. Kena cara pujuk, tak ada masalah. Jasa mahathir tak kira samada dek propaganda maupun realiti sudah sebati pada rakyat seusia saya.
PAS
Orang PAS, memang ada yang hormat pada mahathir. Jika ditekankan faktor kepentingan ummah dan bagi menghindari musibah yang lebih besar, tak sukar menarik sokongan mereka.
Malah dua hari lalu Setiausaha Agung PAS (lihat Bharian 5 feb 2020) menegaskan mereka lebih condong untuk bekerjasama dengan Tun berbanding UMNO.
PKR
Bukan rahsia lagi bahawa PKR telah terpecah dan sebahagiannya bakal memasuki team mahathir.
Orang parti cap bunga usah dipertikai lagi. Mereka setia dengan mahathir sampai mati.
Berdasarkan sifir di atas, penyatuan akan jadi positif. Soal pembentukan 'kerajaan pintu belakang' berjaya atau tidak, itu perkara lain.
Saya cuma ulas dari segi sokongan kepada Tun Mahathir.
Apabila dilihat pada isu penyatuan nasional, kekuatan penyatuan hanya pada mahathir. Jika beliau dijemput Allah lebih awal, senarai di atas akan terburai.
Jika Tun tiada maka yang tinggal ialah Anwar Ibrahim, Zahid Hamidi, dan Mat Hasan.
Naik selepas selepas sepupunya naik maka jatuh lah ia apabila sepupunya jatuh.
Najib Tun Razak
Opss... Bossku ini jangan dilupa.
Ramainya calon pengganti yang sama tara adalah extra peluang bagi merealisasikan penyatuan.
Artikal ini masih merujuk pada artikal saya beberapa tahun lalu ketika mahathir mulai secara terbuka menentang najib.
Ketika ramai rakan² penganalisis politik meragui mahathir (saya simpan dulu istilah pengkhianat), saya percaya ada sesuatu yang mendesak beliau untuk campur tangan.
Tidak semudah itu untuk dilupakan..
Baca juga: Lamaran Mahathir (1)
Blog Waadat tidak dibiayai oleh mana² individu berkepentingan atau parti politik.
M I N Y A K M O R H A B S H I
----------------------------------------------------------
M I N Y A K M O R H A B S H I
----------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.