Thursday, February 20, 2020

Biarkan sahaja begitu


Suatu hari demang dan derwish terserempak seekor ular sawa yang sedang bersedia untuk menelan seekor kancil.

Maka kedua²nya kelam kabut nak selamatkan kancil itu daripada jadi mangsa sang sawa.

Tiba² sang sawa bertempik: "kenapa kalian nak rampas rezeki aku?"

Demang dan derwish tergamam.

Saya bawa analogi ini apabila ada percanggahan pendapat tentang tindakan memberi makan kucing jalanan.


Pendapat pertama mengatakan menyediakan makanan untuk kucing jalanan adalah amal baik.

Namun ada satu lagi pendapat, ia menjadikan kucing² itu tidak pandai mencari makanan sendiri. Akibatnya tikus² semakin banyak.

Saya tidak mahu memberikan pendapat peribadi saya kecuali jika ada yang bertanya.

 Cheguman morha

M  I  N  Y  A  K    M  O  R  H  A  B  S  H  I

  
----------------------------------------------------------

M I N Y A K    M O R H A B S H I

----------------------------------------------------------


      ----------------------------------------------------------

1 comment:

  1. Natural selection. Survival of the fittest.

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.