Amaran tahap 4: Baca sampai habis, klik link yang disediakan, dan jangan buat andaian yang bukan-bukan.
Ada maksud lainkah?
Demang terpandang mesej viral dalam grup wasap, gambar bendera merah tercacak tepi jalan.
Ada papan tanda bertulis Bukit Mendi dalam gambar itu.
Bukit Mendi di Triang, Pahang. Demang tahu sebab ada beberapa orang kawan sekolah di situ.
Hasil sisatan sepintas lalu Demang dapati bendera itu sama seperti bendera yang ada kaitan dengan Mou.
Apakah ada kaitan?
Bendera merah dan orang cina memang tak boleh dipisahkan.
Hubungan orang Melayu dan orang cina di tanah melayu ini sudah terjalin lama. Sudah ratusan tahun.
minyak morha (morhabshi) untuk lenguh², lemah sendi, badan tak selesa sampai susah tidur |
Dalam catatan sejarah hubungan baik sudah terjalin sejak kerajaan melayu melaka.
Apabila Inggeris menduduki tanah melayu, mereka membawa masuk jutaan pekerja dari tanah besar cina terutama dalam sektor perlombongan.
Demang dah banyak kali menulis tentang ini.
Demang sebutkan pasal hubungan baik itu bagi menegaskan bahawa orang melayu dan orang cina tidak pernah ada masalah kecuali akibat adu domba orang politik.
minyak morha (morhabshi) untuk lenguh², lemah sendi, badan tak selesa sampai susah tidur |
Sekali lagi, orang politik menjadi pencetus huru hara yang mengaut keuntungan daripadanya.
Apa untungnya orang biasa melayu dan orang biasa cina bergaduh? Menang jadi abu, kalah jadi arang.
Malangnya penunggang politik sanggup buat apa sahaja apabila terdesak. Celakanya pula ialah mereka bijak mempengaruhi orang ramai untuk menyokong mereka.
Demang pernah tulis dan ulas kisah Raja Suran dengan Maharaja China. Demang tulis dari sudut yang jarang² dilihat iaitu kebijaksanaan Maharaja China dan kecerdikan Raja Suran dalam mentafsir isyarat.
Elok baca tulisan Demang pada 2010 ini. Episod tersebut amat menarik tapi ramai yang salah anggap. Ramai yang sangka ia menceritakan kebodohan si raja suran.
Bacalah Raja Suran dan Utusan Maharaja Cina
Belajarlah dari sejarah. Sejarah bukan sahaja selalu berulang bahkan tidak pernah menipu.
Demang seru JANGAN bersengketa bukan kerana orang melayu tak berani. Orang melayu berani bukan hanya kerana ramai angkatan tentera dan polis diraja Malaysia terdiri daripada orang melayu.
Ada faktor lain yang lebih besar.
Orang melayu adalah beragama Islam dan dalam Islam, mati syahid adalah idaman.
Lihat video ceramah ini.
Namun Islam melarang keras memulakan perang atau bertindak keras pada orang bukan Islam.
Jika orang Islam sengaja hendak menganiaya orang bukan Islam, itu adalah dosa besar dan akan dihumban ke dalam neraka.
M I N Y A K M O R H A B S H I
minyak morha (morhabshi) untuk lenguh², lemah sendi, badan tak selesa sampai susah tidur |
Demang cadangkan, samada anda orang melayu atau orang cina, bacalah dan hayatilah cerita Raja Suran dan Utusan Maharaja Cina tulisan Demang ini.
Tak guna bergaduh. Banyak mudarat daripada untung. Kasihani orang yang tak berdosa seperti kanak², orang tua, dan wanita yang akan turut terheret dalam penderitaan akibat pergaduhan besar atau perang.
Biarlah kita dianggap bodoh daripada diperbodohkan oleh orang politik yang sedang terdesak mahu menjaga harta, kuasa, dan kepentingan peribadi mereka.
Ada banyak jalan penyelesaian untuk setiap masalah. Justeru jangan tambah masalah.
Yang belum baca, sila klik Raja Suran dan Utusan Maharaja Cina
Wallahu'alam.
Cheguman a.k.a Demang Lebar Daun adalah blogger Waadat sejak 2008.
Menulis tentang politik semasa dengan melihat yang tersirat di sebalik tersurat. Menulis adalah bakti kecil untuk agama, bangsa, dan negara. Khidmat selaku hamba Allah.
Aktivis BiroTata Negara sejak 1993 dan bamyak terlibat dalam memberi kefahaman tentang perlembagaan kepada pegawai kerajaan.
Blog Waadat tidak dibiayai oleh mana² individu berkepentingan atau parti politik.
----------------------------------------------------------
M I N Y A K M O R H A B S H I
----------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------
TUN MAHATHIR JUGA AKAN DIPANGGIL MENJADI SAKSI DI MAHKAMAH DALAM KES 1MDB. LATHEEFA KOYA KANTOI DI MAHKAMAH.
ReplyDeleteMARCH 05, 2020 LABELS: KHAWARIJ, PKR, POLITIK
Part 1
TS Shafee tanya, bolehkah Latheefa Koya sahkan kesembilan sembilan rakaman ini adalah legal atau tidak.
Contohnya, adakah rakaman ini dari pihak dan agensi penguatkuasa seperti polis, SKMM atau tentera.
Latheefa kata dia tak boleh sahkan dan dedahkan perkara itu kerana ia masih dalam siasatan SPRM.
TS Shafee tanya lagi, kalau dia tak boleh dedahkan dalam mahkamah kerana ia masih dalam siasatan, kenapa dia dedahkan rakaman itu kepada public (awam) kalau dia sendiri tak boleh sahkan rakaman ini legal atau tidak?
Terpinga pinga Latheefa dan berpusing pusing dia nak jawab.
TS Shafee kata, “kita dah macam radio buruk” asyik berpusing dalam keadaan yang sama.
(Fuh... Hangit...Tepokkk pop corn tambah lagi)
Part 2
Ditanya adakah Latheefa Koya bersetuju dan tahu bahawa setiap bukti rakaman (suara atau video) perlu ada tiga kriteria sebelum didedahkan iaitu ;
1) history,
2) provenance, dan
3) originality
Latheefa bersetuju.
TS Shafee seterusnya bertanya, adakah rakaman itu sudah memenuhi ketiga tiga kriteria tersebut sebelum ia didedahkan kepada awam.
Latheefa kata tidak tetapi dia kata ia perlu didedahkan supaya rakyat tahu adanya penyelewengan, campurtangan entah apa apa lagi dia jawab untuk justify tindakan dia.
Mana integriti Tipah bila dia dedahkan sesuatu perkara yang tak pasti kononnya perkara itu melibatkan keselamatan negara?
(Giloss.. Muka Latifah mula mencuka macam muka berudu...)
Part 3
TS Shafee bertanya apakah niat Latheefa melakukan pendedahan rakaman itu kepada awam dengan merujuknya sebagai “blunder”.
Blunder maksudnya tindakan bodoh.
Latheefa kelihatan bengang dan bertanya,
“Apa yang blunder? Saya tak rasa itu adalah blunder.”
TS Shafee jawab,
“Tindakan kamu itulah blunder. Tapi takpa, itu apa yang saya rasa.”
(Kikikikikiki..! Macam muka cipan terkena Corona Virus dah muka Tipah..kikikikiki..!!)
Bila ditanya oleh wartawan samada Tun Mahathir juga akan dipanggil sebagai saksi dalam kes 1MDB , Peguam bela Datuk Seri Najib Tun Razak Datok Seri Shafie Abdullah berkata "BRING IT ON, BRING IT ON" sebanyak 185 kali..!!
sekian dari mahkamah 1MDB melapurkan
v
ReplyDelete