Covid 19 tak kenal sempadan
Ketika Dr Nazar disahkan sebagai mangsa terbaru covid 19 adakah beliau tahu sebelum itu bahawa beliau akan dijangkiti?
Sudah tentu tidak. Jika tau, beliau tak akan pergi ke lokasi terakhir berkenaan.
Siapa Dr Nazar? Demang pun tak kenal. Demang cuma dapat daripada berita yang tular. Nazar bukan nama beliau yang tepat. Demang ubah sedikit ejaannya.
Moga beliau segera sembuh.
Siapapun dia, apapun namanya, perkara penting yang saya nak kongsikan ialah covid 19 bahkan apa sahaja musibah lain boleh terkena pada kita sebelum kita sempat menjangka.
Loading...
Pesanan sebelum ziarah pesakit di hospital
Loading...
Covid 19 merentas negara, bangsa, dan agama.
Bahkan ia boleh berlaku walaupun kita tidak ingin ia berlaku. Allahu akbar.
Loading...
Loading...
Ini bukan masanya menyalahkan orang lain. Bukan juga masa untuk mengejek kaum lain atau memulangkan paku buah keras.
Ini adalah masa untuk kita merenung kembali hubungan sesama manusia yang kita abaikan selama ini.
Sudah tentu untuk kita muhasabah diri tentang kehambaan kita pada Ilahi.
Namun Allah maha pengasih lagi maha penyayang. Walaupun ramai yang telah dijangkiti, ramai juga yang telah sembuh sepenuhnya setelah dirawat.
Sentiasalah patuhi arahan KKM dari semasa ke semasa. Mereka buat keputusan berdasarkan kepentingan awam yang mungkin kita tak berapa suka.
Mereka lebih tahu dari kita. 'Mereka' ertinya bukan seorang yang buat keputusan. Masing² ada kepakaran, terutama ulama yang ada bersama.
Sebenarnya Allah mahu kita sentiasa ingat pada-Nya. Sentiasa... bukan hanya sekali sekala.
Wallahu'alam.
Cheguman a.k.a Demang Lebar Daun adalah blogger Waadat sejak 2008.
Menulis tentang politik semasa dengan melihat yang tersirat di sebalik tersurat. Menulis adalah bakti kecil untuk agama, bangsa, dan negara. Khidmat selaku hamba Allah.
Aktivis BiroTata Negara sejak 1993 dan banyak terlibat dalam memberi kefahaman tentang perlembagaan kepada pegawai kerajaan.
Blog Waadat tidak dibiayai oleh mana² individu berkepentingan atau parti politik.
----------------------------------------------------------
M I N Y A K M O R H A B S H I
----------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.