Di celah-celah manusia kalut dengan Covid 19, sedang berlegar dalam masyarakat dunia sekarang bahawa virus covid adalah bikinan manusia. Ada konspirasi sedang dijalankan pihak² tertentu di dunia.
Antaranya ialah dakwaan Covid 19 sengaja dibiak dalam makmal sebagai senjata pemusnah.
Ini adalah teori berkenaan pengurangan jumlah manusia secara agresif bagi mengelak kependudukan menjadi terlalu padat.
Pembunuhan manusia oleh manusia secara besar²an. Memang menjijikkan!
Ada pula teori bahawa covid 19 adalah bagi merubah dunia daripada zaman analog kepada digital sepenuhnya. Teori ini mengaitkan tokoh besar seperti Bill Gates dll.
------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------
Ini mungkin membantu. Klik untuk panduan anti covid 19
------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------
Rasionalnya apabila manusia dipaksa dan terpaksa berkurung di rumah maka semua aktiviti perlu dilakukan dalam talian sahaja.
Berapa ramai pekerja yang telah mengangkut alatan komputer balik ke rumah untuk menyiapkan kerja yang sebelum ini dilakukan di pejabat?
Berkenaan jual beli usah dicakap lagi. Sudah lama berlaku walaupun tidak menyeluruh.
Maka melalui sebaran covid 19 ini semua urusan hanya dalam talian.
Suatu hari kelak manusia tidak lagi keluar rumah. Riadah dan melancong pun hanya di dalam rumah.
Dinding rumah menjadi layar digital yang boleh diubah sesuka hati. Jika kita mahu ke Paris, maka dalam sekelip mata kita berada di sana.
Kita bukan sahaja boleh menikmati pemandangan di paris dan membeli belah sambil berjalan di lorong²nya, bahkan suhu dan cuaca juga disesuaikan dengan iklim sebenar paris ketika itu.
Wow. Hebat! Teknologi manusia memang hebat!!!
Teori ketiga yang paling hampir dengan realiti ialah virus covid 19 dicipta bagi menjual antivirus atau vaksin.
Motif komersial yang langsung tidak beretika.
Ini tidak mustahil kerana Allah telah menyatakan dalam surah alfatihah yang kita baca setiap kali solat agar dilindungi daripada orang yang dimurkai Allah.
Memang jahatlah sehinggakan Allah yang maha mencipta sudah menyatakan demikian.
Nanti sebentar! Ada konsep lain daripada teori² konspirasi tadi. Ia adalah berkenaan fitnah dajjal. Bahkan ia bukan teori tetapi hakikat.
Allahu akbar.
Para ulama Islam ramai yang bersetuju bahawa fitnah dajjal sedang berlaku. Manusia sedang diubah untuk lebih takut kepada covid 19. Tuhan seolah² sudah tidak boleh berbuat apa². Nauzubullah. Jangan sampai kita terfikir sedemikian.
------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------
Ini mungkin membantu. Klik untuk panduan anti covid 19
------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------
Ummat Islam sudah tidak dibenarkan beribadah di masjid. Padahal solat berjemaah adalah tuntutan Islam.
Teori² konspirasi membawa dua kesan. Pertama, takutkan covid 19. Kedua, mendewakan pemuka di sebalik konspirasi. Yakni dengan mengakui betapa hebatnya perancangan mereka.
Lalu ramai yang tanpa sedar mula lupa dengan perancangan Allah taala. Nauzubillah.
Sememangnya kita perlu taat pada ulil amri. Itu pegangan ahlussunnah waljamaah. Kerana ulil amri mempuat keputusan berdasarkan maslahah ummah.
Demang berpendapat, ulil amri (pemerintah) perlu membuat keputusan dengan mengambilkira masyarakat yang berbilang kaum dan kepercayaan di negara kita.
Manakala rakyat yang beragama Islampun ada banyak tahap pemahaman mereka.
Antara lain ia cuba mengelakkan tuduhan kaum lain bahawa jika ummat Islam dibenarkan ke masjid sedangkan acara lain dibatalkan maka ia adalah diskriminasi agama.
Demang fikir begini. Sepatutnya apabila kita patuh pada arahan kerajaan, kepatuhan itu perlu dibataskan sekadar mematuhi perintah ulil amri sahaja dan tidak sampai kerana takutkan covid 19.
Aqidah mesti diutamakan!
Kita beri peluang kerajaan melaksanakan tanggungjawab mereka. Mudah²an Allah beri isyarat lain untuk kita bertindak seterusnya.
Yang wajib kita beriktikad ialah Allah maha perancang dan semua ini adalah dalam qada dan qadar Allah pada makhluknya.
Covid 19 atau pereka covid 19 hanyalah caturan Allah taala. Ia adalah ujian kepada ummat Islam dan tidak mustahil ia adalah sebahagian fitnah dajjal laknatullah.
Dajjal itu raja segala fitnah, yakni luar biasa muslihatnya.
Allahu akbar.
Wallahu'alam.
------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------
Ini mungkin membantu. Klik untuk panduan anti covid 19
------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------
Cheguman a.k.a Demang Lebar Daun adalah blogger Waadat sejak 2008.
Menulis tentang politik semasa dengan melihat yang tersirat di sebalik tersurat. Menulis adalah bakti kecil untuk agama, bangsa, dan negara. Khidmat selaku hamba Allah.
Aktivis BiroTata Negara sejak 1993 dan banyak terlibat dalam memberi kefahaman tentang perlembagaan kepada pegawai kerajaan.
Blog Waadat tidak dibiayai oleh mana² individu berkepentingan atau parti politik.
----------------------------------------------------------
M I N Y A K M O R H A B S H I
----------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------
Apapun permasalahan kita, kpd Tuhanlah kita meminta, kpdNyalah kita mengadu. Bgmn Tuhan menyelesaikannya, bukan urusan kita. Kita berfikir dgn pelbg cara, merancang dgn pelbg rancangan, kdg kdgnya hingga jadi buntu tak temui cara, sdg Tuhan menyelesaikannya, hanya dgn Kalimat "kun" sahaja.
ReplyDelete"Dan brgsiapa yg bertaqwa kpd Allah (swt), dijadikan bgnya jln keluar, dan direzkikan kpdnya dr arah yg tak disangka sangkanya, dan brgsiapa yg bertawakkal kpd Allah (swt) mk cukuplah Dia bgnya (yg menyelesaikan urusan dan permasalahannyanya), sesungguhnya Allah (swt) Maha Melaksana akan urusanNya, sesungguhnya dijadikan Allah (swt) bg tiap tiap sesuatu taqdirnya (hukum aturannya)".
Dgn TAQWA Tuhan selesaikan masalah kita. Apapun masalahnya, besar atau kecil, walau sesulit mana, sesukar mana urusannya. Bgmn ? tidaklah kita ketahui, bg Tuhan sekadar dgn kalimat "kun". Itulah yg berlaku ketika Nabi Musa a.s. beserta umatnya yg serba lemah terkepung antara lautan luas dan tentera Firaun yg berkekuatan besar. Siapa sangka laut boleh dibelah dgn TONGKAT. Kisah umat awal Islam yg terkepung dipulaukan di satu lembah di Mekah bertahun lamanya, siapa sangka selesai oleh ANAI ANAI yg memakan pengistiharan pemulauan. Begitu juga dgn kisah Perang Khandak, umat Islam yg serba lemah dan kekurangan dr segi bilangan, ditambah dgn pengkhianatan kaum Yahudi dr dlm kota, siapa sangka, diselesaikan permasalahannya dgn tiupan ANGIN sahaja.
Apa itu TAQWA ?
TAQWA = IHSAN + WARA'
Apa itu IHSAN ?
IHSAN = Sentiasa terhubung dgn Allah swt, merasa dan menyedari pengawasan dan kehadiranNya. Tanda zahirnya, sentiasa dlm keadaan zikrullah, di lidah dan di hati.
Apa itu WARA'
WARA' = Sentiasa berusaha melakukan dan melaksanakan yg disukai Allah swt dan menjauhi yg tidak disukaiNya, serta sentiasa istighfar dan taubat atas segala kesalahan, dosa, kelemahan dan kekurangan. Tanda zahirnya, sempurna syariat dan sempurna baik akhlaknya.
Moga kita kita semua disampaikan Allah swt pd derjat TAQWA itu, dan moga kita semua dilindungi dr segala musibah, dunia dan Akhirat.
Aamiin. Insya-Allah. Terima kasih tuan.
ReplyDelete