Kenapa bila kita mati roh kita tak boleh datang semula ke sini?
Saya hampir tidak percaya bahawa anak saya yang berumur enam tahun boleh mengemukakan soalan sebegitu.
Dari mana dia memperolehi soalan itu? Ibunya merangkap guru kelasnya menafikan mengajar soalan tersebut. Begitu juga neneknya yg juga guru mengajinya tidak pernah menimbulkan soalan sebegitu.
Cuma isteri saya mengaku bahawa pengetahuan tentang kematian dan hari qiamat memang diajar berdasarkan kandungan sukatan pelajaran prasekolah. Hal ini memang saya maklum kerana memang bidang saya. (lihat http://www.morhabshi.com)
Persoalan yg dikemukakan membuatkan saya terfikir dua perkara yg saya rasa elok dikongsi bersama.
Pertama, adakah kita sedar potensi sebenar anak kita? Apa yg mereka rakam (melalui sensori motor/deria), mereka proses (termasuk berfikir dan bertanya), dan mereka keluarkan (output) dalam bentuk tingkah laku (behavior)?
Kedua, pernahkah kita bertanya diri sendiri kenapa kita perlu mati setelah dihantar ke dunia ini?
Jika anda di tempat saya, apakah jawapan yg patut diberikan kepada si kecil itu?
Amalan kami suami isteri ialah 'memberitahu walaupun mereka belum faham.'
Sebenarnya saya tidak gemar memberikan jawapan secara terus sebaliknya membuka jalan agar mereka terus berfikir dan membina konsep sendiri.
Bagi saya, cepat atau lambat sesuatu perkara itu difahami tidak penting. Sebaliknya jika mereka sudah menguasai sesuatu konsep maka apa pun masalah yg didatangkan kemudian insya Allah dapat mereka selesaikan dengan lebih mudah.
Dalam situasi tadi saya menjawab begini:
"sebelum Haziq lahir, di mana Haziq duduk?"
"Dalam perut ibu," jawab anak saya.
"Ok. Sekarang Haziq dah ada di dunia. Boleh tak Haziq 'duduk' semula dalam perut ibu?" saya mengumpan lagi.
"Tak boleh," jawabnya.
"Maknanya, dulu kita di alam rahim, sekarang di alam dunia dan selepas ini di alam kubur (barzakh). Selepas itu kita semua akan berkumpul di alam akhirat. Tidak kira siapa yang mati dulu, semuanya akan berjumpa semula di akhirat." Saya memberitahu kedua-dua putera saya. Abangnya (9 tahun) turut mendengar sama.
"Haziq tengok. Dulu, Toknyang dan Tokji dah mati. Sekarang diorang dah berada di alam kubur. Nanti kita pula. Apabila semua orang dah mati, itu namanya qiamat. Lepas tu, kita semua akan berjumpa semula di alam akhirat." Saya menamatkan penerangan.
"Di 'alam' ke, 'dalam'?" Dia agak keliru.
"ALAM, bukan DALAM." Saya mempertahankan istilah itu tapi belum bersedia menjelaskan lebih lanjut.
Nampaknya kedua-dua putera saya mulai faham. Namun sudah tentu pemahaman mereka tidak sama dengan pemahaman kita. Tidak mengapa. Sekurang-kurangnya mereka telah bermula.
(saya pernah terbaca sebuah buku: seorang kanak-kanak bertanya bagaimana kita boleh bezakan antara mimpi dengan realiti?).
Sampai sekarang saya belum dapat jawapannya.
Wallahu'alam.
satu jawapan yang bagus... anak-anak kena juga diberi jawapan yang sesuai dengan tahap pemahaman masing-masing...
ReplyDeleteha, baguslah Demang. jawapan cepu emas. Biak depa pikiak.
ReplyDeletesalam...
ReplyDeleteerm...susah gak aku kalau anak aku bertanya demikian...tp aku rasa aku leh 'culik' dr jawapan ko tuh kalau nanti anak aku bertanya hal yg sama...kalau org besau bertanya demikian leh gak kita terangkan secara dewasa, kalau kanak2 agak sukar, takut mereka tak paham...
Salam Cheguman,
ReplyDeleteInilah jawapan yang paling baik kepada kanak-kanak dan baik juga buat ibu bapa kanak-kanak yang masih belum faham-faham jugak.
Memang Anda suami-isteri ditakdirkan menjadi pendidik kerana tahu cara yang terbaik untuk menjelaskan sesuatu yang rumit begini kepada anak-anak.
WaAllahuAlam.
tsun tze pernah bermimpi dan dia berkata selepas itu adakah hidup aku ini mimpi atau aku berada di dalam mimpi seseorang?
ReplyDeleteRoh Nabi tidak 'hilang '....
ReplyDeleteRoh wali ' tetap ada '
Dan roh mereka bersama jasad...
Kerana itu Sabda junjungan.
Arwah mati tidak dapat kembali 'dalam tubuh' baru.
Mereka kembali melihat 'amalan' kita tidak kembali untuk beramal kembali.
Itu pendapat tokwan lah !
maafin ya jika ada yg salah...
Nak bagi komen tentang permuafakatan UMNO-PAS pun dah ramai yg komen. Nampaknya makin ramai yg inginkan kebaikan dan perpaduan. Namun masih ada yg ketinggalan zaman menyimpan dendam dan berperasangka buruk. Saya agak terharu dgn blog mufti Perlis, Sayuti Omar, Nik Abduh dan 2-3 blog lagi yg begitu mengharapkan kebaikan daripada usaha ini. Nampaknya saya agak lewat menemui blog Nik Abduh. Ikhlas saya katakan saya begitu terpegun dgn pandangan dan hujah beliau. Malangnya komputer saya tidak membenarkan saya memberi komen dalam beberapa blog-blog tersebut manakala blog Nik Abduh saya rasa memang tidak diizinkan kita meninggalkan komen.
ReplyDeleteSemoga sejarah Ali-Muawiyah tidak berulang, yakni para pendamai diberi laluan yang lebih selesa. (Dalam kes Ali-Muawiyah, kedua-dua sahabat tersebut menolak anjuran damai yang dibawa oleh sahabat lain yang cuba menghalang perpecahan.
Insya allah.... Semoga ehsan kita berbalas ehsan jua...
ReplyDeleteTetapi, orang yang mati syahid itu hidup di sisi tuhannya...
salam demang...
ReplyDeletebuat masa nih sy tak nak cite hal politik lg dlm blog...biar keadaan yg bercelaru skang nih kembali tenang...tp demang, sy ade dngar desas desus bru akn langkah raja catur untuk mematikan gerakan lwn dlm mase terdekat ini, atau dlm erti kata lain hampir2 nak 'check mate'...betoi ka???demang ade dngar, ke sumber sy tu takleh dipercayai...
Tapi Demang, ada juga yang syak yang bukan-bukan. Inilah sikap orang melayu yang tak boleh berubah-ubah.
ReplyDelete