Demang dapati hampir semua media hari ini memberikan liputan pada permuafakatan UMNO-PAS. Demang amat bersyukur. Barangkali inilah hikmah sebenar PRU12 yang lalu. Kepada rakyat bukan Islam, janganlah bergundah gulana atau risau. Islam tidak pernah menghalalkan kezaliman sesama manusia. Malah di dalam al-Quran ditegaskan: "Tiada paksaan dalam Islam" Yakni orang bukan Islam tidak boleh dipaksa memeluk agama Islam.
Sambil kita mengikuti perkembangan terkini permuafakatan tersebut, apa kata kita berehat seketika untuk isu Demang kali ini. Bacalah mengikut fahaman masing-masing.
***********************
"Cikgu, kenapa kita tak ada ujian?" Yasmin bertanya.
Aku tersenyum. "Kamu nak ujian ke?"
Kanak-kanak perempuan itu mengangguk, bersungguh-sungguh.
"Mana kamu tau tentang ujian?" aku menduga.
Yasmin terdiam. Barangkali dia tidak begitu memahami soalanku. "Di tadika dulu ada ujian?" soalku terus terang.
"Ada." jawabnya pendek.
Aku tersenyum. Teringat amaran keras Prof Madya Dr Hashimah semasa kuliah dulu:
"Kamu tak payah nak rajin sangat adakan ujian di prasekolah. Jangan rampas zaman kanak-kanak mereka terlalu awal. Sebaliknya buat pemerhatian berterusan. Gunakan rekod anakdot dan sebagainya bagi mencatat perkembangan mereka."
Persoalan murid tadi tentang ujian membuatkan aku terfikir tentang apa sebenarnya ujian?
Sejak menamatkan kursus perguruan pada 1990, salah satu tugasku ialah menyediakan ujian. Malah tanggungjawab tersebut sebenarnya merupakan satu ujian bagi seorang guru.
Sebagai seorang yang sering terlibat dengan program motivasi dan pembinaan modal insan, kadang-kadang para peserta kami diuji juga.
Namun, apa itu ujian?
Ujian berasal dari kata dasar uji (test). Istilah lain yang hampir sama ialah periksa (exam).
Ujian dibuat bagi mengesahkan sesuatu perkara. Contohnya jika kita ingin tahu sama ada gulai yang kita masak itu masin atau tawar maka kita akan mengujinya dengan cara menitipkan sedikit pada lidah.
Ketika aku di Jengka dulu sering juga aku ke ladang membantu ibuku menoreh getah. Alat utama dalam pekerjaan ini selain pokok getah ialah pisau penoreh getah. Pisau ini mestilah sentiasa tajam memandangkan tugas beratnya ialah untuk menoreh kulit kayu. Jika kita ingin menguji sama ada pisau penoreh getah itu sudah tajam atau belum maka cuba letak mata pisau itu pada kuku dan tarik ke bawah. Jika terasa licin maka mata pisau tersebut dianggap belum cukup tajam dan perlu diasah lagi.
Batu pengasahnya ada dua. Satu berpermukaan kasar dan satu lagi licin. Setelah itu diuji lagi dengan cara tadi. Jika terasa kesat hingga mata pisau tidak boleh bergerak pada permukaan kuku maka luluslah ujian itu.
Bagaimana pula jika anda tersilap uji sehingga jari anda terluka?
Semasa menjadi pelajar dulu, ujian bukanlah sesuatu yang disukai.
Yang jelas, ujian bukan sekadar soalan. Jadi, anda tidak boleh bertanya kekasih anda: "adakah awak setia?"
Sebagai makhluk, kita juga diuji oleh pencipta kita. Namun sebagaimana di sekolah, ujian untuk murid darjah satu tentu lah tidak sama dengan ujian yang disediakan bagi pelajar universiti.
Justeru apabila diuji, bersabarlah. Yakin dan percayalah bahawa Tuhan tidak pernah tersilap mengedarkan kertas ujian, cuma kita yang tidak membaca 'buku rujukan' atau 'manual' kehidupan yang telah disediakan oleh Maha Pencipta.
Demang: Sering diuji Tuhan selepas membuat 'posting' di sini. Ujian bagi mengelakkan 'cakap tak serupa bikin'.
Wallahu'alam.
saya bukan melayu. dan saya tidak pernah risau tentang itu. saya tahu malaysia itu milik semua isinya. bukan hak eksklusif sesuatu kumpulan. kita bangunkannya secara bertanggungjawab dan terus secara bersama-sama.
ReplyDeleteBaguslah kalau melayu dapat bersatu. Semua akan untung. Tapi, kenapa DAP perlu takut? Mungkin takut kerana agenda mungkin tidak tercapai akhirnya?
ReplyDelete"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
ReplyDeletesalam demang...amat jelas bahawa tuhan menurunkan khalifah dimuka bumi ini adalah utk diuji...bagaimana, dimana, mcm mana, wallahualam...aku pun seringkali diuji, dan seringkali juga tewas...
CERAMAH PERDANA
ReplyDeletePENDEDAHAN ISU-ISU SEMASA OLEH
SDR EZAM MOHD NOOR
3 OGOS 2008 | 9.00MALAM
DI PERKARANGAN WISMA UMNO KEPALA BATAS
sekian
www.pemudakepalabatas.com.my
sila download poster ceramah ini dan paparkan dalam laman blog anda
klik sini www.pemudakepalabatas.com.my/ezam.jpg
Moga muafakat yang bakal terjadi kelak akan membawa sinar kebaikan kepada negara..
ReplyDeleteYa, sokong 100%
ReplyDeletesy sokong post nie,post ni beri ksedaran sy sdkit,terima kasih smoga post ni beri pengajaran kpd lain
ReplyDeletesy mrupakan penulis blog drpd seorang pljar sekolah