Sekitar 1960an, kaum cina sudah menguasai 70% daripada penduduk Singapura. Jika penduduk pulau tersebut digabungkan dengan penduduk Tanah Melayu maka kaum cina akan tetap menjadi penduduk majoriti.
Justeru kemasukan Singapura ke dalam Persekutuan Tanah Melayu akan memberikan peluang kepada LKY untuk menguasai seluruh Tanah Melayu dan Singapura. Selaku negara yang mengamalkan demokrasi sudah pasti pilihanraya umum yang bakal diadakan akan melonjakkan beliau ke persada tertinggi dalam politik negara baru tersebut.
Pengaruh komunis di Singapura menjadi alasan utama kepada LKY bagi merealisasikan cita-citanya. Ternyata TAR diletakkan dalam situasi ’tersepit’ antara permintaan Singapura dan tekanan Britain. Alasan bekas penjajah tersebut ialah gabungan Tanah Melayu-Singapura adalah kaedah paling berkesan bagi mengekang pengaruh komunis.
Ternyata isu komunis dieksploitasi secara maksimum oleh Britain dan LKY bagi mencapai hasrat mereka menguasai semula Tanah Melayu.
Namun manusia hanya merancang sedangkan perancangan mereka hanyalah sebahagian kecil daripada perancangan Tuhan. TAR berjaya melepasi kemelut ini dengan cara mengundang tiga buah negeri di kepulauan Borneo iaitu Sabah, Sarawak dan Brunei menyertai sama persekutuan. Kehadiran 70% penduduk peribumi yang berada dalam negeri-negeri tersebut diharap dapat mengimbangkan semula populasi kaum. LKY dan Inggeris mahu tidak mahu terpaksa menyetujui keputusan ini.
Oleh kerana plan penguasaan tersebut gagal maka LKY membuat helah dan berjaya disingkirkan 2 tahun kemudian. Britain yang tiada pilihan lain terpaksa berputih mata dengan kemerdekaan Singapura.
Jika persepsi ini diterima, ia adalah jawapan kepada persoalan kenapa Singapura sering ’menyusahkan’ Malaysia sehingga kini. Dengan kata lain usaha mengusai Tanah Melayu oleh Singapura adalah satu usaha berterusan yang dilakukan sejak dulu hingga kini.
Mengapa Demang membawa persolan di atas?
Demang melihat kemelut politik dalam negara kini adalah refleksi kepada usaha berterusan yang dibuat untuk menghentikan dominasi orang Melayu dalam politik negara. Jika dilihat pada rentetan peristiwa menjelang PRU12, terdapat usaha terancang beberapa pemimpin bukan Melayu untuk menafikan kuasa politik orang Melayu. Kempen-kempen secara senyap telah berjalan lama dengan perancangan yang agak teliti. Kenyataan ini disokong dengan keputusan PRU12 yang memperlihatkan penolakan sebenar ke atas kerajaan BN datangnya daripada pengundi bukan Melayu.
Anwar hanyalah bidak caturnya.
Kenapa Demang membawa isu ini kepada perbincangan terbuka?
Demang yakin dan percaya bahawa keamanan dan kestabilan negara hanya mampu diperolehi jika ada persefahaman, tolak ansur dan sikap saling menghormati, bukannya melalui monopoli dan penguasaan oleh sesuatu kaum sahaja dalam semua bidang.
Persefahaman tidak sekadar ucapan retorik semata-mata malah perlu diterjemahkan dengan tindakan dan perlakuan yang menyokong usaha tersebut.
Buat masa ini kaum cina masih menguasai ekonomi meskipun terdapat usaha yang agak agresif bagi mengubah keadaan ini.
Ingat, mengubah bukan sentiasa bermaksud menukar. Perubahan boleh berlaku daripada kecil kepada lebih besar. Sedangkan menukar sering dimaksudkan dengan menggantikan dengan sesuatu yang lain.
Hal ini bermakna, usaha yang dilakukan terutamanya melalui DEB adalah bagi mengubah nasib orang Melayu daripada amat mundur kepada maju sebagaimana kaum cina. Tidak sama sekali untuk menukar posisi iaitu orang Melayu nak dijadikan kaya dan orang cina nak dijadikan miskin.
Perlukah Demang ulang semula aliran ekonomi dalam negara yang telah acap dibincang sebelum ini? Rugikah kaum cina apabila banyak tender diberi kepada orang Melayu melalui DEB? Tidakkah ahli perniagaan cina turut menikmati faedah ini? Demang lihat, orang cina yang marah dengan DEB ialah orang cina yang gagal dengan dirinya. Begitu juga orang Melayu yang menyalahkan DEB apabila gagal mencapai kejayaan yang diimpikannya. Kegagalan peribadi dialihkan kepada pihak lain agar dirinya tidak dipersalahkan.
Demang percaya apabila barisan kepimpinan baru terlantik, korupsi dan kronisme cuma akan bertukar pemilik, bukan terhapus. Kalau dulu dilakukan oleh grup A, sekarang diamalkan oleh grup B pula. Rakyat yang lurus dan mudah diperdaya akan sentiasa ketinggalan. Nanti akan tiba pula pemimpin baru yang akan membawa mereka melakukan perubahan untuk kesekian kalinya.
Sebagai rakyat Malaysia, Demang menyeru agar rakyat terbanyak menghormati asas pembinaan negara.
Jong pecah yu yang kenyang... (kalau ’you’ yang kenyang tak pa lah jugak. Untung-untung you boleh kasi I sikit. Kalau ikan yu kat luar tu...?).
Selamat Menyambut Hari Malaysia.
Rujukan:
http://www.geocities.com/cominglucky/s4tema3.htm
Itulah sebabnya mengapa sabah, sarawak dan brunei di bawa masuk bersama dalam Malaysia bagi menyeimbangkan komposisi kaum.
ReplyDeleteTapi LKY tetap dengan kerenah dia sehingga singapura menjadi negara sendiri.
Korupsi dan kronisme tak akan pupus. Mustahil dilaksanakan.
Cuma yang penting ada kawalan mengurangkanmya
anakmalaysia,
ReplyDeleteTerima kasih krn menokok fakta tsbt.
Demang juga bersetuju kawalan memang perlu malah perlu dijadikan agenda utama.
Demang risau apabila penganut fahaman LKY makin ramai di negara kita kini.
Setuju dengan kata Demang. Anak didik LKY ada kat sini. Ni ha, tengah bermaharajalela. nak masuk campok hal agama islam, nak hapuskan DEB dan macam-macam lagi encik.
ReplyDeleteSalam Demang
ReplyDeleteSaya suka line ini.
Demang percaya apabila barisan kepimpinan baru terlantik, korupsi dan kronisme cuma akan bertukar pemilik, bukan terhapus.
Setuju sangat. Bagi saya, isstem yang ada saja perlu dipebaiki. Tidak perlu menukar keana menukar belum tentu mengubah.
Salam Demang
ReplyDeleteSaya suka line ini.
Demang percaya apabila barisan kepimpinan baru terlantik, korupsi dan kronisme cuma akan bertukar pemilik, bukan terhapus.
Setuju sangat. Bagi saya, isstem yang ada saja perlu dipebaiki. Tidak perlu menukar keana menukar belum tentu mengubah.
Masalahnya ramai tak bagi masa yang cukup kepada Pak Lah.
ReplyDeleteSiapa sanggup sokong Pak Lah diberikan masa lebih ?
5 tahun nak ubah benda dah berpuluh tahun ?
Nabi pun 23 tahun...
Salam.
Panglima Cyber
http://penembak-tepat.blogspot.com
sedingin Salju,
ReplyDeleteBetul telahan Demang... Orang buta lebih cekap melihat berbanding orang celik. Sebab orang celik selalu tersasar penglihatannya ke tempat lain.
Tico,
Saudara telah menambah satu lagi kesimpulan: "...menukar belum tentu mangubah". Demang setuju.
Panglima,
Sepatutnya semua menteri buat kerja macam Paklah. Beliau takde kecoh2 atau nampak gelabah. Mana2 tindakan yg perlu, buat saja. Anwar memang sengaja nak suasana kecoh. Ini akan menggambarkan Paklah gagal.
Masalah Anwar dgn TDM, elok la diorg selesaikan sendiri. Rakyat tak perlu tertarik sama.
Demang, bukan semua oku penglihatan macam saya. Buat pengetahuan Demang, mejoriti mereka lebih percayakan berita palsu dari berita benar. Mereka lebih mempercayai Fatamurgana daripada realiti. mereka kata kerajaan rasuah dan kronisme. Tapi, bila bantuan oleh kkrajaan datang, merekalah yang pertama akan mendapatkannya. mereka ni, tidak menghargai bantuan orang. Tak percaya? pergi ke Brickfields KL dan buat siasatan. Dan juga tempat-tempat lain.
ReplyDeleteOk berbalik pada topik. Betul. penukaran kerajaan tidak menjamin segala rasuah dan kronisme itu habis. Malah, mungkin lebih dahsyat.
Cuba lihat, bila Exko negeri perak kena tangkap, Wah, bukan main marah kat BPR. Apa pasai? konon nak tunjuk mereka tu, sempurna 100%. Tak boleh kena tangkap punya. BN saja rasuah, mereka tak rasuah mereka ni berjiwa rakyat. kepala hotak mereka. jadi, apa akan jadi kalau mereka ini memerintah negara? pembangkang BN saja yang boleh kena tangkap. mereka kerajaan ni, baik. kerajaan malaikat, tak ada rasuah punya. Cerita bab islam, siapa yang tak sokong mereka, orang kafir. Orang islam yang bekerjasama dengan orang bukan islam, kafir. mereka buat? Tak apa. mereka tak kafir, semua baik, mereka malaikat. Inikah yang kita mahukan?
Bab hudud, ini jangan main-main. Ini melibatkan agama. Contohnya, nak tuduh orang berzina, kena ada empat saksi kan? Nak tuduh orang mencuri, sebelum hukuman potong tangan dijatuhkan, kena ada saksi yang nampak kejadian tu. Cakap memang mudah. Tapi nak laksana tu apa macam? Boleh berlaku adilkah? Saya langsung tak percaya mereka boleh berlaku adil.
mereka kata nak perjuangkan islam saja dan bukan seperti Umno yang lebih utamakan bangsa. Saya nak tegaskan di sini, apa guna islam kuat kalau bangsa itu lemah? Cuba kita tengok Palastein, Iraq, Afghanistan, Iran dan negara islam yang lain. Apa jadi? islam mereka kuat, tapi bangsa mereka? lemah dan bercakaran sesama sendiri. Dan secara automatisnya, apabila ini berlaku, islam hancur. mahukah orang islam malaysia jadi seperti ini?
Nabi Muhammad S.A.W terima alquran. Selama 23 tahun. Bila dah lengkap semua pun, orang masih pertikai. Tetapi, dengan kebijaksanaan beliau dan para sahabat, islah diperkuatkan. Bangsa mereka juga kuat dan utuh.
Tetapi, setelah wafatnya Nabi Muhammad dan para sahabat beliau, apa jadi pada islam? Islam dimanipulasi. islam diguna ikut kesesuaian puak-puak tertentu dan akhirnya, membawa kepada kehancuran islam sampailah sekarang.
Cuba renungkan, kenapa puak yahudi dapat membentuk satu negara di bumi ini? Ini kerana, kelemahan bangsa palastein dan orang islam itu. Dan kelemahan bangsa Palastein itu berlaku sampai ke waktu dan detik ini. Orang yahudi walau pun kecil bilangannya, bangsa mereka kuat sebab, bangsa mereka bersatu.
Cuba kita tengok dalam Palastein. Sesama islam pun nak bergaduh pasai merebut kuasa. Inikah yang kita mahu? Bila ini berlaku, musuh islam akan tepuk tangan.
Semua orang kagum terhadap Malaysia. mereka kagum terhadap pentadbiran islam di Malaysia. Tapi orang islam di sini pulak mencemuh dan mencaaci. ya betul ada gejala sosial, gejala riba dan pelbagai. Tetapi, kenapa orang islam tidak mahu menggunakan akal fikiran kurniaan tuhan yang maha esa untuk menyelesaikan perkara ini? Orang islam di sini lebih suka menuding jari. Suka nak salahkan orang untuk menunjukkan merekalah yang lebih beriman dan lebih bertaqwa pada Allah Subahana Wataala.
Dalam islam ada kata, tuhan tidak akan membiarkan manusia itu mengaku umat islam. Mereka akan ditimpakan dengan pelbagai ujian untuk membuktikan sama ada, mereka benar-benar islam atau tidak.
Ok, rancangan Al-risalah kat tv9 dah habis. Modal aku pun dah habis. Aku dapat ilham tulis ni sambil aku mendengar rancangan Al-risalah kat tv9. Al-risalah ni adalah satu rancangan yang amat bagus. Dan sekarang, ilham dah takdak untuk tulis.
Wah... sedinginsalju berceramah bukan main lagi... ingat 'kan ustaz mana tadi. Bagi yg belum mengenali beliau, sedingin salju bukanlah seorg muslim tetapi amat toleran dgn org Islam. Beliau seorang OKU yg mengalami masalah penglihatan sejak kecil.
ReplyDeletebiar betul demang sedingin salju bukan Islam ?
ReplyDeletetapi hati saya 'dingin' dgn komennya.
nanti masuklah Islam keseluruhannya.
insya Allah.
Ya, memang benar saya bukan islam. Saya komen berdasarkan kebenaran dan saya berpendirian, sejarah tak boleh menipu cuma mereka sahaja yang suka menipu sejarah.
ReplyDelete