Vespa berwarna hijau pucuk pisang meredah denai desa meninggalkan debu kecil di belakangnya. Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun berdiri di antara penunggang dan 'handle' vespa, di atas pelantar. Angin yang agak keras menampan muka dan mengusai rambut sikecil.
Vespa itu membeluk ke laman sebuah rumah kayu dan berhenti. Penunggangnya yang berusia akhir 40an memberi salam.
"Waalaikum salam," sahut seorang lelaki dengan kepalanya terjengul pada jendela. "Ha, naik Ustaz," pelawanya.
"Naik? Tak pa la, kot?" jawab Ustaz Hamid sambil tersenyum.
Walau bagaimanapun beliau sudahpun menongkat vespanya dengan kemas, kemudian melangkah ke arah rumah tersebut.
Kanak-kanak yang bersamanya tadi mengekori dari belakang.
"Apa halnya pesan suruh saya singgah?" orang yang digelar ustaz Hamid bertanya.
"Macam ni..." tuan rumah mengengsot rapat ke depan datuk Demang yang sedang bersila itu.
Pelan-pelan Demang yang 'rajin' mengikutnya 'mengubat orang' memasang telinga...
Nak tahu apa yang Demang dengar? Nantikan iklan seterusnya.
Assalamualaikum Cheguman,
ReplyDeleteCerita Vespa mengingatkan saya kepada Arwah Abang Angkat saya yang telah membela saya dari kecil.
Arwah Abang Zai seorang ashkar tentera darat dan markas dia di Garrison Port Dickson. Dia bertugas dibahagian rekrut iaitu pengambilan rekrut baru ke ATM.
Dia ada Vespa kesayangan berwarna biru muda. Selalu juga saya 'naik' Vespa masa di letak di rumah. Saya juga bangga kerana Abang saya ada Vespa. Masa itu orang Melayu tak ramai yang ada motor atau kereta, rata rata semua naik bas atau teksi.
Cerita Cheguman mengamit memori hidup pada tahun lewat enampuluhan, semasa hidup orang Melayu memang benar benar tak punya apa apa. Tak punya apa apa.
WaAllahuAlam.
ada iklan plak? buat saspen plak tu! hahaha
ReplyDeleteok la. kadang2 jemu cerita pasal politik kan.