Mungkin kita tidak perlu salahkan Anwar atas kekecohan dan ketidakstabilan politik negara kini. Demang pernah berpendapat Anwar berhak mempertahankan diri sendiri. Dia sahaja yang tahu samada tuduhan ke atasnya benar atau tidak. Orang yang tak tahu atau tak pasti, lebih baiklah menghindari daripada terlibat.
Biarlah proses perundangan dan hukum alam menjalankan tanggungjawabnya. Hal ini kerana kita juga masih mempunyai tanggungjawab yang pasti dan hakiki. Bacalah pengalaman benar Demang yang belum selesai hingga kini.
Kes 1: Kisah surat sumpah.
Cuti sekolah yang lepas Demang berpeluang membawa anak-anak ke Teluk Kemang. Sempatlah menginap semalaman sambil menemani anak-anak bermain air dan mengikuti beberapa aktiviti yang disediakan.
Namun, pagi-pagi esoknya Demang terima panggilan daripada pejabat meminta balik segera. Rupa-rupanya ada masalah berkenaan perjawatan Demang.
Maka bergegaslah Demang pulang bagi menyelesaikan masalah tersebut. Nampaknya Demang terpaksa mengisi semula borang-borang yang telah dihantar tiga bulan lepas.
Apa yang berlaku? Rupa-rupanya kerani Demang tersalah hantar dokumen-dokomen tersebut. Salinan asal yang sepatutnya dihantar ke SPP telah dihantar ke KPM. Yang peling penting, SURAT SUMPAH.
Demang cuba menghubungi pihak KPM untuk meminta semula semua dokumen tersebut. Namun pegawai yang berkenaan memberi alasan mereka tak dpt mengesan dokumen-dokumen tersebut jikapun memang berada 'dalam tangan' mereka.
Mahu tidak mahu terpaksalah Demang menyediakan semula semua dokumen. Nak kena mengadap Pesuruhjaya Sumpah lagi.
Agak menghairankan sebuah kementerian tidak mampu mengesan dokumen penting yang dihantar kepada mereka. Alasan pegawai berkenaan ialah dokumen yang diterima daripada seluruh negara terlalu byk. Memanglah KPM cuma menyimpan salinan namun jika berlaku sesuatu kes bukankah salinan itu perlu didapatkan semula? Bukankah itu tujuannya satu salinan dokumen dihantar kepada mereka? Jika tidak, apa perlunya mereka dipertanggungjawabkan menyimpan satu salinan?
Mahu tidak mahu terpaksalah Demang mengadap semua pihak yang berkenaan bagi menyempurnakannya dlm masa tidak sampai satu hari.
Bagi memastikan semuanya tiba ke tempat yang sepatutnya dengan cepat dan selamat maka Demang dinasihatkan untuk pergi sendiri ke Putrajaya pada petang itu juga.
Maka bergegaslah Demang ke sana untuk menyerahkan sendiri semua dokumen ke tangan pegawai yang bertanggungjawab. Demang difahamkan oleh kerani Demang bahawa pegawai tersebut mahu dokumen diserahkan terus kepadanya.
Setelah tersesat sehingga terpaksa dibantu oleh telefonis SPP melalui telefon untuk sampai ke bangunan tersebut, alhamdulillah Demang berjaya tiba sebelum pukul 4.30 petang. Nasib Demang agak baik kerana terserempak dengan dua orang pegawai SPP yang kebetulan hendak pulang ke pejabat. Jadi mereka mempelawa Demang untuk mengikut mereka. Sambil berjalan dapatlah Demang menjelaskan tujuan kedatangan Demang itu kepada mereka.
Tiba di depan lif untuk naik ke atas Demang mengerling jam yang semakin menghampiri 4.30 petang. Harap-harap pegawai tersebut masih ada. Sebaik terbuka sahaja pintu lif, terjojol lah seorang wanita dari situ. “Ha, ini dia Puan Rxxxxh.” Kata pegawai tadi. “Puan, cikgu ni nak…” Pegawai itu cuba memberitahu tetapi setakat itu sahaja suaranya kerana Puan Rxxxxxh cepat-cepat menggawang tangannya memberi isyarat tidak mahu melayan kedatangan Demang.
Terfikir hati Demang, bisukah perempuan ini? Sepatah perkataan pun tidak keluar daripada mulutnya. Hanya gerakan tangannya sahaja memberi isyarat menyuruh kami pergi meninggalkannya.
“Kenapa dengan dia tu?” Demang bertanya.
“Oh, sekarang sudah masa untuk dia pulang. Dia memang macam tu… ikut time.” Jawab pegawai tadi.
“Bagus betul dia tu. Sangat menepati masa. Tak boleh kah dia tunggu 10 saat untuk mengesahkan dokumen yang saya bawa ini? Lagipun saya dtg dari Melaka atas cadangan beliau.” Kata Demang.
Pada perkiraan Demang jika beliau berjaya tiba di lobi bawah sebelum 4.30, pukul berapa beliau keluar daripada pintu pejabatnya? Ertinya beliau bukanlah terlalu menepati masa sebagaimana dakwaan pegawai tadi.
Akhirnya pegawai yang cuba membantu Demang tadi membawa Demang naik ke pejabatnya dan berjanji untuk menyelesaikan masalah ini.
Malangnya setelah meneliti dokumen yang Demang bawa, beliau mengatakan hanya Puan Rxxxxh tadi sahaja boleh mengesahkan samada dokumen tersebut betul atau tidak.
Bolehkah anda bayangkan perasaan Demang tika itu?
Apa nak dikata lagi, maka terpaksalah Demang pulang dan menanti jawapan samada Demang perlu menyiapkan semula sekeping lagi dokumen yang tersilap itu atau tidak. Dlm pada itu Demang menghubungi kerani Demang untuk mendptkan maklumat bagi mengetahui pihak mana yang melakukan kesilapan. Maklumat yang Demang terima ialah semua borang yang dikehendaki itu difaks daripada SPP. Hal ini bermakna semua dokumen yang Demang bawa tadi sepatutnya sudah tepat dan lengkap kerana ‘kerangkanya’ bersumber daripada SPP sendiri, lebih tepat lagi Puan Rxxxxh sendiri yang faks borang-borang kosong itu.
Pada hari Isnin minggu berikutnya, setelah jenuh menelefon (tak diangkat) Demang disambungkan kepada pegawai lain. Rupa-rupanya beliau adalah pegawai yang bertangunggjawab dlm hal ini. Kebetulan beliau baru pulang dari berkursus dan baru dimaklumkan tentang kes ini. Beliau berjanji untuk meneliti semua dokumen yang telah dihantar dan meminta Demang menelefon semula lusa (Rabu). Maka mulai pagi Rabu Demang menelefon, hari Jumaat barulah panggilan Demang diterima. Alasan telefonis tersebut ialah beliau bercuti. Sebenarnya Demang mempunyai tiga talian ke bahagian berkenaan (satu telefonis dan dua lagi talian terus) dan kesemuanya tidak dijawab selama tiga hari!!!
“Alahai, tak de ke ganti?” kata hati Demang. Macamana agaknya kalau telefonis itu kembali ke rahmatullah (mati)? Agaknya kelam kabut lah SPP nak keluarkan iklan bagi mendapatkan kakitangan baru.
Apa jawapan yang Demang terima pada hari Jumaat?
“Cikgu,jika cikgu membuat semula surat sumpah yang baru, itu akan mengesahkan yang cikgu telah lewat daripada tempoh yang ditetapkan. Oleh itu cikgu mesti dapatkan surat asal yang berada di KPM sebab tarikh pada surat tersebut akan mengesahkan yang cikgu tidak melanggar syarat tempoh yang ditetapkan.”
Wah! Macam itu kah? Tiba-tiba Demang teringat seorang ibu saudara Demang bekerja di KPM. Maka Demang cuba menghubungi beliau dan meminta jasa baiknya untuk membantu. Beliau berjanji untuk membantu namun hingga kini masih belum berjaya.
Setelah puas berhubung semula sana-sini, akhirnya pihak SPP memaklumkan yang mereka sedia menerima surat sumpah yang baru dan akan mengeluarkan surat khas mengenainya. Maka Demang pun mengirimkannya menggunakan Poslaju setelah diyakinkan oleh seorang pegawai SPP bahawa Demang tak perlu pergi ke Putrajaya untuk menghantar sendiri.
Episod ‘percubaan menelefon’ pun berulang dan dua-tiga hari selepas itu barulah panggilan dijawab dan Demang dimaklumkan yang surat tersebut masih belum tiba ke meja pegawai berkenaan.
Dalam pada itu, dua hari lepas Demang terima satu surat yang meminta Demang menghantar satu surat sumpah yang baru dalam tempoh 14 hari. Demang lihat tarikh pada surat yang Demang terima itu sudah hampir 10 hari berlalu.
Sebentar tadi Demang berjaya menelefon lagi (setelah dua hari tidak dijawab) SPP. Tujuan Demang ialah untuk memastikan tindakan mana yang perlu Demang ambil? Nak abaikan atau nak patuhi? Pegawai yang menjawab (Puan Rxxxxh le tu…) menyatakan yang semua urusan telah selesai dan surat mengenainya sudah dihantar (dalam perjalanan). Beliau turut mengesahkan bahawa surat yang baru Demang terima tadi boleh diabaikan.
Demikianlah satu kisah benar. Tujuan Demang memaparkan kisah ini bukan untuk mengaibkan mana-mana pihak. Demang tahu lebih ramai pegawai di SPP yang rajin, ikhlas dan bertanggungjawab. Begitu juga di KPM. Namun Demang rasa masih banyak ruang untuk dilakukan penambahbaikan. Takkan lah itupun nak tunggu PM datang siasat?
Barangkali Tuhan sengaja mengkehendaki Demang merasakan sendiri pengalaman ini. Selama ini apabila Demang mengendalikan kursus kepada kakitangan awam, semua gambaran yang Demang terima molek-molek dan indah-indah belaka. Rupa-rupanya…
Beberapa bulan lalu Demang pernah menulis: “Apabila semua rakyat melaksanakan tanggungjawab masing-masing maka selesailah masalah negara.”
Bukankah negara ini kita bina bersama? Takkanlah jadi PM baru boleh berkhidmat? Bak kata seorang professor (akhbar hari ini), hinakah menjadi Ketua Pembangkang? Bukankah jawatan itu juga hebat dan sesuai dengann konsep demokrasi negara kita? Menjadi Ketua kepada 82 orang YB di Dewan Rakyat sudah cukup hebat.
Coda:
Agaknya disebabkan pengalaman pahit Demang dengan kes surat sumpah inilah maka Anwar jadi takut nak angkat sumpah walaupun diminta oleh rakyat.
Nampaknya masih banyak yang perlu kita ubah sebelum mengubah PM dan kerajaan sedia ada. Takkan nak tunggu kerajaan baru untuk mengubah sikap sendiri? Takkan lah kita begitu lemah?
Kesian baca cerita demang...itulah realitinya.
ReplyDeleteJika bawahan tak seaspirasi dengan atas, nama ats juga buruk.
Moga setiap berlaku ada hikmahnya.
Chegu berapa jam sehari main internet ? ada YM tak ?
Bagus jika dapat interaksi dengan YM pula.
Untuk agenda merapatkan hubungan antara blogger2
salam.
Satu kisah yang memberi banyak pengajaran.
ReplyDeleteBetul kata Panglima siber yang org bawahan juga kena main peranan dalam hal ini.
salam cikgu,
ReplyDeleteterima kasih kerana singgah dan beri komentar dalam blog saya..
izinkan saya pautkan blog cikgu di blog saya..terima kasih.
birokrasi tak bertempat...
ReplyDeletesian demang...
Ha itulah masalahnya. Orang bawah kerja halai-balai, at last nanti yang dapat nama buruk, orang atas. kesian jugak dengaq cerita encik.
ReplyDeleteYa betoi kata panglima, boh mailah skype. Skype saya teddybear510, msn toyol_cyber007@hotmail.com dan ym puteri_kencana_dewi1@yahoo.com.my
panglima,
ReplyDeletePagi 1-2 jam, ptg 1-2 jam, mlm 2-3 jam. Tak lama dpn komputer tapi kerap.
Anakmalaysia,
Itulah mesej sebenar Demang... masing2 ada tanggungjawab. Jadi pembangkangpun kena lah bertanggungjawab.
joharihamzah,
Sama-sama. Hubungan kita ibarat aur dgn tebing.
Redzwan,
Sebenarnya dlm masa yg sama ada satu kes lagi. Nanti lah kita sambung.
Sedinginsalju,
nanti saya tengok kalau2 boleh join YM (tak biasa).
Kepada semua pengunjung,
Marilah kita tingkatkan kualiti kerja dgn ikhlas, terutama kakitangan awam macam Demang.
2-3 hari lagi insya Allah dapt bonus. Gunakan sebaiknya tanpa membazir dan berbelanjalah bagi mengembangkan lagi ekonomi negara. Jangan simpan bawah bantal (atau mana2 tempat yg tak produktif). Para peniaga dan pekerja mereka pun nak merasa juga duit tu.
zam zam - kami menyediakan perkhidmatan air zam zam sila tel :
ReplyDelete0162116433 / 6425 / 6427
Assalamualaikum Cheguman,
ReplyDeleteBeginilah ceritanya..dapat saya bayangkan apa yang Cheguman lalui sebab kadang kadang saya juga pernah melalui biokrasi sebegini..
Sabarlah..apa lagi saya nak katakan.
Salam Demang
ReplyDeleteDemang masih ada urusan lagi dengan SPP. Naik pangkat ke Demang?
Tahniah.
Selamat Hari Raya
Bukan nak menyalahkan sektor awam, tapi inilah hakikatnya yang terjadi di Malaysia tanah tercinta. Mereka mahukan bonus yang tinggi, tapi kerjanya malas. Bukan semua tapi mejoriti. Sebab tu saya dah malas dan muak berurusan dengan pihak kerajaan.
ReplyDeleteTapi yang herannya saya masih lagi menyokong kerajaan dalam pilihanraya. Tak tahu kenapa.