Antara keistimewaan guru prasekolah berbanding guru biasa ialah kami disediakan seorang pembantu khas. Tugas mereka ialah membantu guru prasekolah menguruskan kelas dan keperluan kanak-kanak. Antaranya menyediakan makan minum, bahan bantu mengajar, keceriaan kelas dan sebagainya.
Beberapa hari lalu Demang berbual dengan Guru Penolong Kanan 1 yang Demang panggil Kak Jun. Beliau meminta pandangan Demang untuk meminta pembantu Demang 'naik' ke pejabat pentadbiran sekolah bagi membantu serba sedikit tugas kerani.
Jika dikirakan jawatan dan kelayakan, Pembantu Prasekolah (PPS) adalah setaraf dengan kerani, iaitu pada N17. Tetap dan berpencen. Namun dari segi agihan tugas rasmi, masing-masing mempunyai beban tugas berbeza.
Maka timbullah sedikit pertikaian berikutan permintaan tersebut. Kedua-dua PPS tersebut keberatan melakukan tugas tambahan itu memandangkan mereka sendiri sudah mempunyai tugas rasmi.
Demang faham, setiap orang memang mempunyai tugas masing-masing yang telah ditentukan. Gaji dan elaun yang diterima adalah berdasarkan perlaksanaan tanggungjawab tersebut. Mereka berhak menolak tugas tambahan yang di luar bidang mereka.
Namun dalam perkhidmatan, masih ada ruang untuk mendptkan peluang yang lebih istimewa. Antaranya ialah hadiah kenaikan pangkat dan anugerah prestasi cemerlang.
Jika tidak kerana itu pun, sesekali kita akan melakukan kesilapan atau terpaksa mengharapkan budi bicara majikan dalam situasi tertentu. Contohnya ketika ingin bercuti bagi menghantar saudara mara yang hendak ke mekah.
Atas alasan tersebutlah Demang berpendapat kita perlu memberikan perkhidmatan tambahan. Kalau dalam beribadat perkara begitu dinamakan amalan sunat.
Amalan sunat akan menampung kekurangan dan kelemahan kita dalam melaksanakan amalan wajib.
Dalam dunia korporat, ia merupakan nilai tambah yang dihargai pelanggan. Ini termasuklah perkhidmatan selepas jualan.
Suatu masa dulu, sykt-sykt automobil bersaing dalam menyediakan reka bentuk produk masing-masing bagi menembusi pasaran. Hari ini, perkara tersebut tidak lagi menjadi modal utama untuk bersaing. Malah mereka bekerjasama dalam R & D bagi menjimatkan kos. Bagi menambat hati pelanggan pula, tumpuan diberikan pada keselesaan dan perkhidmatan selepas jualan termasuk aksesori.
Dalam persaingan global, kualiti tidak lagi dinilai pada harga yang telah dibayar sebaliknya pengguna mencari apakah perkhidmatan percuma yang ditawarkan.
Para pemain global datang dengan modal yang besar. Ketika bank-bank tempatan mengenakan interest melebihi 7%, bank global spt City Bank menawarkan tidak lebih 3% sahaja.
Dalam masa bank tempatan memasukkan pelbagai caj tersembunyi pada kad kredit, bank global mengecualikan yuran tahunan dan pengecualian interest bagi penggunaan kurang 30 hari.
Mujur Tun Dr Mahathir bertindak pantas menggembeling modal melalui tindakan penggabungan bank tempatan. Kesannya, perbankan tempatan kembali bernafas dan mampu bersaing.
Dalam persaingan bagi mengisi jawatan politik, aspek nilai budi masih menjadi kriteria penting meski cuba dihakis oleh budaya rasuah. Buktinya, sehingga kini Mahyudin tetap mengungguli pencalonan meski tiada imbuhan untuk perwakilan yang mencalonkan beliau.
Demang percaya, mana-mana calon yang cuba bermain api akan mendapati diri sendirilah yang akan terbakar nanti. Samada mereka akan tersingkir melalui undi sebenar nanti ataupun dicekup BPR.
Jika terlepas juga, mereka akan mengadap dua saringan di pintu syurga. Pertama, dosa dengan Tuhan tetapi mereka boleh meminta ampun. Kedua, dosa kpd rakyat. Yang ini Demang rasa susah nak lepas.
Sepatutnya kita tidak perlu lagi bercakap tentang rasuah apatah lagi mempersoalkannya. Ia hanya memperlihatkan betapa rendahnya kualiti rakyat Malaysia. Padahal pemain global sudah pergi jauh dengan penekanan pada aspek nilai tambah.
Adakah kita masih bertanya diri kita: "adakah aku sudah melaksanakan amalan wajib?"
Sepatutnya kita sudah mula bertanya: "apakah amalan sunat yang boleh kulakukan lagi?"
Jika sudah, tahniah.
Jika belum, mari kita mulakan.
Salam sdr. demang,
ReplyDeleteKedekut, malas!. Ya, dua kalimah yang sebati dengan orang kita. Rasa-rasanyalah cukup ke Islam kita dan lengkapkah Iman kita bila kita bela dua kalimah itu di sanubari kita?
Seperti kata demang, tugas hakiki adalah wajib dan tugas tambahan adalah sunat. Jadi kalau dua kalimah tadi bersarang di hati kita, kedua-duanya tidak akan sempurna. Melaksanakan tugas hakiki malas, dan kalau buat pun bak kata melepas batuk di tangga. Untuk melakukan tugas tambahan pula, kedekut. Kedekut tenaga, kedekut masa malah kedekut fikiran!. Jadi kedua-dua tugas kita tidak jadi ibadah. Fikirkan betapa ruginya kita.
Cukupkah Islam kita sekiranya tanggung jawab yang memberikan kita nafkah sddangkan kita lakukan sambil lewa dan tidak ikhlas? Lengkapkah Iman kita bila kita kedekut untuk memberikan sedikit sedekah masa dan tenaga kita melakukan tugas tambahan untuk kebaikan anak-anak kita yang sedang belajar di situ?
Sdr. demang,
Rasuah. Untuk kedua-dua orang anak saya, bermula dari darjah satu sehingga tingkatan lima saya tidak pernah benarkan anak saya mohon pinjaman buku. Semua buku mereka saya beli sendiri.
Sebab kalau ditakdirkan buku pijaman tidak mencukupi, dan guru berikan buku kepada anak saya sebab guru dan pengetua kenal rapat dengan saya tetapi pada masa yang sama ada murid yang betul-betul tidak mampu gagal mendapat buku pijaman tersebut sedangkan anak saya dapat. Bagaimanakah hukumnya? Hukumnya haram bukan?. Jadi anak saya belajar dengan buku dan sumber yang haram.
Ilmu yang dimanfaatkan dari sumber yang tidak hak tersebut membolehkan anak saya menyara keluarganya pula di kemudian hari. Halalkah sumber rezekinya itu?
saya sangat setuju dalam hal ini..
ReplyDeletemountdweller,
ReplyDeleteBila 'org yg sewaktu' dgn kita berkata: "zaman kami dulu...." maka anak muda sekarang akan balas: "....." (macam-macam la yg mereka akan kata.
Tapi, saya nak beritahu pengalaman saya mengajar di Jengka Pahang sekitar 1990. Sebulan sebelum sukan atau sebulan sebelum hari perkhemahan tahunan, pelbagai kerja sudah dilakukan setiap hari. Masuk hutan cari kayu, menebas kawasan, buat garisan padang, dsbnya.
Sambutannya sangat meriah dan melibatkan seluruh masyarakat. Para perasminya sekurang2nya YB dan selalunya menteri.
Sekarang? beberapa tahun lalu, saya dijemput oleh seorang guru utk membantu beliau dalam perkhemahan sekolah. Setibanya saya di kawasan perkhemahan malam itu, alangkah terperanjatnya saya apabila mendapati cuma ada dua org guru di situ. Saya mengendalikan malam persembahan seorang diri (one man show). Setelah tamat aktiviti tersebut, saya merasa amat serba salah utk pulang ke rumah. Sedangkan utk turut bermalam di situ, saya tidak mendapat arahan GB. Saya tak peduli tentang arahan tetapi saya perlukan kebenaran utk turut bermalam bersama pelajar.
Akhirnya saya ke warung di sebelah sekolah, minum sambil menonton TV sehingga kira2 jam 2.00am. Sekurang-kurangnya klu budak2 menjerit, saya boleh segera membantu.
So, apa alasan generasi baru?