Keputusan UPSR (Tahun 6) telah diketahui. GB sekolah tpt isteri Demang bertugas boleh tidur sambil tersenyum sbb sekolah beliau menjadi sekolah yang melahirkan paling ramai pencapai 5A di Melaka tahun ini.
Mantan GB sekolah Demang yang baru bersara beberapa minggu lepas juga wajar gembira kerana menamatkan perkhidmatan dengan bergaya apabila sekolah berhampiran perigi Hang Tuah itu mencatatkan kenaikan hampir seganda apabila 28 murid mendapat 5A, berbanding 18 orang tahun lalu.
Manakala sekolah tpt Demang menjadi AJK PIBG mungkin sedang belasungkawa berikutan keputusan yang jatuh merudum, iaitu daripada 27 orang 5A pada tahun lepas kepada cuma 11 orang pd tahun ini.
Tajuk Demang kali ini, siapa & apa yang dinilai sebenarnya?
Bagi Demang ada 3 pihak yang akan dipertanggungjawab walau apapun keputusannya.
Pertama, murid itu sendiri.
Kedua, ibu bapa atau penjaga murid itu.
Ketiga, kerajaan Malaysia meliputi menteri, kementerian, jabatan, sekolah dan guru.
Untuk makluman, UPSR kali ini menjadi ujian pada perlaksanaan Pembelajaran Sains & Matematik dlm Bahasa Inggeris (PSMBI). Memangpun terbukti sudah, dua subjek tsbtlah yang telah membunuh impian ramai calon untuk memperolehi 5A, termasuklah anak buah Demang yang memperolehi gred B dlm subjek Science.
Demang yakin perkara ini akan menjadi isu utama beberapa bulan mendatang. Biarlah mereka bebincang.
Demang pula ingin membawa perbincangan dari sudut lain iaitu daripada sudut murid dan masa depan mereka.
UPSR hanyalah ujian pertama bagi seorang rakyat Malaysia. Biar bagaimana cemerlang sekalipun keputusannya, sijil tsbt tidak boleh dibawa kemana. Yakni tidak laku untuk dijadikan 'lesen' untuk masuk kolej, Universiti, mahupun bagi memohon jawatan hebat.
Perkara paling penting yang perlu diberi perhatian ialah bagaimana seseorang murid itu menggunakan keputusan tsbt bagi mencapai kejayaan dlm hidup.
UPSR sepatutnya menjadi kayu ukur bagi menilai adakah usaha dan pencapaian tsbt seimbang? Apakah yang perlu diperbaiki, diubahsuai, atau ditingkatkan? Apakah yang perlu dikekalkan, dikurangkan, atau dibuang?
Kecemerlangan dlm UPSR melonjakkan yakin-diri seseorang pelajar. Dia akan melangkah ke sekolah terbaik dengan keyakinan yang tinggi. Dlm masa yang sama jika dia ke sekolah biasa dia akan mendapati dirinya adalah yang terbaik.
Justeru, mana-mana sekolah pun tidak mengapa. Yang penting, ibu bapa dan guru perlu mengawasi para pelajar begini.
Kejayaan tadi akan menjadi musibah jika tiada bimbingan berterusan. Pelajar yang ke sekolah terbaik akan mendapati dirinya bukan lagi yang terhebat. Perasaan yakin-diri bertukar menjadi rendah diri. Jika ini tidak ditangani dengan baik, kecemerlangan dlm UPSR akan menjadi kejayaan terakhir.
Sebaliknya jika pelajar itu ke sekolah biasa, dia akan merasa dirinya paling hebat. Ketiadaan pesaing dan 'sparing partner' akan menjadikannya leka beransur lemah. Kata orang, "di tempat yang tiada kuda maka keldai digelar kuda".
Maka, peranan ibu bapa dan guru memang diperlukan sentiasa. Inilah ujian paling hebat dizaman ICT ini. Jangan sampai kita tersungkur di pintu syurga lantaran anak-anak terhumban ke jurang neraka.
Salam buat Sdr. Demang,
ReplyDeleteKomentar yang cukup hebat dari seorang guru. Saya setuju dengan pandangan demang di atas. Memang di samping bimbingan guru, ibu bapa memainkan peranan yang cukup penting dalam melakar kejayaan anak-anak.
Cuma satu yang saya terkilan. Ini pendapat seorang yang bukan pendidik seperti saya. Kenapa mirid-murid di tahun enam dijadikan ujian oleh kementerian? Bukankah UPSR menjadi titik permulaan hala tuju pelajaran seterusnya?.
Sepatutnya pihak kementerian mencari satu kaedah lain untuk dijadikan ujian atau pun kayu pengukur keberkesanan penggunaan bahasa inggeris ini.
Jangan peperiksaan utama dijadikan ujian.
demang...kalo xkesah sy bertanya..Sek.Demang Husin ke yg 1st tahun ni?zaman saya dulu kalo x Dato'Palembang,bkt beruang la slalu blumba2 nak 1st ni..zaman saya dulu la..mungkin dah ade pencabar lain hehe...bgs le tu ye x?
ReplyDeletemountdweller...dorg pki konsep mlentur dr rebung kot..logiknye bagus tp tahan xthn je la budak2 tu
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletemountdweller,
ReplyDeletePada saya, PSMBI tu ada baik ada buruknya. Klu nak dilaksanakan, biar bersungguh2. Tapi, sy lihat ia dibuat terburu2, tanpa persedian yg cukup. Malah para guru yg terlibat pun blm cukup sedia.
Adik2 kembar sy lg naya. 1st time ambik STPM guna BM. Ambik kali kedua dah BI (konon nak baiki) terus KO. Diorg aliran arab,
Bagi sy kita kena realistik. Tak semua rakyat Malaysia perlu berbahasa Ing. Sy faham, niat TDrM baik. Dia nak bg peluang pd semua. Namun, usaha beliau berkesan apabila result BI meningkat.
13,
ReplyDeleteSekolah paling ramai calon 5A, SK jln Datuk Palembang. Mlm tadi mrk dinner dgn Ali Rostam. Sekolah yg merudum tu, tak manis klu sy bgtau di sini. Tp org ramai tau juga nti. SK Demang Husin meningkat. Memang sy amat kasihan GB sekolah yg merudum tu. Menangis dia. Sy belum sempat jmpa dia lagi.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSaya sebolehnya tidak mahu menukar topik dalam waadat terlalu kerap atau terlalu jarang. Oleh itu di bawah ini saya selitkan satu email yg saya rasa penting utk disebarkan. (Jadi, saya tak perlu mengganggu topik terbaru ini).
AMARAN DARI POLIS DI-RAJA MALAYSIA
> Berhati- hati kawan2ku tentang masaalah ekonomi yg semakin parah,
manusia terdesak melakukan berbagai2 cara untuk merompak kita..
>
> Berhati2 semua terutama para wanita.
>
> Bahaya....!!!
>
> Baru minggu lepas malam Jumaat saya parking kereta diparking awam.
Semasa nak balik kerumah saya terperasan ada pelekat kat cermin
belakang kereta saya. Bila saya tanggalkan pelekat tu kat rumah,
rupa2nya cuma resit pam minyak . Tak lama lepas itu saya terima email
ini.
>
>
> " AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA
CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA
>
> -- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN )
> Sedarlah semua! Tolong sebar2kan..... Kita berjalan menghampiri
tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start
engine kereta dan bersedia untuk berundur. Bila kita melihat cermin
belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg
melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita. Jadi
kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan
kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.
Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri
itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan
memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa
mereka melarikan kereta anda. Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg
duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi
kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah
kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!
>
>
> BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN
>
> Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita,
teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur
kerana anda membaca email ini. Saya harap anda akan hantar email ini
kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat
peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah
tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.
Berikut adalah tambahan drpd saya (balasan email kpd sahabat saya bernama Nik)
Terima kasih sdra Nik.
Itu taktik di kereta. Selain itu mrk juga ada beberapa taktik yg tak terfikir dek kita. Antaranya mengadakan beberapa 'keributan' di luar rumah supaya kita membuka pintu di tengah malam. Antaranya (yg pernah berlaku) ialah menutup meter air supaya kita keluar memeriksanya atau membawa dua ekor kucing garang supaya bergaduh di luar rumah kita.
Yg penting, ambillah langkah keselamatan sebelum membuka pintu rumah pada waktu malam.
demang - saya menanti artikel saudara tentang kepimpinan yang telah saudara janjikan dulu tu..pandangan saudara ditunggu.
ReplyDeleteazli,
ReplyDeleteinsya Allah. Saya akan lakukan beransur2 dgn artikal "sepucuk email kpd GGMM". Ia meliputi asas perjuangan dan pembinaan negara.
Terima kasih.
Demang...teman bersetuju dengan pendapat mike...buaknnye apa, kalau ia benar-benar dilakukan secara ikhlas dan teliti, insyaallah benda ni akan berjaya...
ReplyDeleteTeman di sekolah mengajor Bahasa Inggeris, apa yang teman dapati waktu menanda kertas hari tuh, memang peningkatan yang cukup hebat dalam keputusan baru-baru ini (untuk English la) tapi hanya sedikit peningkatan pada sains dan matematik...Teman juga dapati budak-budak ni boleh menguasai beberapa perkataan di luar HSP yang cuma digunakan di dalam subject sains..apa yang teman nak simpulkan, peningkatan pencapaian bahasa Inggeris didorong oleh PPSMI tetapi tidak membantu peningkatan pencapaian pelajar dalam subject itu sendiri...
Pada teman, kalau nak menyampaikan ilmu, elok lah dalam bahasa melayu, dan jika hendak mereka menguasai bahasa sekaligus menimba ilmu...agak sukar hendak dilakukan...bukan tidak boleh...boleh cuma perlu kena pada caranya...
Pada tuan mountdweller..KAEDAH LAIN SEDANG DIKAJI, BERKEMUNGKINAN PADA TAHUN 2010 KEPUTUSAN UPSR MUNGKIN TIDAK LAGI DIAMBIL SERATUS PERATUS DARI UJIAN YANG DILAKSANAKAN...PENILAIAN SEPANJANG PERSEKOLAHAN AKAN DI SATUKAN...
p/s: bertambahle...keroje guru!
Dady Cool,
ReplyDeleteTerima kasih kerana berkongsi pengalaman. Dalam perkara UPSR, saya cuma pemerhati. Kalau terbat pun sekadar dlm program motivasi umum. Saya pernah mengajar Sains dan Matematik tapi dlm BM. Dah lama tu...