Tuesday, February 24, 2009

Kutipan tol dimansuhkan



BH 24/02: Kutipan tol di Plaza Tol Salak Jaya, Lebuhraya Sungai Besi, dimansuhkan mulai jam 12.30 tengah hari tadi. (Berita SMS melalui Celcom).

Alhamdulillah. Demang sejak dulu tidak setuju dengan tol di kawasan bandar. Tahniah kepada YB Ir Md Zain yang menggantikan Samy Vellu. Kata orang 'sirih pulang ke gagang'. Kita perlu menyahut cabaran Allah taala dalam surah Al-Imran, ayat 110: "Kamu adalah ummat terbaik yang dilahirkan untuk manusia."

Masa Demang kecil dulu (1970an) jika kami ingin 'balik kampung' (dari Jengka di Pahang ke Jitra Kedah) akan mengambil masa tidak kurang 14-18 jam. Seingat Demang, jika bertolak petang Jumaat maka menjelang tengahari Sabtu barulah tiba di destinasi. Sekarang? Menurut teman-teman, mereka mengambil masa antara 6-9 jam sahaja.

Sementara itu kita jangan lupa bahawa tol bukan sahaja menyelesaikan masalah perhubungan (infrastruktur) malah membantu mengaktifkan ekonomi ummah. Melaluinya puluhan ribu rakyat mendapat pekerjaan. Masing-masing dengan jawatan dan kedudukannya. Malah pekerja asing juga dapat menumpang nikmat kesuburan ekonomi Malaysia. Alhamdulillah. Itu sumbangan kita sesama ummat Islam.

Melalui tol juga kita melahirkan tokoh korporat dari kalangan anak bangsa. Sekurang-kurangnya ada juga wakil orang Islam dalam senarai tokoh korporat negara. Jangan kita nafikan sumbangan mereka dalam menjana ekonomi ummah.

Jangan juga kita pedulikan sangat berapa wang dalam kantung mereka. Jika kita minta RM27 juta daripada merekapun, kita cuma dapat seorang seringgit sahaja. Apalah nak kita dengkikan sangat. Biarlah mereka bermewah kerana hak mereka berdasarkan taraf dan kualiti hidup mereka. Kalau orang lain yang 'naik' belum tentu kita dapat 'apa-apa'.

Cuma ada pihak yang terlalu risaukan amal kebajikan dan dosa orang lain. Orang tak bersedekah, dia yang susah hati. Orang lain kurang buat kebajikan, dia yang resah tak tentu arah. Dari satu segi, baguslah tu; "Agama itu nasihat menasihati". Malah surah Al Imran yang Demang catatkan tadipun ada sambungannya lagi iaitu 'amal ma'ruf nahi mungkar'. Cuma janganlah melampau. Mengumpat, mengutuk, dan mengejek pun satu dosa. Apatah lagi memaki hamun orang lain.

Jika nak menegur dan berdakwah, gunakan cara berhikmah. Kita 'kan nak membina negara, bukannya nak meruntuhkan negara. Bukankah kita ummat terbaik?

7 comments:

  1. salam,
    malaysia merupakan sebuah negara yang dirahmati,
    insyaallah kita semua pasti akan bersatu kembali..
    amin...

    ReplyDelete
  2. One,
    Sama-samalah kita berusaha dan berdoa.

    ReplyDelete
  3. Tapi lima lebuhraya, tol nak naik pulak dah. Wah kacau lagi. pembangkang buat isulah pulak nanti.

    ReplyDelete
  4. Ya, SedinginSalju. Kenaikan yang mengelirukan. Paklah yang berada di luar negara (hari ini) telah mengarahkan hal tersebut dibawa ke mesyuarat kabinet pagi esok.

    ReplyDelete
  5. Salam Cheguman,

    Moga Sihat selalu. Btoi kata sedingin salju. Mansuh 2, naik 5. lagu mana ni. Nk blk utara pun kna bajet ... moga d tarik blik.

    ReplyDelete
  6. Albalingi,
    Toksah kata nak ke Utara..., Melaka-Seremban pun dah tak larat nak bayar tol (kalau mengikut SMS Berita Harian yang saya terima). Namu SMS terbaru yang saya terima menyatakan PM telah mengarahkan keputusan tersebut dikaji semula pagi esok.

    ReplyDelete
  7. Semoga tuhan akan memberkati setiap usaha yang baik.

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.