Thursday, February 26, 2009

Raja Berperlembagaan



SMS daripada seorang sahabat menjelang maghrib tadi membawa saya mengadap Astro Awani jam 8.30 hingga 9.00 malam. Tajuk yang dikemukakan memang menarik, sementelahan pula diajukan ketika isu campur tangan sultan dalam politik serta kelantangan (baca: kebiadapan) seseorang mencabar kuasa raja.

Bagi saya tidak ada sesuatu yang ‘baru’ dalam perbincangan tersebut yang bertajuk “Demokrasi Rakyat & Raja Berperlembagaan’. Kehadiran dua orang pemimpin iaitu Salehudin Hashim (PKR) dan Fuad Zakaria (UMNO) tidak membawa sebarang pandangan baru selain ungkit-mengungkit dan mengulang ayat-ayat yang telah termaktub dalam perlembagaan.

Yang jelas, masing-masing ingin memberitahu penonton (rakyat) bahawa merekalah yang mempertahankan institusi beraja di negara ini manakala pihak lawan adalah pemusnah institusi tersebut.

Rasanya tidak perlulah saya ulas lagi perkara yang sudah jenuh saya kupas dalam blog Waadat sebelum ini. ‘Perbincangan’ secara langsung dalam Astro Awani tadi sudah cukup membuktikan bahawa institusi beraja memang masih diperlukan dalam negara ini. Jika tidak, tak ‘kan lah mereka beriya-ia sungguh mendakwa parti merekalah yang mempertahankan raja-raja Melayu.

3 comments:

  1. Sedikit tambahan:
    Selepas PRU12 terdapat sekurang-kurangnya 3 kes 'campurtangan' raja dalam perlantikan Menteri Besar iaitu di Terengganu (negeri YDAgong), Perlis, dan yang terbaru di Perak. Penerimaan ahli politik dalam ketiga-tiga kes tersebut berbeza mengikut kepentingan masing-masing.

    ReplyDelete
  2. salam..

    malaysia merupakan sebuah negara raja bpelembagaan,oleh itu amat wajar lah kiranya fanatisme raja dapat dielakkan..
    pun begitu raja sebagai sebahagian dari golongan pemerintah perlulah dihormati dan ditaati seadilnya..
    berkenaan pengkhianatan terhadap raja ni sy fikir kedua-dua kjaan dan pembangkang pon ada buat tp kalau diikut pada sejarah sebahagian dari padanya memang dilakukan demi kepentingan rakyat dan bukan secara semberono yg nk mengenakan raja..
    sebagai penutup kita perlulah ingat tuntutan agama agar rakyat perlulah taat kepada allah,nabi(rasul) dan diikuti pemerintah,pemerintah bukan hanya bermakna golongan raja tetapi juga kjaan yang direstui rakyat..

    ReplyDelete
  3. Saya kecewa. Di saat bangsa lain henyak maruah MELAYU. Di saat bangsa lain memperbodohkan MELAYU. Menghumbankan darjat MELAYU dan Merendahkan maruah MELAYU, masih ada bangsa MELAYU sendiri yang mendewa-dewakan bangsa asing. Ada bangsa MELAYU lain yang bertepuk tangan melihat bangsanya sendiri dipermainkan. Bangkitlah MELAYU. Bersatulah MELAYU. Darah kita serupa. Agama kita sama. Lupakan sengketa politik. MELAYU mesti tetap membela MELAYU. MELAYU sendiri mengagungkan SINGH kenapa? Dia tidak kata BN celaka. Dia kata MELAYU celaka. Dia kata bapak kita celaka. Dia kata mak kita celaka...! Sebarkan... Takbir!

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.