Tuesday, April 7, 2009

Assobiyah



Keputusan tidak rasmi PRK di Bukit Gantang, Bukit Selambau, dan Batang Ai sudah mula tersebar meskipun proses sebenar belum selesai, kecuali di Batang Ai yang menyaksikan kemenangan calon BN menewaskan calon PKR. Sementara itu Demang kutip komen yang ditinggalkan dalam sebuah lagi blog Demang iaitu Morhabshi

.................

jebbat said...
Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
Di atas kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah.

Saya sebagai hamba Allah menyampaikan seruan Allah dan RasulNya.

“Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah” [HR Abu Daud].

Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
Kembalilah ke jalan Islam dan memperjuangkan Islam bukan atas dasar memperjuangkan Assabiyah iaitu bangsa kerana Rasulullah SAW tidak mengaku akan umatnya yang memperjuangkan assabiyah…

Rasulullah SAW telah mengkabarkannya kepada seluruh manusia bahawa bukanlah dari umat Muhammad jika mereka memperjuangkan bangsa.

Adakah kita hanya mengamalkan ajaran Islam separuh masa dan separuh lagi kita meninggalkannya...???

Allah SWB berfirman :

" Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu " (Al-Baqarah(2):208)

Bersatulah saudaraku dengan kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah…!!!
Bersatulah kita di bawah panji kebesaran Islam…!!!

Ingatlah wahai saudaraku...

Sekecil kecil dan sebesar-besar amalan di dunia akan di hitung di akhirat kelak.

MAMPUKAH KITA MENJAWABNYA NANTI APABILA KITA BERDEPAN DENGAN ALLAH SWT...???

Ya Allah, aku telah jalankan perintahmu…


.................

Demikianlah betapa yakinnya Jebbat pada fahamannya itu. Demang dapat rasakan betapa sedihnya Jebbat melihat semua penyokong kerajaan yang diyakininya telah 'tersesat' kerana memperjuangkan 'assobiyah'.

Demang bukanlah pandai sangat namun tidaklah terlalu bodoh untuk memahami sejarah bangsa dan ajar agama sendiri.

Berikut adalah respon Demang. Semoga Allah SWT sentiasa menunjukkan jalan yang benar dan lurus kepada Demang. Itulah doa Demang setiap kali selesai solat.

Saudara Jebbat,
Terima kasih kerana meninggalkan pendapat saudara di sini (http://morhabshi.blogspot.com) Saya percaya saudara seorang muslim yang baik yang sentiasa inginkan kebaikan dan berharap kebaikan tersebut dikongsi dengan orang lain. Semoga Allah SWT merahmati saudara. Namun adalah lebih molek jika saudara tidak 'menikam' secara rambang sebaliknya saudara berterus terang mengenai apa dan siapa yang memperjuangkan 'assobiyah' tersebut.

Oleh kerana blog Morhabshi hanyalah blog perubatan herba maka saya keberatan untuk memberi respon saya dalam blog tersebut sebaliknya saya bawa ke blog waadat ini kerana gelanggangnya lebih sesuai.

Jika saudara maksudkan UMNO maka perlulah saudara sedar, jika UMNO memperjuangkan 'assobiyah' tak mungkin parti itu sanggup memberikan kerusi kepada MCA dan MIC dalam PRU 1955 walaupun orang cina dan India tidak mempunyai sebarang kawasan majoriti tika itu. Malah, sehingga PRU12, tidak ada satu kawasanpun yang mempunyai majoriti orang India. Ramai pemimpin MCA dan MIC diletakkan di kubu kuat UMNO bagi memastikan kemenangan mereka. Masihkah UMNO bersikap ‘assobiyah’?

Saudara Jebbat,
Agar sukar saya menjawab apabila saudara tidak menunjukkan di mana kesilapan itu berlaku. Jika saudara maksudkan kontrak sosial, perlulah saudara sedar bahawa tiga perkara yang dikatakan keistimewaan orang Melayu iaitu agama Islam, raja-raja Melayu, bahasa Melayu, dan hak istimewa orang Melayu itu bukanlah sesuatu yang dirampas daripada kaum lain sebaliknya penganugerahan taraf kewarganegaraan kepada kaum bukan Melayu membawa implikasi hak orang Melayu terpaksa dikongsi dengan kaum yang berhijrah ke Tanah Melayu.

Dengan kata lain, jika sebelum ini semua khazanah di muka bumi Tanah Melayu ini menjadi milik mutlak orang Melayu, maka selepas kaum bukan Melayu menjadi warganegara, semua itu perlu dikongsi bersama. Tidak cukupkah pemgorbanan orang Melayu? Hendak diambil semuakah harta orang Melayu? Tidak kasihankah saudara pada oarang Melayu yang terpaksa menjadi kuli di tanahair sendiri? Lihatlah gedung-gedung perniagaan milik warganegara bukan Melayu yang tersergam hebat.

Orang Melayu bukan bangsa yang semulajadi lemah. Bukalah sejarah empayar Melaka dan renungkan betapa kita pernah membina sebuah tamadun terhebat di dunia. Namun, oleh kerana empayar tersebut adalah sebuah empayar Islam maka kita diserang dan dijajah selama 446 tahun. Tatkala orang Cina diberi pelbagai kemudahan selama beratus tahun, orang Melayu masih ‘kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.’

Saudara Jebbat,
Mungkin saudara memikirkan bahawa orang Melayu juga kaum pendatang memandangkan nenek moyang orang Melayu berasal dari Jawa, Makasar, Sumatera dan sebagainya. Namun saudara perlu tahu bahawa semua pulau tersebut merupakan kepulauan Melayu dan penduduknya adalah serumpun. Samalah seperti Rasulullah yang berhijrah dari Makkah ke Madinah. Meski berlainan daerah namun mereka adalah dari rumpun yang satu (Arab). Pun begitu, dalam Piagam Madinah tetap dinyatakan hak-hak golongan Ansar dan Muhajirin. Saudara semaklah Perlembagaan negara kita dan lihatlah betapa bukan sahaja hak orang Melayu sahaja yang dinyatakan malah kepentingan kaum yang berhijrah juga turut didokumenkan.

Menurut ketetapan yang dibuat oleh PBB, imigran terbahagi dua kategori iaitu imigran tempatan dan imigran antarabangsa. Justeru penghijrahan orang Melayu dari sebuah pulau Melayu ke sebuah pulau Melayu yang lain didefinisi sebagai imigran tempatan. Sebaliknya jika seseorang Melayu berhijrah ke mana-mana kawasan di wilayah China atau India maka orang Melayu tersebut dianggap imigran antarabangsa. Dalam kes tersebut orang Melayu tersebut dianggap pendatang asing.

Saudara Jebbat,
Negara ini perlu kita bina bersama. Namun bersederhanalah. Jangan diminta yang bukan-bukan. Kerajaan bukanlah sempurna. Memang banyak ruang kosong yang boleh dan perlu diperbaiki. Jangan diroboh kesemuanya. Saudara mempunyai ilmu namun sedarlah bahawa orang lain juga begitu. Janganlah terlalu mudah menuduh orang lain tidak betul hanya kerana sedikit perbezaan pendapat.

Semoga saudara sering berkunjung ke waadat untuk bertukar-tukar pendapat.

Wallahualam.

10 comments:

  1. salam...

    dah lama tak bace waadat...

    baru nie la dapat kesempatan balik...

    Ape pendapat demang dengan keadaan BN yang kalah di Bkt Gantang dan Selambau?

    Tentang Batang Air, tahniah kepada BN... Semoga menjalankan amanah yang diberi dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  2. salam,

    jemput ke blog saya..
    http://one-forever.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Saya selalu mengikuti group BPN, disini saya memohon agar saudara dan rakan blogger mempertimbangan untuk tidak menghentam atau memcaci bangsa Cina atau India dan sebagainya. Hentamlah organisasi atau parti yang mereka naungi. Ini boleh melukakan hati mereka dan menyebabkan sukar untuk mendapat undi mereka. Mereka ni bangsa pendendam dan suka simpan menyimpan dalam hati perasaan mereka.

    Satu kisah dari ibu saya, sewaktu untuk berbaik dengan jiran Cina. Amat susah sekali untuk menegur atau bertanya khabar. Ada golongan Melayu yang tak suka mereka melakukan perkara menjijikkan kepada mereka termasuk membaling najis ke rumah mereka. Tetapi dengan kelembutan dan kesabaran ibu saya, dapat juga dia menarik hati jiran cina tersebut.

    Kisah kedua, seorang ahli parlimen tak perlulah saya nyatakan di sini. Pernah dalam perhimpunan agung menghentam DAP tetapi secara tak langsung dihentamnya bangsa cina sekali. Akibatnya dalam pilihanraya 2008 org cina tidak memberi undi pada dia tetapi adun di bawah parlimen tersebut mendapat undi mereka. Kata mereka kalau nak hentam, hentamlah DAP tp janganlah hentam semua org cina.

    Jadi PRK yang baru ini saya tak terkejut kalau BN kalah kerana mereka berkemungkinan berdendam dengan Dr.M sewaktu ucapannya di dalam satu majlis yang saya dah lupa bila.

    Di sini saya menyeru agar penulisan lebih berhemah. Kalau hendak mengutuk dan mencaci jangan sesekali babitkan bangsa tetapi guna organisasi, parti atau nama individu itu direct seperti mana PR menghentam UMNO ttp mereka tak menghentam secara direct melayu atau islam kerana mereka tahu PR didalamnya terdiri drpd org melayu. BPN perlu mengubah strategi menyerang dan menyalurkan maklumat.

    Semoga perjuangan anda dirahmati Allah S.W.T

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Rezwan dan ONE.

    Kepada 'Anon'
    Saya bukan sahaja ingin mengucapkan terima kasih pada saudara malah saya berjanji akan mengingatkan ahli BPN yang terlajak memperlekeh kaum lain seperti cina dan India.

    Sebenarnya, apabila saya mengumumkan untuk membuat satu siri perbincangan tentang perlembagaan negara, saya telah meletakkan matlamatnya iaitu begi mengajak semua penduduk Malaysia saling hormat menghormati dan bertolak ansur.

    Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih pada saudara. Sering-seringlah berkunjung ke sini dan memberi teguran.

    (Alangkah baiknya saudara menggunakan sebarang nama gelaran supaya saya mudah mengecam).

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wahai demang lebar daun yang kami hormati,



    lalu berlalu


    berhembus bayu diangin lalu,
    sejuk terasa bertiup lalu,
    memohon idzin menumpang lalu,
    agar hidup tak merugi lalu,

    sama berpesan demi masa yang lalu,
    sama berkawan demi masa yang nak lalu,
    ruh yang ada singgahlah lalu,
    jasad dipandang jadi tak lalu,

    semoga masa dimanfaati lalu,
    agar teguran diberi lalu,
    semoga nasihat bertegur lalu,
    agar ilmu diberi lalu,

    demi masa masa berlalu,
    masa yang ada kian berlalu,
    memohon ampun sambil berlalu,
    maaf dipinta maaf berlalu,

    bersama berilmu bersama berlalu.



    salam hormat,
    taman-taman ilmu

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum warhmatullahi Ta'ala wabarakatuh,

    salam kunjungan kembali bersua-kata keatas kehadiran ini atas dasar hadiran gerakan naluri yang Maha Esa Allah Azzawajal,

    salam kunjungan berserta selawat salam kepada baginda Muhammad Rasulillahi SAW pembawa cahaya bagi sekalian umat serta jua selawat salam kepada seluruh ahli keluarga baginda serta keseluruhan jua kepada para sahabat baginda dan para anbiya yang terdahulu,

    salam kunjungan kembali wahai yang empunya diri yang diam di bumi melaka, wahai demang lebar daun yang kami hormati lagi kami kasehi,

    wahai demang lebar daun yang kami sayangi,

    betapalah luasnya maksud arti kata atas kata dasar panji-panji Islam itu, dan amatlah besar sekalian maksud bicara bagi permulaan bicara ceritanya,

    dengan penghayatan maksud bagi tujuan kata tersebut, dan dengan dasar muafakat yang sekalian disepakati dan dipersetujui dengan kalamulllah, maka jelaslah bahwasanya amatlah luas akan Ilmu Allah Subhanahu Wata'ala yang tidaklah terhitung banyaknya,


    telah berfirman Allah SubhanahuWataala,

    ‘dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang’

    فَأَمَّا الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ابْتِغَاءَ الْفِتْنَةِ وَابْتِغَاءَ تَأْوِيلِهِ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلا اللَّهُ وَالرَّاسِخُونَ فِي

    الْعِلْمِ يَقُولُونَ آمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِنْ عِنْدِ رَبِّنَا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلا أُولُو الأَلْبَابِ (٧)
    maksudnya:

    [7] Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbullah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata: Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.


    رَبَّنَا لا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ (٨
    maksudnya:

    [8] (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.


    رَبَّنَا إِنَّكَ جَامِعُ النَّاسِ لِيَوْمٍ لا رَيْبَ فِيهِ إِنَّ اللَّهَ لا يُخْلِفُ الْمِيعَادَ (٩
    maksudnya:

    [9] Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.

    Al-Qur'an, surah Al-i-Imran ayat 7-9.


    mohon ampun dan maaf kepadamu wahai demang andailah ada tersalah kata mahupun terlebih bicara dari kami,

    salam hormat, salam perjuangan dan salam penuh kaseh sayang kepadamu wahai demang lebar daun yang kami kasehi,

    sehingga kita bertemu lagi, sehingga kami akan terus selalu bersamamu wahai demang,
    dan untuk kesekian kalinya,
    kami memohon idzin mengundurkan diri,

    wassalam,
    -taman taman ilmu

    ReplyDelete
  7. Taman-taman Ilmu,
    Terima kasih atas bingkisan saudara yang amat tinggi nilainya ini. Telah saya renung dan fikirkan perkataan-perkataan tersebut sbg muhasabah diri.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Cheguman,

    Isu ini juga salah satu faktor yang digunapakai oleh mereka supaya menjauhkan diri dari UMNO. Penjelasan Cheguman baik dan tepat. Terpulanglah pada mereka jika mahu menerimanya.

    Tugas telah dijalankan oleh Cheguman.

    ReplyDelete
  9. telah berfirman Allah SWT, maksudnya:

    'adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan,
    maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya...'


    'Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya...'


    'melainkan Allah dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata:


    'Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.

    [Al-Qur'an, surah Al-i-Imran, (maksud) ayat 7]

    mohon ampun kepadamu wahai demang lebar daun,
    maafkan kami ketas 'pancungan-pancung' maksud ayat tersebut,
    [penjelasan pada satu ayat, ayat 7,]


    'Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami,'
    [Al-i-Imran,Ayat 7]


    maafkan kami demang,
    kami tahu akan kamu mengetahui akal halnya tersebut,
    sesungguhnya, biarpun sakit, duka lara demi mencari maksud, akan kami gagahi jua atas kerana kami sangatlah sayang kepadamu,

    segala puji dan pujian hanyalah kepada Allah,

    ReplyDelete
  10. 'Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami,'
    [Al-i-Imran,Ayat 7]


    segala puji dan pujian hanyalah kepada Allah Azzawajalla,

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.