Thursday, April 9, 2009

Kabinet Najib



Sebaik melihat senarai penuh kabinet pertama Najib, meluncur tiga patah perkataan dari mulut Demang: "Najib memang bijak". Demang akan menulis kemudian alasan Demang. Sementara itu anda lihatlah sendiri dan boleh tinggalkan pendapat anda.

PERDANA MENTERI:
Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI:
Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan-timbalan Menteri:
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T.Murugiah

MENTERI KEWANGAN:
Datuk Seri Najib Tun Razak

MENTERI KEWANGAN II:
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Timbalan:
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr Awang Adek Hussin

MENTERI PELAJARAN:
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr Mohd Puad Zarkashi

MENTERI PENGANGKUTAN:
Datuk Ong Tee Keat
Timbalan:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Tan Sri Bernard Dompok
Timbalan:
1. Datuk Hamzah Zainudin

MENTERI DALAM NEGERI:
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat

MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim
Timbalan:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan:
Noriah Kasnon

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Datuk Seri Shafie Apdal
Timbalan:
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

MENTERI PENGAJIAN TINGGI:
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Timbalan:
1. Datuk Dr Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan:
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan:
Fadillah Yusof

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan:
Tan Sri Joseph Kurup

MENTERI PELANCONGAN:
Datuk Dr Ng Yen Yen
Timbalan:Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Datuk Noh Omar
Timbalan:
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim

MENTERI PERTAHANAN:
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan:
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

MENTERI KERJA RAYA:
Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan:
Datuk Yong Khoon Seng

MENTERI KESIHATAN:
Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan:
Datuk Rosnah Rashid Shirlin

MENTERI BELIA DAN SUKAN:
Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng

MENTERI SUMBER MANUSIA:
Datuk Dr S.Subramaniam
Timbalan:Datuk Maznah Mazlan

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan:
Datuk Tan Lian Hoe

MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
Datuk Kong Cho Ha
Timbalan:
Datuk Lajim Ukin

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Datuk Seri Sharizat Jalil
Timbalan:Datin Paduka Chew Mei Fun

MENTERI LUAR:
Datuk Anifah Aman
Timbalan:
1. A.Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan:
Datuk M.Saravanan

Disalin dari http://pakmie.blogspot.com/2009/04/barisan-kabinet-bersama-dato-seri-najib.html

7 comments:

  1. Salam sdr. demang.

    Nampak mantap. Tahniah untuk semua Pak Menteri dan Timbalan masing-masing.

    Doakan berjaya dengan tugas masing-masing. Maju Malaysia di persada dunia. Insya Allah.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah,
    segala puji dan pujian
    hanyalah kepada Allah Azzawajal,

    'dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang'

    maka bergemalah laungan suara adzan
    mengajak sekalian umat menuju kejayaan,
    demi menunaikan kewajipan kepada yang 'SATU'

    maka bersyahadahlah berdiri teguh tetap istiqomah
    dan tiada berpaling-paling kepada perjanjian
    yang telah dipersetujui,
    demi menghadap yang ‘SATU’

    maka berkumandanglah doa ucapan syukur
    bermunajat sekalian suara,
    demi bersyukur kepada yang ‘SATU’,

    maka bermusyawarahlah bersama-sama
    berganding tangan bermuafakat,
    demi membangun bersama menuju kepada yang 'SATU'

    maka bersua-katalah bermuhabbalah bersama hadirnya kaseh dan sayang
    dalam mencari persetujuan,
    demi mencari arti yang 'SATU',

    maka bermulalah bersyahadah bagi yang mahu mula mengerti akan segala sesuatu,
    demi mencari arti maksud kata yang ‘SATU’,

    maka bermuhasabahlah diam diri berfikir
    merenung kembali perjalanan ke jalan yang diredhoi,
    demi mencari keredhoan yang 'SATU',

    segala puji dan pujian hanyalah kepada Allah Azzawajal,

    serta berselawat salamlah kepada baginda Muhammad Rasullalahi SAW pembawa cahaya bagi sekalian umat,

    serta berselawat salamlah jua kepada seluruh ahli keluarga baginda,

    serta kepada keseluruh para sahabat-sahabat baginda dan para anbiya yang terdahulu,

    maka dengan itu, berusaha dan berdoalah semuanya,
    mencari hidayah, memohon restu,
    demi menuju kepada yang ‘SATU




    salam hormat, salam penuh kaseh sayang dari kami,
    serta salam hormat jua kepada demang lebar daun yang akan kami ingati selalu,
    ~taman taman ilmu.

    ReplyDelete
  3. salam wahai demang lebar daun,
    salam hormat kepada seluruh penghuni negerimu,


    mohon idzin kami sebut semula pada apa yang telah disebut-sebut suatu masa dahulu:


    nazam rukun Islam
    -dari melaka



    Allah Allah
    Azzawajal
    Tuhan kami
    kami minta
    ampun akan
    dosa kami,

    segala puji
    bagi Allah
    yang menyuruh
    berdiri sembahyang
    atas islam dengan sungguh

    hai saudara
    sembahyang itu
    rukun Islam
    fardhu ain
    atas kamu
    siang malam,

    agama Islam
    dipersusun
    atas lima
    mengucap syahadah
    tanda Islam
    yang pertama,

    yang kedua
    sembahyang itu
    tiang agama
    yang ketiga
    puasa Ramadhan
    bulan utama,

    yang keempat
    keluar zakat
    jika sampai
    nisab harta
    milik kamu
    jangan lalai,

    yang kelima
    naik haji
    ke Baitullah
    jika ada kuatkuasa
    wajiblah,

    Allah Allah
    Azzawajal
    Tuhan kami
    kami minta
    ampun akan
    dosa kami,

    dengan nama Allah
    kami akhiri
    nazam ini
    sebab dia
    maka jadi
    nazam ini,




    sumber nazam dan senikata:
    ali bachik, melaka.
    salam hormat dan salam puisi kepada:
    roslan madun, puisi warisan


    salam hormat,
    salam penuh kaseh sayang,
    -taman taman ilmu

    ReplyDelete
  4. Salam...

    "Najib-Memang-Bijak" sikit jer yang kurang setuju, GSenduk tak tersenarai. Nama-nama yang tersenarai tu, masing-masing ada kelemahannya.

    Rasanya GSenduk tak ada yang kurang, tak tahu la pulak kut yang lain nampak GSenduk ini ada jugak kurangnya.

    Tapi jika puak-puak burung Tiong yang baca Al-quran tu, langsung GSenduk tak setuju.

    ReplyDelete
  5. Salam Ziarah

    Khairy menyeru semua ahli pemuda memberikan sokongan padu kepada YAB Perdana Menteri

    Satu pertemuan dan majlis ringkas minum pagi telah diadakan pagi tadi di mana YB Khairy Jamaluddin telah menjemput penyokong beliau dan juga Exco Pemuda UMNO Malaysia untuk bersama beliau bagi bertukar pendapat dan mendengar pandangan dari ahli-ahli Pemuda. Dalam ucapan ringkas YB Khairy telah menjelaskan kedudukan sebenar dan menyeru agar semua penyokong beliau untuk menerima keputusan Kabinet dan membantu beliau untuk melaksanakan kerja parti yang telah di amanahkan oleh Perdana Menteri. Beliau juga menyeru agar ahli UMNO tidak melabelkan diri mereka sebagai orang-orang pemimpin pemuda tertentu dan perlu membuang anggapan berkenaan kerana semuanya adalah Pemuda UMNO . Mereka mesti bersatu dengan semangat setiakawan sebagai Pemuda UMNO dibawah satu payung.

    YB KJ juga menyeru agar semua ahli Pemuda UMNO untuk memberikan sokongan padu kepada YAB Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia kerana beliau juga selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia akan terus setia dan memberikan sokongan yang padu kepada YAB Perdana Menteri. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang telah membantu dan menyokong beliau semasa pemilihan dahulu dan baliau benar-benar berharap semua penyokong beliau jangan merasa kecewa… Meminjam kata-kata Ali Rustam , Dunia Belum Kiamat, Esok Masih Ada.

    Beliau juga mengucapkan Syabas kepada dua pemimpin pemuda yang telah dipilih sebagai Timbalan Menteri dan beliau amat berbangga kerana pemuda diwakili oleh dua orang Timbalan Menteri. Beliau berkata , beliau sebenarnya tidak meletakkan harapan untuk menjawat jawatan dalam kerajaan ketika bertanding untuk merebut kerusi Ketua pemuda UMNO dan kerana itu beliau tidak merasa kecewa apabila dipanggil oleh Perdana Menteri sehari sebelum penamaan senarai kabinet.

    Pemuda akan menjadi sebuah pertubuhan yang tidak terikat dan bebas untuk menyuarakan apa juga permasalahan yang diperjuangkan kerana beliau tidak terikat didalam kerajaan dan beliau berharap Pemuda akan menjadi sebuah sayap yang digeruni oleh kawan dan lawan seperti di zaman Datuk Harun Idris dahulu. Untuk mencapai matlamat ini pemuda perlu bersatu dan memupukan semangat setiakawan. Beliau juga berharap agar semua yang hadir untuk menyampaikan apa yang telah beliau nyatakan dan berharap semua ahli Pemuda memahami akan pendirian beliau .

    Salam Setiakawan

    BJ

    ReplyDelete
  6. ALHAMDULILLAH, SEMOGA MEREKA BEKERJA DENGAN LEBIH KUAT LAGI!

    TAKLEH KERJA ALAMATNYA KENA TERAJANG LA!

    ReplyDelete
  7. salam hormat bro jinggo,

    quote:
    'Mereka mesti bersatu dengan semangat setiakawan sebagai Pemuda UMNO dibawah satu payung.'


    UMNO, payung atau panji?

    quote:
    'Meminjam kata-kata Ali Rustam , Dunia Belum Kiamat, Esok Masih Ada.'

    kata hamba:
    'no comment', terus terdiam sebentar.

    tuan bro jinggo,

    maafkan hamba hamba menujah,
    tidak bererti hamba menerjah,
    cuma disitu nampak terserlah,
    apalah kiranya tuan hamba berhujah,

    ampun beribu ampun wahai demang,
    sebelum pulang hamba terpandang,
    risau takut terlepas pandang,
    cuma rasa ingin bertandang,


    jawab tuan guru demang lebar daun:
    'bawakanlah hamba pasir sebutir'


    didalam hati kami: (Allahuakbar,)
    undur diri dan terus pulang,
    'assalamualaikum warahmatullah:

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.