Tuesday, June 2, 2009
Siapa selepas Anwar?
(wajib baca: Demang mengupas masa depan politik Malaysia)
Kurang lebih 28 hari lagi perbicaraan Anwar yang dituduh meliwat bekas pembantunya iaitu Saiful Bukhari akan bermula.
Biarlah mahkamah yang menentukannya.
Namun oleh kerana Anwar juga seorang pemimpin, keputusan mahkamah tersebut sudah tentu ada impaknya terhadap politik negara.
Jika Anwar didapati tidak bersalah, Demang rasa tidak banyak yang akan berubah. Kedudukan akan kembali seri yakni kes pembunuhan Altantuya sudah pun diputuskan mahkamah manakala kes Saiful pun 'sudah diputuskan mahkamah' (berdasarkan andaian tadi).
Dengan kata lain, jika kita boleh menerima keputusan mahkamah dalam kes Anwar, maka kita perlu menerima keputusan mahkamah dalam kes perempuan mongolia.
Namun bagaimana jika Anwar didapati bersalah?
Siapa yang akan menggantikan Anwar bagi memimpin PKR? Siapakah pemimpin PKR yang paling hebat selepas Anwar?
Siapa pula yang akan memimpin PR? Semua orang tahu bahawa kekuatan PR adalah kerana strategi Anwar. PAS yang berseteru dengan DAP pun boleh bekerjasama melalui kepintaran Anwar. Adakah kerjasama tersebut mampu dikekalkan jika Anwar didapati bersalah?
Mungkinkah PKR akan bertukar menjadi Gerakan? Hal ini boleh terjadi memandangkan Gerakan sekarang ini sedang terumbang ambing. Malah kepimpinan PKR kini pun sudah didominasi oleh bukan Melayu. Demang khuatir PKR akan menjadi seperti Gerakan yang akhirnya dikuasai bukan Melayu.
Di sebalik persoalan-persoalan tersebut Demang dapati rakan-rakan Anwar dalam PAS sudah bersedia. Puak Erdogan dikatakan sudah hampir pasti mengambil alih kepimpinan baru PAS.
Kekalahan Nik Abduh adalah bayangan awal kekalahan Ustaz Nasharuddin yang akan ditentang Husam Musa.
Jikapun Mursyidul Am masih lagi Nik Aziz dan Presidennya masih dipegang Haji Hadi, namun di sekeliling mereka adalah kepimpinan baru yang bukan lagi membawa wadah perjuangan asal PAS.
Strategi Anwar sejak 1999 nampak semakin membuahkan hasil. Kemasukan beramai-ramai ahli UMNO untuk bergabung dengan bekas ahli S46 dalam PAS berjaya menyingkirkan kepimpinan ulama'. Maka PAS perlahan-lahan menjadi parti sekular.
Akhirnya PR akan dianggotai oleh parti seperti berikut:
1) DAP akan menjadi parti utama dengan ahli-ahlinya sudah tentu bukan Melayu.
2) PKR akan menjadi parti kedua penting dengan keahlian terdiri dari orang Cina, India, dan Melayu. Oleh kerana MIC dan PPP sudah huru hara maka orang India akan ramai di dalam PKR. Orang Cina pula sudah lama menolak MCA.
3) PAS akan kekal bersama PR kerana puak Erdogan sudah menguasainya.
Ke mana orang Melayu?
Orang Melayu akan terpecah tiga.
1) 50% akan kekal di dalam UMNO. Namun oleh kerana BN sudah begitu lemah maka BN sekadar menjadi pelaksana segala tuntutan kaum bukan Melayu. UMNO terus dijadikan kambing hitam apabila keputusan BN semakin menghakis hak orang Melayu.
2) 30% akan berada di dalam PAS. Namun ada kemungkinan PAS akan terpecah dua apabila penyokong tulen PAS akan keluar dan menubuhkan parti baru. Hal ini sudah ada ura-uranya dan dipercayai akan bermula di Kedah dan di sokong Kelantan serta Terengganu. Orang Terengganu yang menolak PAS dalam PRU12 kini mula bosan dengan masalah pemimpin UMNO di sana.
3) 20% lagi berada di dalam PKR yakni merupakan 1/3 daripada ahli parti pelbagai kaum itu. Tanpa Anwar nanti nasib ahli PKR yang berbangsa Melayu akan lebih buruk. Hal ini kerana dengan Anwar masih di situ pun hak orang Melayu sering dijadikan bahan tukaran.
Kesimpulannya meskipun Anwar sudah merancang begitu baik untuk menumbangkan BN dan UMNO namun akhirnya siapa yang akan memetik hasilnya?
(Nantikan ramalan Demang mengenai PRU13)
(foto: www.flickr.com/photos/bridgingboundaries/11334049/)
2 comments:
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.
Salam untuk Demang,
ReplyDeleteApa pun yang terjadi selepas perbicaraan itu yang pasti kalau sabit kesalahan tentulah Permatang Pauh sekali lagi pilihan raya Demang! Kalau tidak sebaliknyalah.
Rasanya kami di Penanti ni asyik menanti... ajelah. Mudah-mudahan Allah takdirkan yang terbaik buat kita semua.
Kali ini saya tidak boleh mengagak siapa yang akan menang di mahkamah nanti.
ReplyDeleteDan kalau anwar bersalah, kemungkinan pakatan bubar mungkin ada. Dan rakan rakannya pasti terus menyebarkan dakyah kerajaan tidak adil dan sebagainya.
Sama samalah menunggu keadilan terlaksana nanti.