Monday, June 1, 2009

Zahid: cubaan bunuh?



Sandakan, 30 Mei, Seorang suami bertindak nekad menetak hingga mati seorang lelaki yang dipercayai melarikan diri dan merogol isterinya...”

Sebelum itu isteri lelaki itu berjaya menghubungi suaminya dan memberitahu lokasi dia disembunyikan. Suaminya tiba dan membawa perogol tersebut ke sebuah ladang dan dibunuh.

Lelaki tersebut kemudiannya menyerah diri di balai polis dan kini berhadapan dengan Seksyen 302 Kanun Kesiksaan yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati.

Demang bawakan ‘berita kecil’ ini sebagai respon kepada komen seorang pengunjung dalam artikel Demang bertajuk TKO untuk Husam (http://waadat.blogspot.com/2009/05/tko-untuk-husam.html).

Pengunjung tersebut membangkitkan isu Zahid tidak hadir dalam debat dengan Husam sebagaimana komen berikut:

__________
Salam semua,,,

Sebeno nyer mungkin ini sebabnyer
Menteri Pertahanan tu tak jadi datang

Kepada
Ketua Pengarang/Editor/Bloogers

Jemputan Hadir ke Mahkamah Tinggi, Shah Alam
Selasa: 12 Mei 2009 Jam:9 pagi

Perbicaraan kes saman malu En. Amir Bazli bin Abdullah terhadap YB Datuk Zahid Hamidi (ketika itu Timbalan Menteri Pelancongan Malaysia)

Diharap pihak tuan dapat menghantar wartawan untuk sesi sidang tersebut. (Untuk urusan pertayaan sila hubungi pejabat peguam En. Amir Bazli)

(Tetuan Karpal Singh and Co.)

Sekian, terima kasih.

_____________

Hujah balas Demang:

1) Perbicaraan pada 12 Mei 2009, sedangkan debat tersebut pada 16 Mei 2009. Oleh itu hujah Demang berkenaan kebaculan Husam lebih relevan.

2) Apa sebenarnya yang berlaku terhadap En. Amir Bazli bin Abdullah? Kenapa pengunjung tersebut tidak mendedahkan semua yang berlaku? Demang selidik kebanyakan blog pembangkang, mereka sekadar menyiarkan tajuk sensasi bahawa Zahid seorang penjenayah dan Amir pula seorang yang dianiaya. Cerita penuh (jika ada) disembunyikan oleh pembangkang. Kenapa?

3) Jikapun betul, adakah Zahid seorang yang tidak waras membelasah seseorang tanpa sebab yang kukuh? Bagi Demang, jika betul ‘pembelasahan’ tersebut berlaku, Demang amat bangga kerana mempunyai seorang pemimpin yang berani mempertahankan maruahnya. Pemimpin beginilah yang kita mahukan.

Berbalik pada kes di Sandakan tadi, Demang ingin mendapatkan sedikit respon, apakah pendirian anda dalam kes tersebut? Wajarkah si suami tersebut dihukum gantung sampai mati? Bagaimana jika anda berada di tempat lelaki itu yakni isteri anda dilarikan dan dirogol?

Masih ingatkah kes Mokhtar Hashim iaitu Menteri Belia & Sukan suatu masa dulu? Bagi Demang ia hampir sama dengan kes-kes yang dibincangkan ini.

(PS: cuba lihat nama siapa yang tercatat dalam kes Amir tadi? Rasanya macam ada nama Karpal kat situ)

(foto: d21c.com)

4 comments:

  1. Salam chegu,

    Jika saya ditanya, saya juga akan bertindak serupa seperti sisuami itu. Tetapi minta dijauhkan... Sekiranya negara kita mengamalkan hukum hudud dan kisas, siperogol itu akan tetap dibunuh juga. Tetapi mahkamah undang-undang manusia menetapkan hukuman gantung sampai mati kepada sesiapa yang membunuh tanpa mengira kedudukan atau punca kejadian.

    Sesetengah manusia lebih rela mati daripada hidup tetapi maruah dirinya diragut manakala sesetengah manusia pula sanggup hidup bacul, mencalarkan maruah diri dengan membuat-buat cerita yang tidak benar, takut untuk mendedahkan kebenaran cerita yang dibawanya, berbohong semata-mata untuk menimbulkan persepsi buruk terhadap orang yang dituduh. Semuanya dibuat agar kepentingan dirinya selamat.

    Maaf, skop saya lebih fokus kepada sikap dan perlakuan orang yang chegu gambarkan.. Jika diletakkan kedudukan siperogol dengan sipembuat cerita itu, sipenjenayah itu mungkin mempunyai keberanian yang lebih nyata kerana bercakap benar biarpun akibatnya dia terbunuh. Jika dibandingkan sipembuat cerita itu, apakah dia sanggup berkata benar jika dia berada di tempat sama? Yang pasti, dia lebih sanggup hidup dalam keadan tidak bermaruah asalkan selamat. Siapa yang lebih hina lagi daripada orang yang sememangnya hina?

    Dalam cerita chegu mungkin saya boleh membuat satu kesimpulan, orang berani berkata benar kerana maruah yang akhirnya mati itu jauh lebih baik daripada orang BACUL kepada kebenaran tetapi hidup tanpa maruah.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Cheguman,

    Apa khabar? Apa rancangan cuti sekolah selain dari kenduri kahwin?

    Saya terkejut baca blog Des - Pilihan Anda. Sampai begitu sekali tuduhan penyokong DAP pada kerajaan kita. Tergamak dia kata semua bayi akan dibunuh?

    Saya rasa ini sudah melampau. Apa yang dia ni makan agaknya sampai jadi macam ni.

    Pasal Husam ini mana boleh sentuh dia. Kalau yang salah pun orang lain sahajalah.

    ReplyDelete
  3. pttla negara malaysia ni huru hara..ade pemikirian mcm ni rupenye..nape kite kne buat keputusan??tangkap je laa penjenayah tu dan bawa ke muke pagadilan..mmg sy sng bckp sbb bkn bini sy yg mcm tu..tp bkn kah persaan marah tu dtg dr syaitan??knape kne ikut bisikan syaitan??n blom tentu laki tu bersalah..die hanya mendapat maklumat drpada isterinya yg mgatakan laki tu culik n rogol..cmne klu isteri die yg rela tp sbb laki tu xnk tggungjawab bini tu ubah statement??xpon cmne klu laki tu lgsg xbaut pape kt bini die tp mayb sifat fengki or dendam die kne fitnah??jgn laa hanye bfikir pendek..pikir la pnjang2 b4 buat keputusan..xperlu kite buat keputusan melulu dngan mmbunuh..last skali kite plak kne gantng..malu kan keluarga aje..ingat laahh..andainye pesalah tu terlepas kt dunia..kt akhirat sudah pasti xkan terlepas..

    ReplyDelete
  4. Apai,
    Saya setuju bhw maruah itu lebih penting.

    Makcik,
    Saya dapati mrk memutarbelit hampir semua perkara termasuk sabda nabi. Contohnya, apabila kerajaan menghadkan subjek dlm SPM, mereka kata itu berlawanan dgn surhan nabi agar belajar hingga ke China. Mereka lupa ke yang nabi langsung tak ambik SPM.

    Maksud saya (kena jelaskan maksud saya, takut diorang putar belit), walaupun nabi tak ambil SPM namun ilmu baginda tiada tandingannya.

    Anon,
    Anda terpancing oleh umpan saya. Fikirkan. Jika anda terus mengikuti tulisan saya anda akan dapat jawapannya, insya-Allah.

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.