Monday, July 20, 2009

Chua Jui Meng terima baton



Dalam acara larian berganti-ganti (4x100m), pelari-pelari daripada satu kumpulan tidak berlari serentak. Pelari pertama akan berlari sejauh 100 meter dan menyerahkan kepada pelari kedua yang juga akan berlari sejauh 100 meter lagi. Begitulah seterusnya hingga ke garisan penamat.

Dalam isu Chua Jui Meng, beliau adalah salah seorang pelari dalam kumpulan yang mahu menguasai politik setelah mereka menguasai ekonomi negara sekian lama.

PRU12 membuktikan agenda tersebut. Peralihan besar-besaran pengundi kaum cina kepada pembangkang membawa dua implikasi besar. Pertama, MCA dan Gerakan kalah kepada DAP & PKR. Kedua, BN yang ditunjangi UMNO menjadi lemah.

Adakah fenomena ini terjadi dengan tidak sengaja?

Memang bijak mereka berpolitik. Mereka tahu orang melayu sekian lama bersepakat dalam UMNO. Oleh kerana UMNO menguasai BN, maka mereka lemahkan BN dengan cara membiarkan parti mereka kalah. Akibatnya, walaupun UMNO masih menang besar dalam PRU12, namun hakikatnya UMNO sedang menguasai gabungan parti politik yang sedang lemah.

Gabungan dalam PR menguntungkan mereka kerana PAS bukan parti yang kuat. Malah parti itu tidak pernah bertanding lebih daripada separuh kerusi parlimen.

PKR pula adalah parti campuran. Bukan dikuasai oleh pemimpin melayu. Cuma Anwar Ibrahim masih berada pada kedudukan tertinggi parti tersebut. Masalahnya, nasib beliau sendiri pun bergantung pada keputusan mahkamah.

Jika kita melihat sejarah negara selepas merdeka, impian untuk mengurangkan kuasa orang Melayu dalam politik negara sentiasa digerakkan. Cuma kebijaksanaan Tun DrM sepanjang menjadi PM berjaya mengekang gerakan ini.

Kini CJM menerima baton dan sedang berlari. Semua mata sedang tertumpu pada pelari pencen tersebut. Para pengulas sibuk membuat ulasan selari bagi menarik perhatian penonton kepada pelari yang sebelum ini berpura-pura menjadi kawan BN.

Maka orang ramai yang sudah mula memberi tumpuan pada usaha DS Najib, dialihkan perhatian pada acara baru itu.

Matlamat akhir mereka ialah menguasai ekonomi dan politik Malaysia.

Apa yang Demang boleh buat? Sedangkan amaran daripada Allah pun orang tak endah, inikan pula amaran daripada Demang.

Kita tunggu sahajalah nasib kita dan anak cucu kita nanti.



Foto: dispatch.co.za

Thanks.

6 comments:

  1. Dah kalah 2 kali baru nak sibuk parti pelbagai kaum. Dulu apasal ko tak join gerakan tapi stay kat MIC. Alasan bangang namanya tu.....
    Jika masyarakat cina masih menjadi pengikut si talam dua muka ni, tak tau laaa.....

    ReplyDelete
  2. Salam Cheguaman..
    Benar ap yg dikatakan oleh saudara bahwa terdapatnya gerakan secara halus atau sulit yang dilakukan oleh pihak tertentu untuk mengurangkan kuasa serta hak istimewa orang melayu pada masa sekarang.. Gabungan PAS,PKR dan DAP ini merupakan salah satu cara untuk menghakis kuasa orang melayu yang sememangnya kuat semasa pemerintahan TDM.. Diharapkan Pemerintahan baru yang diterajui oleh DSN ini akan mengembalikan kepercayaan kepada kerajaan serta dapat memartabatkan lagi MELAYU ITU SENDIRI..Wssalam

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Cheguman,

    Apa khabar? Sibuk ke?

    Tulisan Cheguman memanglah benar tetapi ramai yang masih tidak sedar terutama bila telah berganding bahu dengan DAP.

    Ambillah Jui Meng tu, good riddance!!

    ReplyDelete
  4. Anon,
    Demang setuju. Kalau betul beliau ikhlas, kenapa tak gerakkan dahulu? Namun terus terang Demang akui Demang langsung tak faham kerajaan dua parti yang CJM maksudkan tu.

    Demang tak pasti samada CJM faham atau tidak alasan dia sendiri!

    TenteraAllah,
    Demang yakin DS Najib mampu membawa negara ke mercu kejayaan. Apabila isu Rosmah dimainkan oleh pembangkang, itu adalah isyarat bahawa pembangkang sudah kehabisan modal. Demang sudah lihat video mengenai Rosmah tersebut dan Demang tak nampak ada alasan yang logik untuk memburukkan Rosmah menggunakan isu tersebut.

    Makcik,
    Memang agak sibuk. Rasa bersalah jugak pada sahabat-sahabat BPN yang siang malam mempertahankan keamanan negara dalam cyber, sedangkan saya agak kurang aktif sejak kebelakangan ini.

    Hampir setiap minggu 'out-station'. Sebenarnya tugas hampir sama dengan tugas blogger, cuma medan berbeza.

    Berkenaan Chua Jui Meng itu, saya setuju dia berambus dari BN. Cuma saya respect CJM ni sebab dia lebih berani berbanding beberapa orang pemimpin komponen BN yang dah banyak kali ugut nak keluar tapi tak keluar-keluar jugak sampai sekarang.

    Kepada semua pengunjung,
    Orang Melayu (baca Islam) pernah membawa negeri Melaka menjadi empayar terhebat di zamannya yang belum dapat ditandingi oleh mana-mana kuasa besar hingga sekarang Mereka lakukan tanpa bantuan orang asing. Merekalah pemerintah, pendakwah, ulama', pedagang, dan sahabat.

    Walaupun mereka sudah tiada, namun anak cucu mereka masih bernyawa di negara ini.

    Darah milik siapakah yang masih mengalir dalam batang tubuh orang melayu hari ini?

    ReplyDelete
  5. Sebenarnya inialah mainan politik kaum cina yang tak dapat difahami oleh orang melayu...orang melayu khususnya didalam PKR dan PAS masih lagi terbawa bawa dengan sikap taksub kepada pemimpin sehinggakan mereka membutakan mata dan hati terhadap apa yang dilakukan oleh kerajaan sekarang.

    Najib sedang berusaha mengimbangi situasi ini dengan cuba memberikan sedikit kelonggaran kepada kaum asing ..dan cuba merapatkan jurang perbezaan pendapat dikalangan orang melayu tetapi..disebabkan sikap melayu yang tamakkan kuasa dan pentingkan kepentingan peribadi serta melunaskan kesumat dendam dihati ...menyebabkan pemimpin melayu PAS dan PKR melupakan arah tujuan perpaduan melayu dan melupakan apa yang akan ditinggalkan kepada anak cucu mereka dikemudian hari.

    Oleh itu bersatu lah wahai orang melayu...jangan dibutakan mata dengan pertanyaan apa yang telah dilakukan oleh pemerintah disepanjang 50 tahun ini...buka lah mata dan telinga..dan cuba bertanyakan kepada orang terdahulu bagaimanakah kehidupan dizaman mereka..dan bandingkan lah dengan apa yang telah kita perolehi sekarang ini...memang betul pembangunan ekonomi dan sosial itu merupakan tanggung jawab siapa yang memerintah..tetapi sebagai soarng melayu kita berpegang kepada adat susila setiap pemberian yang diterima kita harus bersyukur dan berterima kasih.

    Luaskan pandangan dan lihat apa yang terjadi dikalangan melayu singapura mereka dinafikan hak walaupun merepa merupakan kaum asal..dan lihat lah disekeliling negara jiran..adakah kita mau melihat keamanan yang kita kecapi ini bakal menjadi huruhara sama seperti negara jiran...fikir-fikir lah wahai bangsa ku.

    ReplyDelete
  6. Salam,
    Inilah kelebihan orang Cina atau dengan lebih tepat lagi kebijakan orang Cina berpolitik.

    Cina berpolitik untuk dapatkan kepentingan mereka. Mereka dah tahu bahawa mereka tak boleh menguasai politik sebagaimana mereka menguasai ekonomi. Jadi mereka lakukan begitu untuk dapatkan kepentingan mereka dengan menakut-nakutkan kerajaan. Sekarang pembangkang Cina dah kuat, jadi kerajaan akan mengikut sahaja apa kemahuan orang Cina melalui MCA.

    Golongan Melayu Pembangkang pula agak ketinggalan sikit dalam berpolitik. Bolehlah kita katakan sebagai politik pak turut. Yang akan jadi mangsa adalah kita semua yang bergelar MELAYU. Memang melayu mudah lupa...

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.