Thursday, July 16, 2009

Mereka yang dinilai, di NILAI



Sebelum kita menilai:
Kata Harakah, UMNO gigit jari manakala Utusan Malaysia melaporkan PAS hilang lebih 1000 undi.

Bagi Demang, jika dilihat dari sudut 'menang-kalah' maka kata-kata Harakah itu betul. Kelebihan satu undi pun tetap satu kemenangan.

Namun semudah itukah rakyat membuat penilaian? Bolehkah rakyat menerimanya begitu sahaja tanpa menyoal? Kemanakah hilangnya lebih 1000 pengundi yang mengundi PAS dalam PRU12? Lebih khusus lagi, kenapakah lebih 1000 pengundi yang dulunya menyokong PAS beralih kepada UMNO?

Mari kita menilai.
Nampaknya kepimpinan Najib sudah semakin diterima rakyat. Perubahan-perubahan besar yang dilaksanakan oleh Najib menyakinkan rakyat bahawa kerajaan memang prihatin pada kehendak sebenar rakyat.

Minggu lalu, berlangsung perhimpunan jemaah tabligh di Nilai NS. Lebih 200 ribu yang hadir. Najib serta Muhyidin turut meluangkan masa menyertainya, biarpun sebentar.

Demang sendiri pun tidak dapat hadir walaupun sudah memasang niat sejak berbulan yang lalu.

Hari Jumaat, Sabtu,dan Ahad tersebut Demang ada 4 program yang berlangsung serentak dan akhirnya Demang terpaksa membuat keputusan hadir program di Kota Tinggi kerana 3 program lain itu Demang cuma sebagai peserta sahaja. Seminar Wacana di PWTC pun Demang cuma hadir pada hari pertama. Petangnya terpaksa bergegas ke Johor mengendalikan program di sana.

Betapa sibuknya Demang sebagai rakyat biasa. Bagaimana pula dengan Najib? Justeru kehadiran Najib di Nilai perlu dinilai dengan betul. Bagi Demang, kehadiran Najib di tengah-tengah 200 ribu mubaligh itu membawa satu mesej: "Teruskan tugas dan peranan anda dan saya juga ada tugas dan peranan saya sendiri. Kaedah kita berbeza tetapi kita berada dalam satu perjuangan dengan satu matlamat yang sama."

Semalam, sebelum Ustaz Fuad Al-Maliki menyampaikan ceramah Isra' Mikraj, Ustaz Mustafa selaku pengelola berkongsi pengalaman beliau di Nilai. Menurut beliau, terdapat 15 buah khemah disediakan dan setiap khemah boleh menampung seramai 10 ribu orang.

Biaya bagi khemah untuk 3 hari ialah RM1.8 JUTA!

Walaupun 1.8 juta tersebut kelihatan begitu besar, namun jika dibahagikan kepada 200 ribu peserta, setiap orang akan dapat RM9 sahaja. Jika kita balikkan, walaupun RM9 itu tidak besar namun jika kita kumpulkan daripada 200 ribu, orang, kita akan dapat RM1.8 juta. Cuba bayangkan, demikianlah hebatnya jika kita bersatu.

Ustaz Mustafa memaklumkan bahawa khemah-khemah tersebut didermakan oleh seorang JUTAWAN!

Kos untuk makanan pula sebanyak RM1.5 juta sehari. Walaupun jutawan tersebut berhasrat untuk membiayainya namun pihak pengelola merasa tidak sanggup lagi menerima budi yang begitu besar dan mereka membuat keputusan berkongsi bagi menyediakan makanan.

Demang mendengar berita tersebut dengan perasaan terharu dan 'malu'.

Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak ada hasad (irihati) melainkan dalam dua perkara iaitu hasad terhadap orang yang berilmu dan menggunakan ilmunya untuk kesejahteraan manusia dan hasad terhadap orang yang berharta dan menggunakan hartanya ke jalan Allah."

Hasad yang baginda maksudkan ialah menyimpan hasrat untuk mencontohi orang tersebut, bukan untuk memusnahkannya.

Tiba-tiba Demang teringat idola Demang, Syed Mokhtar Al-Bukhari.



Inilah impian Demang...



...................


foto: afham.blogmas.com


TQ.

7 comments:

  1. SLM CHEGU..BUKAN SENANG NAK TARIK BALIK SOKONGAN RAKYAT PD BN TP ITULAH YG TERJADI!. BN DH BERJAYA MENARIK SEMULA PENGUNDI UTK MENYOKONG BN. TAHNIAH UTK PEJUANG2 BARISAN KERANA BERJAYA MEMECAHKAN EGO PEMBANGKANG!..YEZZEKKK

    ReplyDelete
  2. suasa di NILAI itu ana rasai selama 4 hari..kembalilah kita kepada perintah Allah dengan cara hidup Rasulullah...Allah sedang menghukum kesombongan PAKATAN...

    ReplyDelete
  3. Salam Demang.

    "Namun semudah itukah rakyat membuat penilaian? Bolehkah rakyat menerimanya begitu sahaja tanpa menyoal? Kemanakah hilangnya lebih 1000 pengundi yang mengundi PAS dalam PRU12? Lebih khusus lagi, kenapakah lebih 1000 pengundi yang dulunya menyokong PAS beralih kepada UMNO?"

    Apakah ini akan benih yang tersemai dari keangkuhan PAS bersedia membesar dan menjadi batu menghempap PAS/PR di masa akan datang? Sedarkah PAS akan amaran rakyat kali ini?

    ReplyDelete
  4. Org klate

    apa barang BN, duit habis bejuta2 buntuk beli undi, tapi kalah lagi, patutnya duit juta2 tu, bleh dapat majoriti 12000. apa barang.....

    demo tak tanya ke tn. aziz berapa habis duit bagi kat pengundi MU haritu, kawe dapat tahu dari sumber teman yg balik ngundi, kata dia dapat 400, ada dapat seribu.
    bejuta2 labor duit pun tak dapat menang juga. kesian, kesian kesian, kesian BN,

    agaknya sebab tu lah hari ni, macam2 tambang naik, rasanya puak2 BPN rasa ni lah berita hadiah BN pada rakyat yg paling ditunggu dan dipuja-puja,

    PERGI MAMPUIH BN, JENIS YANG MENYUSAHKAN RAKYAT DULU, KINI DAN SELAMANYA.

    ReplyDelete
  5. Biarlah mereka dengan kesombongan mereka....Moga2 Allah s.w.t memalingkan hati2 mereka daripada kesesatan yang mereka sangkakan jalan yang lurus...

    Walaupun ingatkan kawan ni singa, tapi bergenang juga air di kelopak mata mengikuti kisah DS Najib, Nilai, hartawan dan Jemaah Tabligh...

    Semoga kita beroleh taufik, hidayat dan sokongan Ilahi, amin.

    ReplyDelete
  6. Kata seorang Anon:
    "kawe dapat tahu dari sumber teman yg balik ngundi, kata dia dapat 400 ada dapat seribu.
    bejuta2 labor duit pun tak dapat menang juga."

    Dengar khabar angin rupanya kawan kita ni...

    ReplyDelete
  7. walaupun bn sombong selepas manik urai...,kedudukan skrang 6-1 bkn 4-3...

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.