Wednesday, November 4, 2009
Rayuan Saiful
Lanjutan artikal Demang sebelum ini maka Pak Teh ikut terpanggil untuk berkongsi perasaan kecewa dengan Saiful yang dipermainkan tertuduh sekian lama.
Berikut adalah luahan perasaan Saiful yang Pak Teh kutip daripada blog beliau.
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Hari ini, buat pertama kalinya, saya memberanikan diri hadir ke Mahkamah bagi melihat sendiri perkembangan kes saya. Namun, malangnya, disebabkan dolak dalih tertuduh, kes ditangguhkan lagi ke 23hb Nov dimana Mahkamah menetapkan pendengaran semula permohonan tertuduh untuk GUGURkan kes sebelum bicara, yang sepatutnya didengar hari ini. Terus terang, saya amat kecewa dengan dolak dalih tertuduh untuk melengahkan perbicaraan ini lagi. Walaubagaimanapun, saya redha dan saya akan terus berusaha dan bersabar. Ia tidak sesekali melemahkan semangat dan saya tidak akan menyerah kalah.
Disini, saya ingin maklumkan pada anda semua bahawa saya sudah lama bersedia untuk beri keterangan, pada bila-bila masa, walaupun jika mahkamah menetapkan perbicaraan dimulakan pada esok hari, saya sudah bersedia.
Saya mohon agar pihak yang terlibat didalam kes saya ini dapat mempercepatkan prosiding agar saya dapat memberi keterangan secepat mungkin tanpa perlu menunggu lebih lama lagi.S
udah hampir satu setengah tahun saya, tunang tersayang dan seluruh keluarga bersabar menunggu hari perbicaraan sebenar untuk kebenaran ditegakkan.
Saya yakin bahawa masyarakat, tidak kira samaada yang percaya atau tidak, sudah lama menunggu untuk perbicaraan sebenar dimulakan dan di adili.
Perbicaraan utama adalah platfom yang adil dan terbaik untuk mana-mana pihak mencabar apa jua bukti dan keterangan yang akan saya berikan.
Akhir kalam, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak memberi sokongan moral pada saya, termasuk rakan-rakan bloggers, forum dan rakan-rakan di laman-laman sosial seperti Facebook.Kepada Allah saya berserah..
''Justice delayed Is Justice denied''
William E. Gladstone
Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!
SAFUL BUKHARI
Foto:
Tertuduh tidak sangka saya akan hadir (blog Saiful, Utusan)
1 comment:
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.
pada pendapat saya susah nak percaya yang mana betul atau tidak...hanya masa sahaja yang bakal menentukan.. Balasan tuhan pasti akan tiba juga...kalau bukan di dunia, pastinya di akhirat..sepeti firman Allah dalam Al-quran..."....apabila datang yang HAQ yang bathil pasti akan musnah dan binasa...." wallahu 'alam...
ReplyDelete