Thursday, November 5, 2009

royalti ehsan husam




Demang dapat tahu salah satu janji yang dibuat DS Najib kepada Nik Aziz ketika kunjungan beliau ke Kelantan dan juga ketika bekas guru agama Kemas itu menunggu beliau di Pekan ialah DS Najib akan cuba membantu Kelantan asalkan dibuat tanpa hiruk pikuk politik.

Pagi tadi DS Najib mengumumkan pemberian wang ehsan kepada Kelantan sebagaimana yang diperolehi Terengganu.

Wang tersebut sudah tentu memberi akan membawa banyak manafaat kepada rakyat Kelantan memandangkan ia tidak pernah berlaku sebelum ini. Demang jangkakan rakyat Kelantan akan bersyukur kerana Allah gerakkan hati DS Najib untuk meluluskannya.

Namun belum sempat rakyat nak rasa bersyukur, Husam mengeluarkan kenyataan membantah dan mengugut agar kerajaan BN meluluskan royalti, bukannya wang ehsan. Jika tidak, perjanjian dengan Petronas akan dibatalkan.

Demang kagum campur khuatir dengan keberanian Husam tersebut. Kagum kerana beliau berani menyuarakan rasa hatinya yang gundah gulana akibat kehilangan komisyen minyak. Dalam masa yang sama khuatir akan nasib Husam dalam sehari dua ini yang pasti akan dikeronyok oleh musuh-musuhnya dari dalam dan luar PAS.

Husam, balak, dan minyak memang sinonim di Kelantan. Ia bukan rahsia lagi. Kalau Demang tak tulis pun, berlambak lagi blogger yang akan dedahkan.


foto hiasan:
husam susanloone flickr.com
istockphoto 279...nd jpg myspace.com

2 comments:

  1. wahhh! betul2 betul! saya pinjam artikel ini ya! :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Cheguman,

    Bukankah dulu kita pernah bincangkan betapa SUSAHnya untuk manusia berSYUKUR atas apa juga REZEKI dari Allah swt. Mungkin Husam tak fikirkan rakyat Kelantan yang boleh mengambil menafaat dari pemberian Wang ini walau apa pun 'namanya'.

    Mungkin dia fikir untuk PAS dan bukan rakyat Kelantan. Kalau dia berjiwa rakyat tentu dia melompat gembira betapa wang ini boleh disalurkan kepada mereka yang memerlukan terutama di Kelantan ramai paling ramai mereka yang daif.

    WaAllahuAlam.

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.