Saturday, January 9, 2010
bakar gereja, bakar surau, bakar diri
Di celah isu gereja terbakar dan siang tadi sebuah surau juga dilontar bom api, Demang terima berita ini pula:
Ibu tujuh anak bakar diri depan rumah di Nibong Tebal jam 4 pagi tadi kerana kecewa dengan anak perempuan berusia 15 tahun yang degil. (BH 09/01).
Demang percaya ramai yang geleng kepala membaca berita di atas. Betapa mudahnya membuat keputusan dan mengambil tindakan hanya dek sebuah masalah.
Padankah tindakan tersebut dengan masalah yang dihadapi?
Jangan diheran sangat sebab seorang manusia boleh bertidak di luar kewarasan termasuk membunuh datuk, nenek, bapa, dan adik sendiri sebagaimana yang berlaku di Gemenceh 2-3 hari lepas.
Itu sebabnya kita tidak boleh terlalu bergantung pada seorang manusia biar betapa hebatpun dia.
Itulah sebabnya juga kenapa kita merombak sistem raja berkuasa mutlak yang diamalkan ratusan tahun kepada sistem raja berperlembagaan.
Demikian jugalah halnya PM kita semasa membuat keputusan dan mengambil tindakan. Bukan beliau seorang yang berfikir, mengumpul maklumat, dan bertindak. Di sebalik sebuah keputusan, terdapat ramai pakar-pakar yang turut terlibat secara profesional.
Maka dalam isu kalimah Allah inipun, patuhilah nasihat PM kita kerana beliau tidak memerintah seorang diri.
Foto hiasan:
me burning in my own
Nipun Tantia flickr.com
4 comments:
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.
setuju cikgu
ReplyDeletesultan telahpun bertitah
isu ni lebih bnyak buruk
dan tiada yg baik ...
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam Demang.
ReplyDeletePerkara ini dilakukan oleh Syatan yang menyamar Malaikat.
Bukankah membakar Gereja itu adalah provokasi yang mengundang tindak balas? Dan mungkin akhirnya huru haralah jadinya kalau tidak dibendung dengan bijaksana.
SLM SIFU..MMG BENAR KATA2 SIFU. KLU RAKYAT YG BERFIKIRAN RASIONAL TAK KAN TERGAMAK MELAKUKAN PERBUATAN SEBEGITU. TP OLEH KERANA NAFSU DAN KETIDAK SEIMBANGAN HORMON DLM KEPALE OTAK MUNGKIN SAJE TINDAK ITU DI AMBIL SECARA SPONTAN
ReplyDelete