Friday, January 8, 2010
Gereja dibakar amaran KDN
PM mengutuk tindakan pihak tidak bertanggjawab dalam dua insiden kebakaran gereja dan satu laporan ugutan, arah polis tingkat kawalan. BH 08/01
Demikianlah kesannya apabila 'roh perlembagaan' tidak dihormati. Bukankah sudah terpahat di dalam perlembagaan Perkara 3 bahawa Islam adalah agama persekutuan? Malah perlembagaan yang sama memberi keizinan penganut agama lain mengamalkan ajaran mereka dengan aman dan damai. Kenapa nak diusik juga agama Islam.
Perlu diingat, ketika perlembagaan itu ditulis orang Islam boleh bertegas untuk tidak membenarkan orang bukan Melayu mendapat kerakyatan.
Atas sikap tolak ansur maka orang Melayu beralah.
Soalannya, kenapa majalah keagamaan yang penganutnya cuma ada beberapa peratus sahaja di Malaysia beriya mahu menggunakan nama Tuhan yang sama dengan agama Islam. Lain lah kalau memang kitab suci mereka juga menulis begitu.
Dalam pada itu Demang bersetuju dengan kenyataan PM yang mengutuk tindakan bodoh membakar gereja. Itu bukan penyelesaiannya, bahkan itulah yang dinanti-nantikan oleh musuh negara.
Demang bimbang ada pihak lain yang sengaja mengumpan dan membuat provokasi bagi melaga-lagakan antara kaum. Tidak mustahil pihak lain yang sengaka membakar gereja agar orang Islam dilihat ganas!
Berita terkini yang Demang terima Kerajaan akan menggunakan apa saja cara yang perlu, termasuk ISA bagi mengekalkan ketenteraman awam dan keselamatan negara.
Kalau Demang jadi Menteri Dalam Negeri, Demang ada satu nama yang perlu ditangkap dulu.
Foto sekadar hiasan drpd:
church 9 jpg
english.pravda.ru
19 comments:
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.
Entah-entah ejen CIA yang menjadi dalang dalam insiden ini untuk selewengkan perhatian rakyat daripada kes sodomi Sivaji The Boss yang akan berlangsung tidak lama lagi.
ReplyDeletePuak mana la yang bangang dan bodoh membakar gereja nie...
ReplyDeleteKononnya nak mempertahankan nama 'Allah' tapi pada masa yang sama langsung tak tengok hukum Allah... Allah dah kata, Nabi pun kata, jangan kacau rumah ibadat orang...
Bukan ke perangai orang yang taksub membuta tuli tue...
Sapa la ang tak puas hati nie? Ish3...
Weii menteri amaran dah bersuara tu akan mengambil tindakan tegas keatas perlaku...kah kah kah...dah berapa kali dia ni kasi amaran tapi takde satu pun kes melibatkan kekacauan diambil tindakan..yang dia tau bagi amaran je laa...Najib kena tengok balik sepupu dia ni
ReplyDeleteEn. Redz..Hang macam tuduh orang Melayu Islam je yg. baling bom tu..
ReplyDeleteJangan tuduh sembarangan...Aku yakin orang yg. bantah tak akan buat perkara itu...mungkin ada orang dari pihak penyokong atau pihak yg. satu lagi buat provokasi...pikiak lah...
Jo, aku bukan tuduh Melayu Islam... Tapi persepsi sekarang macam mana? PERSEPSI????
ReplyDeleteAku cuma nak kita bukak mata dengan hal nie...
Aku ada jugak pandangan yang kata hal nie takde kaitan dengan Melayu Muslim.. Teori:
1. Yang terbakar gereja protestan, padahal yang cari pasal katholik
2. Identiti penyerang masih tak tahu
3. Protestan dan Katholik memang dah lama dingin
Pastu, keluar kes isu Allah nie, mereka gunakan kesempatan...
tapi, apa yang orang kebanyakan akan fikir????
Apa asas kata orang yang bantah takkan buat? Yang bantah tue semua ulama ker? Ada jugak yang bantah ntah sapa-sapa... Kita tak tahu lagi, kan?
Dan apa kejadah pulak pihak penyokong atau pihak yang satu lagi tue nak buat kerja nie? Provokasi jenis apa macam nie?
Baik, kalau lah teori En, Jo (pihak yang lagi satu/penyokong) dan teori aku (Yang tak puas hati menyerang) dibandingkan... Motif yang mana lagi kukuh?
Sekadar membangkitkan perbincangan secara berasas...
Maaf kalau nampak kasar
Salam Che gu, kawan risau juga dengan insiden ni yang mana kekadang ada pihak sengaja mengambil kesempatan dengan isu, lepas tu tuduh orang UMNO punya kerja.......
ReplyDeleteKawan bukan menuduh mana-mana pihak....
semua orang tahu, di negeri Sarawak akan menghadapi P/Raya Negeri dalam tahun ini, kebanyakan masyarakatnya menganut agama Kristian dan lain-lain, memandangkan mereka sedar masyarakat Sarawak sudah mula kurang yakin dengan perjuangan pembangkang, untuk itu, mungkin perkara macam ni akan dilakukan supaya kaum-kaum ini akan benci kepada Kerajaan BN.........
Kena hati-hati muslihat 'yahudi' laknat ini...
Reds da Tsar..
ReplyDeleteYang taksub membuta tuli ni rasa nye puak puak yang baring atas jalan di Perak dulu kan? Dia orng ni parti mana? Ingat tak unit amal yang bawak pelari anak orang kat kelantan? Ala-ala komando kan? So..lu pikir la sendiri....
siapa kata kitab suci tdk tertulis...pergilah bca...cheh tak taw jga mulut la muslim ni.....
ReplyDeletetu la.. kan da tersepit.. aku da gitau da yg ni hanya provokasi semata2.. korang gi layan lebey2 nape.. pasni kompom amerika nak attack malaya.. alasan dah ada?? bila diajak tangani baik2 nak merusuh.. kan dah dapat..
ReplyDeleteHehe... Betul tue, yang taksub puak-puak kat Perak nue...
ReplyDeleteTapi dalam hal nie, tak kira la parti politik mana pun, kalau taksub, memang sampai macam tue sekali buleh buat...
Apa-apa pun, kita yang masih sihat akalnye, jom muhasabah dan elakkan perkara seperti nie dari berlaku~
SALAM..
ReplyDeleteAT MENYOKONG PENUH RESOLUSI BPN.
http://penembak-tepat.blogspot.com/2010/01/edisi-khas-resolusi-bpn-1-2010.html
SEMUGA ISU PANAS LAGI SENSITIF INI AKAN BERAKHIR DENGAN BAIK.
SELAIN DARI ITU AT JUGA INGIN MEMBERIKAN BEBERAPA PANDAGAN BERKAITAN ISU INI.
SEMUA PIHAK HARUS MEMAINKAN PERANAN BAGI MEMASTIKAN KESELAMATAN NEGARA DIUTAMAKAN.
DI HARAP PIHAK GEREJA DAN THE HERALD TELAH FAHAM BETAPA SENSITIFNYA ISU INI DAN DIHARAP MEREKA DAPAT MENGKAJI SEMULA TUNTUTAN MEREKA.
PIHAK GEREJA DAN PIHAK JABATAN AGAMA ISLAM PERLU BERSEMUKA BAGI MENDAPATKAN SATU KESEFAHAMAN BAGI MENYELESAIKAN DAN MENAGANI ISU INI DENGAN BAIK DI LUAR MAHKAMAH.
PIHAK PEMIMPIN PEMBANGKANG USAH LAGI MEMAINKAN POLITIK TUDUH MENUDUH DEMI MERAIH KEUNTUNGAN POLITIK SEMATA-MATA.
PIHAK PEMBANGKANG JUGA PERLU TEGAS MENARIK BALIK SOKONGAN MEREKA TERHADAP PENGUNAAN KALIMAH AGUNG UMAT ISLAM.
PIHAK BERKUASA KERAJAAN DIHARAP JANGAN TERAGAK-AGAK MENGUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG PENCEGAHAN BAGI MENGEKANG ISU INI MENJADI LEBIH BURUK.
PIHAK YANG BERDEMONSTRASI DIHARAP DAPAT MENJAGA EMOSI DAN ETIKA KETIKA BERDEMO AGAR TIDAK KELIHATAN KETERLALUAN.
PIHAK BLOGGER DIHARAP DAPAT SAMA MEREDAKAN ISU INI DENGAN MENYUMBANG PANDANGAN-PANDANGAN YANG POSITIF LAGI BERHEMAH.
Sabah sangat harmoni dengan perbezaan agama yang di anuti penduduknya... Dari dulu sampai sekarang memang tak ada masalah.. Sebenarnya atas perbuatan bodoh orang2 dari semenanjung ini telah menimbulkan sedikit kedinginan antara Islam dan Bukan Islam di Sabah sedangkan kami memang harmoni dan sentiasa menghormati agama orang lain... Saya amat terkilan dengan perbuatan mereka yang membakar gereja ini... Kami rakyat Sabah berharap perkara ini dapat di selesaikan dengan seadil-adilnya... Sekiranya di Semenanjung tidak dapat menerima perkara isu penggunaan nama "Allah" ini, kami di Sabah tidak menmpunyai masalah kerana kami kenal akan "Allah" yang kami sembah dan masyarakat Kristian pun tahu "Allah" yang mereka sembah...
ReplyDeleteAllah bukan milik sesiapa pun, namun yang pasti semua umat di dunia ini adalah milik "Allah" kerana Dia adalah yang Maha Esa dan Maha Pencipta...
Terima kasih kpd semua yg memberi pandangan. Demang tidak mahu menyebelahi sesiapa wlupun banyak pandangan di atas yg Demang setuju.
ReplyDeleteCuma Demang rasa pandangan Anon yg terakhir di atas eloklah kita ambil perhatian.
adakah akidah islam itu melarang org lain guna ALLAH?? tidak.. islam itu.. iman dan taqwa.. bagi sy ni bukan soal akidah.. apa yg patut dilakukan adalah menguatkan akidah kepada TUHAN/GOD/LORD/ALLAH YG ESA..
ReplyDeleteBang Mi,
ReplyDeleteMemang tidak salah orang bukan Islam menyebut perkataan Allah. Yang kita tidak mahu ialah anak-anak kita keliru apabila rencana dalam majalah kristian tersebut menyatakan Allah itu ada anak atau Isa anak Allah.
Sudah tentu majalah itu tidak akan menulis secara langsung begitu sebaliknya mereka akan menulis secara tersirat. Itu lebih bahaya lagi.
adakah cheguman percaya isa itu anak ALLAH?? isa adalah pesuruh ALLAH.. kenapa cheguman tidak mempertahankan isa a.s daripda difitnah.. adakah dengan percaya isa itu tuhan yahudi tidak terjejas akidah islam.. adakah chegu hanya akan menyalahkan dakyah kritian jika suatu hari nanti ank2 chegu dikristiankan??? maksud sy.. selepas anak kita lahir, kita akan azan ditelinganya.. supaya kalimah ALLAH dahulu menyeru anak itu bukan syaittan.. ini sama, sebelum anak kita terpesongkita hendaklah mnegajar mereka agama yg mantap.. ketakutan chegu nampak tidak relevan..
ReplyDeleteBang Mi,
ReplyDeleteTahniah kerana mula berbincang secara matang dan tidak dgn mudah mem'bodoh'kan orang. Sebaiknya pembangkang lain juga mengikut jejak langkah Bang Mi dan Imengurangkan sumpah seranah.
Saya telah menaip panjang lebar tadi bagi menjawab komen Bang Mi terbaru, namun saya padamkan semula kerana terlupa nak tanya satu soalan yang cukup penting: Adakah Bang Mi setuju kalimah Allah digunakan oleh majalah Kristian tersebut di negara ini?
Terima kasih Cheguman,
ReplyDeleteRasanya bang_mi sebenarnya harus risau bagaimana untuk mendidik anak2 bang_mi untuk lebih mendalami ilmu keIslaman agar dapat membina keutuhan Islam itu sendiri dalam diri anak2 bang_mi...di dalam masyarakat yang majmuk dan sentiasa berkembang ini, sesiapa sahaja boleh dikristiankan tanpa perlu menggunakan perkataan Allah sekiranya asas Islam dalam diri itu tidak utuh...
Tunjukkan pada dunia bahawa Islam itu indah, selamat dan amat penyayang agar kita mudah di dekati sekaligus memudahkan kita untuk berdakwah...
Janganlah kita cuba untuk menyalahkan orang lain sekiranya kesalahan itu adalah kerana atas dasar kelemahan kita...
Marilah kita sama-sama dalamkan lagi pengetahuan kita tentang Islam untuk disampaikan kepada generasi kita akan datang...
p/s sila lah ke Sabah untuk melihat keharmonian masyarakat kami... mungkin ada sesuatu yang dapat di pelajari oleh rakan dari semenanjung
salam..
ReplyDeletebetul tu.. LORD/GOD/TUHAN/ALLAH ITU ESA.. pernah dari mulut seorang yahudi yang mengatakan ISLAM TAKKAN KALAH KALAU ALQURAN DITANGANNYA.. camne pula kalau ALQURAN dihatinya??? fikir2kanlah.. sekarang bukan masa nak menylahkan pihak lain.. nampak macam penakot bukan.. pernah dulu GUS DUR ckp yg ALLAH itu tidak perlukan pembelaan.. keduduka ALLAH sangat kukuh, ttidak bisa digugat.. yg patut dibela adalah manusia yg teraniaya.. sebab manusia itu lemah.. INSYAALLAH jika kita kuatkan kembali gerakan dakwah, ISLAM BAKAL BERJAYA..