Sunday, January 17, 2010
Kerajaan 3 beranak
Pagi minggu ini Demang menghabiskan masa mengemas meja kerja, bilik bacaan, dan stor. Tiba-tiba terjumpa akhbar lama Buletin Rakyat bertajuk 'Kerajaan 3 Beradik'. Ia merujuk pada UMNO di N. sembilan.
Selain ungkapan 3 beradik, isu 'bateri 3A' pernah menjadi bahan berita yang melibatkan parti sosialis PKR di peringkat pusat. Kebanyakan keputusan didominasi 3 orang iaitu Anwar, Azizah, dan Azmin. Ia bukan isu kecil kerana ramai pemimpin kanan yang meninggalkan parti itu atau meletak jawatan kerana tidak puas hati.
Padahal parti itulah yang ketika ditubuhkan dulu berteriak tentang kronisme & nepotisme.
1-2 minggu ini media utama memaparkan pula isu 'kerajaan 3 beranak' yang berlaku di Kelantan. Selepas rakyat tergamam dengan tindakan Nik Aziz melantik menantunya, meletus pula kes kerugian 50 juta syarikat berkenaan.
Dalam pada itu, anakanda Tok Guru sendiri mengaku dilantik dalam dua jawatan syarikat atas kuota politik. Kini hendak meletakkan jawatan. Demang fikir itu hak Nik Abduh. Beliaupun kini sibuk dengan perniagaan sendiri sehingga blogpun jarang dikemaskini.
Demang faham asas lantikan tersebut malah bersetuju dengan pendapat Nik Aziz bahawa Rasulullah juga melantik menantu dan sepupunya. Namun kenapa dulu beliau mengecam UMNO yang melakukan demikian?
Sebagaimana yang Demang selalu tulis, mana-mana parti pun sama sahaja. Maksud Demang, para pemimpinnya.
Bezanya, ada orang politik yang berpakaian biasa dan ada yang berjubah dan berserban.
Berjubah dan berserban itu bagus, tapi bila dah pandai ikat serban jangan pandang senget pada orang lain. Cubalah ubah pendekatan dakwah sesama Islam. Menuduh kafir orang Islam itu haram hukumnya.
Kepada rakyat Malaysia, jangan dek ghairah dengan sesuatu yang belum tentu lantas kita buang semua yang ada.
Kata orang tua-tua, dengar guruh di langit air tempayan dicurah jangan. Takut-takut yang dikejar tak dapat yang dikendung berciciran.
Maksud Demang, mari kita bina dan susun semula masyarakat kita dengan cara berhemah. Usahlah kita terlalu berpolitik dan ghairah untuk mengubah kerajaan sedia ada.
Demang sedar, kerajaan sekarang ada kelemahannya namun keistimewaannya pun banyak. Mari kita mulakan dengan keistimewaan yang ada dan baiki kelemahan yang dapat kita kesan.
Hati mau baik, be...
Foto sekadar hiasan:
title img jpg
isetanbeauty.ne.jp
http://morhabshi.blogspot.com
3 comments:
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.
Salam Demang
ReplyDeleteSaya setuju. Kalau dikatakan salah, pada siapa pun tetap salah. Serban, ketayap atau tidak tidak memberi apa-apa makna. Allah memandang pada "Hati". Kalau baik hati itu, baiklah ia. Kalau buruk hati itu, buruklah ia walau berserban, berketayap atau berjubah.
Satu lagi kita seharusnya sedar mengkafirkan manusia mukmin, kafir itu sendiri akan terbali pada diri. Tidak ada bezanya kalau perkara ini lakukan, ditohmahkan atau difitnahkan oleh orang UMNO, PAS, PKR atau siapa sahaja. Hukum tidak memilih siapa.
setuju dgn Pak Din.
ReplyDeleteorang kafir tu kita ley cakap kafir x???? kalau boleh, camner lak ngan org yg terbatal imannya.. menolak hudud itu menolak hukum ALLAH.. maka terbatllah iman.. kalau setakat sorang dua kaya buta apa..
ReplyDelete