Saturday, January 16, 2010
Pelancaran PERKASA Melaka
Apabila seorang anak Melayu menulis di FB berkenaan penggunaan kalimah Allah, terus ditangkap. Sedangkan blog-blog seperti MalaysiaKini menulis perkara yang menyinggung perasaan orang Islam, sehingga kini penulisnya masih lepas-bebas.
Demikian antara ucapan Ibrahim Ali selaku Presiden Perkasa dalam majlis perasmian Perkasa cawangan Melaka yang Demang hadir sama petang tadi.
Ketika menyentuh tujuan penubuhan Perkasa, Ibrahim Ali menyebut ia adalah bagi menambah lagi suara orang Melayu agar dapat lebih diberi perhatian oleh kerajaan.
Demikianlah realitinya. Apabila kita bersetuju untuk berkongsi negara dengan kaum-kaum lain maka kita perlulah berkongsi suara dengan mereka.
Jika suara kita tidak senada, maka sumbanglah jadinya. Tidak ada siapa yang suka mendengar suara yang sumbang walaupun disumbangkan secara percuma!
Demang harap jika orang Melayu tidak boleh bersatu dalam UMNO dan tidak boleh bersatu dalam PAS; kita bersatulah di bawah PERKASA.
Ibrahim Ali sempat membuat kenyataan bahawa Perkasa bukan bertujuan untuk menyerang sesiapa atau mana-mana kaum sebaliknya sekadar bersedia jika diserang.
'Kita tidak menjual sebaliknya sedia membeli bila-bila masa'.
Syabas, Perkasa.
No comments:
Post a Comment
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.