Monday, January 25, 2010

mahasiswa yang hebat


Tahniahlah kepada mahasiswa yang ditahan polis kerana berkumpul secara aman. Khabarnya mendapat layanan buruk daripada pihak polis.biasalah, dek. Mahasiswa tersebut ditahan polis, bukannya dijemput ke balai polis untuk diraikan.

Sepatutnya mahasiswa tersebut berterima kasih kepada polis. Apabila balik ke kampus (jika masih berpeluang) bolehlah busungkan dada ke sana ke sini menjaja cerita ketika ditahan. Maka naiklah lagi saham sebagai jagoan kampus!

Apa dikesahkan keluarga di kampung yang menaruh impian anakanda cemerlang dalam pelajaran. Apatah lagi jika ibu bapa orang berada atau tinggal di bandar. Keluar universiti nanti boleh minta ibu bapa rekomenkan kerja di mana-mana jabatan atau syarikat. Kalau ada modal, boleh berniaga sendiri sambil terus aktif menjadi pembangkang.

Orang bijak macam anda tidak perlukan sebarang ijazah untuk berjaya dalam hidup. Lagipun, jika gagal boleh ditudingkan kepada kerajaan sebagai penyebabnya.

Teruskanlah perjuangan kalian. Negara ini memang kejam dan kerajaan yang ada pun tidak berguna. Menubuhkan dan membina IPTA adalah tanggungjawab kerajaan selaku hamba pada rakyat. Samalah macam ibu kalian yang ditugaskan melahirkan kalian oleh Allah SWT. Tak perlulah bersusah payah membalas jasanya. Dah memang tanggungjawab seorang ibu.

Jika tidak puas hati, berdemonstrasi lah. Itulah ajaran pemiimpin idola anda ketika menjadi siswa dahulu. Namun setelah tembolok penuh tatkala menganggotai kerajaan, perjuangan disumbat ke celah kangkang. Apabila berdentum tertiarap di longkang, maka laungan perjuangan dihamburkan semula. Apa nak dirisau, bukan semua orang kenal kita luar dalam.

Maklumlah, juara pidato!

Mahasiswa; gabungan perkataan 'maha' dan 'siswa'. Memang istilah yang hebat. Gabungan dua perkataan penuh karisma dan ideal. Justeru pemilik statusnya menyimpan ideologi serba muluk. Idealisme menjadi impian dan anganan. Baguslah. Mahasiswa memandang lurus ke depan. Jalan yang bengkok hendak diluruskan.

Namun kehidupan tidak semudah yang diungkap Lenin dan Karl Marx. Kita tidak di dalam kolam atau tasik yang sempit. Dalam hal ini Demang melihat kapitalis lebih bertanggungjawab. Meskipun menjadikan dunia seperti lautan yang ganas, namun di situlah juga sumber rezeki nelayan.

Sudah tentulah Islam itu paling syumul dan sempurna. Malah kita memang sedang melaksanakan sistem Islam. Cuma ia tidak begitu didendangkan. Maklum, kita mempunyai jiran dan rakan yang belum faham.

Kepada mahasiswa yang telah terlibat, Demang tidak mampu memberi nasihat. Tepuk dada tanyalah iman.

Sesungguhnya dalam kefahaman kita seharian, masih banyak yang kita belum faham.

Maka, bersederhanalah.

5 comments:

  1. saya memang geram betul dgn "mahasiswa" yg mcm ni..kejadian di depan Sogo KL sabtu lalu kan?

    sempat rakan saya bertanya.. gabungan mahasiswa mana? jawapannya.. oohh.. "kami mahasiswa UPM".. klu betul mereka semua dari UPM.. kenapa tak di tulis pada kain rentang mereka "kami mahasiswa UPM menentang....." masa kejadian mereka highlitekan diri di kain rentang sebagai "kami Mahasiswa menentang..."

    mereka memburukkan nama semua mahasiswa sedangkan suara mereka bukan mewakili majoriti mahasiswa..

    lagi satu.. terdengar polis cakap ; "awak semua ni, hujung minggu macam ni lebih elok balik kg.. luang masa tengok mak ayah lagi bagus.. balik semua!!" -- saya sokong dengan apa yg polis tu cakap..

    belajar masih mengharapkan duit biasiswa, duit PTPTN.. duit mak bapak.. tapi buat perangai macam org tak bertanggungjawab.. kalau tindakan tatatertib di ambil pada mereka oleh pihak universiti.. siapa yg susah.. ni la budak2 sekarang.. tak fikir implikasi dari perbuatan mereka..

    ReplyDelete
  2. senang je tak pyah tangkap2 pun tarik balik ptptn atau apa2 biasiswa,suruh depa pi masuk ipts

    ReplyDelete
  3. hmmm..

    kali ni aku bersetuju lah dengan apa yang ko cakap..

    sebagai pelajar, apa yang penting adalah concentrate dengan pelajaran dulu, dan kalau ade lebih masa nak masuk persatuan2 atau nak jadi aktivis tu dialu-alukan..

    memang la negara kita perlukan pelajar yang versatile.

    tapi kadang2 kita perlu tahu macam mana nak bersederhana. macam kata seorang pakar motivasi terkenal di indonesia ni Mario Teguh, BERSEDERHANALAH!!

    betul mahasiswa selalu rasa bahawa suara mereka tidak didengarkan, tapi adakah itu menjadi satu alasan untuk mereka turun ke jalan buat demo?

    aku kat indonesia nih dah lame, setiap hari ade demo, kebanyakan demo dari persatuan atau mahasiswa sendri, betul la diorang kate mereka ada hak nak demo, tapi soalan aku adalah, kuat mana pon ko demo, ko ade rasa pemerintah dengar ke??

    jadi bagi aku sebagai pemimpin pelajar jugak, lebih baik kte gunakan saluran yang betul, kalau susah jugak cuba cari connection yang boleh mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh pihak2 yang ko tak puas hati tu..

    korang kan aktivis pelajar, tak kan la tak de orang2 besa yang ko kenal, betul x?

    ReplyDelete
  4. Tarik balik biasiswa dan tahan pinjaman PTPTN... Tak guna kalo masuk U tapi nak berpolitik. Tak payah belajar, join je parti politik... Ramai lg nak belajar...

    eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

    ReplyDelete
  5. tulisan waadat yg menyembunyikan fakta..
    salah kew bagi mahasiswa hendak menegakkan kebenaran.. apabila berlaku ketidakadilan di kampus mereka.. apakah mereka sanagat pandai kalau tidak menghiraukan keadaan sekeliling.. adakah mereka dapat pahala jika menyembunyikan perkara batil.. dosa lagi dapat... kalau mereka demo srcara aman apa slahnya.. bgimana pula dengan umno yg berdemo.. ternyata polis pilih bulu...

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.