Monday, January 25, 2010

Anwar, bubar, PKR

Jika anda ingin melihat Anwar Ibrahim membubarkan PKR dan berhenti daripada politik maka bawalah impian anda itu ke liang lahad.

Tanyalah pada mana-mana nakhoda, siapakah yang paling akhir meninggalkan bahtera yang sedang karam? Sudah tentu si nakhoda.

Justeru jika anda sedang belayar dan melihat krew atau para kelasi bergerak ke sana ke sini seperti kucing mahu beranak, maka waspadalah.

Apatah lagi jika ada beberapa pegawai yang menanggalkan uniform untuk menjadi penumpang biasa. Manakala beberapa pegawai lain berura-ura untuk meninggalkan bahtera samada terjun ke laut atau berhijrah ke bahtera lain.

Maka demikianlah halnya dengan Anwar. Biarpun bahteranya sedang tenggelam ke dasar lautan namun beliau perlu menjadi orang terakhir yang keluar dari situ atau terpaksa ikut karam bersama.

Berita Harian hari ini melaporkan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail melepaskan jawatan Timbalan Pengerusi Dua PKR Pahang kerana kecewa dengan pentadbiran parti negeri.

Insya-Allah tidak lama lgi beliau akan meninggalkan terus PKR. Demang faham orang Pahang. Mereka bukan jenis orang yang membantah secara melulu, jauh sekali menderhaka pada raja.

Sementelah pula Najib memang akrab dengan sultan Pahang.

2 comments:

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.