Tuesday, January 26, 2010

Zaid Ibrahim sokong Anwar Ibrahim pecat Zulkifli Nodirn kerana report Khalid Samad


Beranikan Anwar singkirkan Zulkifli?

Walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan penggunaan kalimah Allah oleh majalah Kristian kerana ia boleh mengelirukan ummat Islam yang menjadi penduduk majoriti negara ini, namun masih ada yang engkar.

Memanglah majlis fatwa tersebut tiada kuasa menentukan siapa yang boleh masuk syurga atau dihumban ke neraka. Namun keputusan tersebut amat relevan memandangkan Islam adalah Agama Persekutuan menurut perlembagaan. Islam menjadi agama utama di Tanah Melayu sejak ratusan tahun yang lalu.

Justeru Zulkifli Nordin (Ahli Parlimen PKR-Kulim) telah membuat aduan kepada polis terhadap tindakan Ahli Parlimen PAS, Khalid Samad kerana menyokong penggunaan kalimah Allah dalam majalah Kristian.

Tindakan tersebut serta merta mengundang kemarahan Anwar Ibrahim.

Zaid Ibrahim yang menyokong Anwar Ibrahim agar mengambil tindakan terhadap Zulkifli turut menyebut enakmen 1988 yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian asalkan BUKAN bertujuan mengembangkan agama tersebut.

Benarkah Kristian tidak bertujuan mengembangkan agama mereka? lihat blog Sang Tawal.

Nampaknya kemelut ini bukan sahaja mendedahkan Anwar pada bahaya yang amat besar iaitu kemusnahan PKR lebih awal, malah turut mengheret PAS untuk ikut hancur bersamanya.

Adakah penyokong PAS mahu melihat sahaja?


Foto:
zaid jpg w=480 h=359
goliku.blogspot.com

4 comments:

  1. salam..

    pd saya kita x perlu caya sgt dgn psycho war game diorg nih..nampak bergaduh2 n nnti tetiba berpeluk2 cam kes mamat ni dgn sivarasa dulu..mnyampah tgk..setakat tgk..dengar boleh la..percaya jgn..

    lidah dia ni pun boleh tahan bercabang2 kalah biawak cam bos besau dia juga

    ReplyDelete
  2. Betul, kawan saya pun dah terjebak dari seorang muslim kini kepada seorang Kristian (MURTAD), terang terangan mengaku penganut agama tersebut di facebook dengan menukar identiti part english/malay. Bila ditanya punca kerana cinta berlainan bangsa c gadis tidak mahu menukar agama kepada islam, lagi bila ditanya ibubapa..diam seribu perkataan (agaknya) mak bapak dia tak tahu langsung. Kekawan, semakin jauh tak mahu masuk campur tapi kutuk belakang bukan nak menasihati atau memberi kesedaran. Inilah paling kita takuti, bila secara "halus" mereka menghalusinasikan minda umat islam. Kita bukan berada diindonesia, yang terang terang penggunaan kalimah ALLAH, berkahwin campur berlainan agama. Nama saja Indonesia dengan umat islam terbesar di dunia tetapi umat islam di indonesia itu sendiri tidak melakukan apa apa termasuk pemimpin. Balasan ALLAH kita boleh lihat dan didoakan agar Mlalaysia tidak menerima nasib yang sama, kerana segelintir munafik yg menyokong.

    Khalid Samad patut dipersalahkan kerana awal mac 2008 pembabitan beliau dalam isu ini terjadi. Kemudian pemimpin PAS memdiam diri kerana masih riak serta takbur kerna baru menang PRU12. Pembangkang memulakan isu ini, kini hendak cuci tangan, tp bagus jugak terang terangan c Khalid Samad ni masih tak sedar diri mendabik dada. Apa pun yang akan buka botol CHAMPANGE setiap hari dan meraikannya adalah DAPig.

    Itupun pun ada yang masih buta mata dan hati...

    ReplyDelete
  3. Salam bro, Anwar terkenal dengan putarbelit..... ini juga satu putarbelit yang sudah kita nampak... masakan Anwar mahu kehilangan satu kerusi ?

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.