Thursday, February 11, 2010
Gunakan ISA terhadap blogger melampau
Ekoran tindakan Nik Aziz mengambil tindakan terhadap blogger yang menghinanya, bagi Demang nampaknya Nik Aziz sudahpun membuka jalan agar blogger yang melampau ditangkap polis.
Demang nak bagi maklumat tambahan pada Nik Aziz agar tindakan turut diambil kepda beberapa blogger yang menyiarkan gambar fitnah yang amat tidak bertanggung jawab.
Kalau Nik Aziz rasa meloya, tak selesa, dan 'segan-segan' dengan Anwar kerana 'dipasangkan' dengan Anwar melalui foto tersebut, apa pula perasaan Najib yang berketurunan pejuang Bugis yang banyak berjasa dan berkorban dalam usaha menyebar dan mempertahan Islam di nusantara, kini gambarnya dibuat seolah beliau seorang KAFIR!
Oh ya. Nik Aziz juga eloklah nasihatkan anak buahnya belajar sejarah dengan cara yang betul.
Foto diambil daripada beberapa blog termasuk dari Warisan Pahang
6 comments:
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.
kalau nak tengok betapa kelam kabut PAS sekarang, lihat http://www.malaysiakini.com/news/124189
ReplyDeleteAssalamualaikum Cheguman,
ReplyDeleteApa khabar? Alhamdulillah, saya telah selamat kembali ke tanah air dan berkat doa Cheguman semua saya sihat di sana walaupun kaki memang sakit sikit kerana banyak aktiviti berjalan terutama bila Umrah.
Minyak Morhabishi juga banyak menolong bila saya gunakan tapi malangkan terlupa nak bawa ke tanah suci, hanya gunakan bila dah sampai ke rumah. Lain kali, InsyaAllah saya bawa ke mana juga. ha ha ..
Mengenai cadangan Cheguman ini, saya juga bersetuju. Para blogger biarlah bersederhana walaupun mahu membuat apa komen atau gambar pun. WaAllahuAlam.
nak ke nik aziz berbuat begitu? nanti dia akan cakap dia ada special kes.
ReplyDeletebiasalah golongan mereka hanya merasakan mereka sahaja yang betul.
SAYA SETUJU SEPERTI CADANGAN SDR, GUNAKAN ISA TERHADAP BLOGGER MELAMPAU. SAYA ADA CTH NAMA2 BLOGGER MELAMPAU SEPERTI: PARPUKARI (Blogger kuat maki dan carut), JEFFRYDAMIEN (Blogger suka buat grafik lucah) DLL. KITA PATUT ISA KAN MEREKA INI.
ReplyDeleteAnon,
ReplyDeleteSaya dah tengok. TK.
Makcik.
Selamat kembali. Byk juga perkara berlaku semasa Makcik di Mekah. Saya dah lancarkan blog baru chegumanonline.blogspot.com
YB Raz,
Kalau dilihat pada komen Freeman, susah jugak la sebab diorang cuma bersetuju jika dikenakan tindakan pada blogger prokerajaan.
Freeman,
Saudara baca blog prokerajaan sahaja kah?
muka sami tu cam najib la.. semua blogger dari mana2parti perlu ada etika..
ReplyDelete