Tuesday, February 2, 2010

Kes liwat: minta tangguh lagi


Mahkamah Tinggi tangguh perbicaraan kes liwat Anwar sehingga 2.30 petang esok untuk membolehkan peguamnya menemui Presiden Mahkamah Rayuan.

Sudah terang lagi bersuluh.

Disuruh meletak jawatan bagi membersihkan nama tidak mahu. Diminta bersumpah pun enggan. Diajak ke mahkamah, bertangguh-tangguh.

Belum cukup terang lagi?

Ketika ada kuasa dulu, dia ingat boleh menundukkan Musa Hassan (sekarang TS). Tak tahu dia bahawa bukan semua orang takut dengan kuasa. Apatah lagi kuasa yang disalahguna. Dia tidak tahu bahawa apabila aduan dibuat dan siasatan dimulakan maka ia tidak boleh dihentikan selagi belum selesai.

Maka siasatan akhirnya mendapati aduan yang dibuat ada asasnya dan tertuduh perlu membela diri.

Cuma nasib menyebelahinya. Barisan peguambelapun hebat. Akhirnya kelemahan teknikal menjadi alasan untuk mengenepikan pertuduhan liwat. Anwar akhirnya dipenjara kerana kesalahan penyalahgunaan kuasa.

Demang nak tanya: kalau benar-benar tak bersalah, kenapa Anwar perlu menyalahgunakan kuasa yang ada padanya? Kenapa tidak berdepan mengikut prosedur dan peraturan yang ada?

Itu sebabnya Demang kaitkan dengan pepatah 'sudah terang lagi bersuluh'. Yakni, sebenarnya terlalu banyak petunjuk yang mengarah 'ke arah itu' namun kerana kes ini menguntungkan banyak pihak, maka mereka memanipulasi secukupnya.

Bukankah jong pecah yu kenyang?

Ah! Kalau tak disuluhpun Demang dah nampak.

No comments:

Post a Comment

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.