Tuesday, February 2, 2010
siri perpecahan PR: Pulau Pinang terus bergolak
Pagi ini Anwar Ibrahim mengadap hakim mahkamah tinggi bagi menjawab pertuduhan salah laku seks atau lebih tepat lagi kes liwat.
Dalam keadaan kelam kabut itu, kemelut parti-parti politik pembangkang semakin genting.
Di Pulau Pinang, Huan Cheng Guan, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia menyatakan pemimpin-pemimpin DAP mula melihat PCM sebagai alternatif baru setelah Lim Guan Eng dilihat gagal menerajui Pulau Pinang dengan lebih adil.
Dalam pada itu Mohd Razali Abdullah, seorang ahli PKR yang merupakan bekas Ahli Majlis Perbandaran PP memfailkan saman terhadap Jeff Ooi Chuan Aun, Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri sebanyak 10juta kerana mengeluarkan kenyataan fitnah dan berniat jahat.
Tidak cukup dengan itu, Sekretariat Perhimpunan Melayu PP pula mencabar kerajaan PP mendedahkan senarai tender yang dikeluarkan kepada kontraktor Melayu dan bukan Melayu bagi membuktikan agihan kek ekonomi dibahagi secara adil.
Rasanya Demang tidak perlu ulas panjang. Rakyat boleh menilai sendiri yang mana kaca yang mana intan.
Salam satu Malaysia.
foto hiasan:
hurricane advice jpg
chiff.com
No comments:
Post a Comment
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.