Monday, February 8, 2010

lewat lazim liwat tak lazim


'Perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim ditangguh esok bagi pembelaan mohon Hakim Mohamad Zabidin tarik diri daripada dengar kes.'

Demikian berita yang Demang terima lewat SMS tengahari tadi.

Demang kata 'lewat', bukan 'liwat'.

Orang Malaysia jarang mengucap atau menulis ayat seperti itu. Ayat Demang itu lebih mirip Indonesia. Di Malaysia, perkataan 'lewat' tadi biasanya diganti dengan 'melalui'. Maka ayat yang lazim digunakan ialah:

'Itulah berita yang Demang terima melalui SMS tengahari tadi.'

Sebenarnya Demang gunakan ayat yang tidak lazim kerana terikut-ikut dengan Anwar yang sering bertindak di luar kelaziman. Ada orang gunakan istilah 'songsang' manakala ada pula yang menganggap ia sejenis kelainan.

Demang rasa istilah 'rambang' tidak sesuai digunakan di sini.

Demang nak tanya, adakah lazim seseorang tertuduh menentukan siapa yang patut dan tidak patut mengadili kesnya?

Itu lah sebabnya Demang katakan Anwar ni suka benda-benda yang tak lazim.

Sementara itu, esok satu keputusan penting akan dibuat oleh mahkamah. Demang katakan PENTING bukan sahaja kerana ia melibat sebuah kerajaan malah kerana ia juga melibatkan penderhakaan seorang pembesar terhadap sultan.

Cheguman cuba mengaitkan kes tersebut dengan kesah Pak Kaduk yang mencabar raja bersabung ayam dalam blognya Cheguman Online.


foto sekadar hiasan:
afraid jpg
open.adoptionblogs.com

1 comment:

  1. Kalau dulu, "Lewat" selalu dikaitkan dengan "Orang Melayu", asal buat temujanji, sampai ke tempat yang dijanjikan lewat seteengah jam....Tapi itu dulu, kini Melayu dah tak lewat lagi, tetapi kadang2 "meliwat".


    Tapi kena faham, "liwat" yang dimaksudkan mungkin bermaksud apa sahaja...."main belakang", "kena tipu", "kena kencing", "kena main" dan bermacam-macam lagi mengikut interpertasi dan "kotornya" otak "anda".


    Mungkin itulah yang dimaksudkan oleh Jefry dari Blog Dimensi.

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.