Tuesday, February 9, 2010

Nizar Penderhaka Menang Demang Berkabung


Seluruh rakyat diminta bertenang dan menerima dengan terbuka keputusan mahkamah terhadap siapakah yang lebih layak memegang tampuk pemerintahan negeri Perak.

Hari ini mahkamah akan membuat keputusannya.

UMNO pernah menghadapi situasi genting begini dan mahkamah akhirnya memutuskan UMNO bersalah dan diharamkan. Keputusan tersebut memberi impak yang amat besar kerana ia menyebabkan jawatan PM tidak layak lagi dipegang oleh Dr Mahathir. Parti yang berhak ketika itu ialah MCA.

Namun MCA bertindak rasional. MCA melihat tidak ada gunanya menangguk di air keruh. Keputusan pilihanraya, komposisi penduduk dan faktor sejarah jelas menunjukkan orang Melayu paling berhak mentadbir negara.

Malah Yang DiPertuan Agong pasti tidak akan merestui selain Melayu menjadi PM walaupun perlembagaan membenarkan.

Kronologi di Perak:

PRU-12 menyaksikan keputusan rakyat seperti berikut:

UMNO 27 kerusi
MCA 1 kerusi
MIC tiada kerusi
PAS 6 kerusi
PKR 7 kerusi
DAP 18 kerusi

Jelas bahawa majoriti rakyat memilih UMNO. Malah PAS dan DAP dalam kempen pilihanraya tersebut menyatakan bahawa mereka tidak akan bergabung.

Namun PAS dan DAP mungkir janji. PAS menerima tawaran DAP untuk bersekedudukan dengan imbuhan jawatan MB. Dalam masa yang sama PAS menolak jemputan UMNO bagi perkara yang sama.

Berpegang pada prinsip demokrasi maka Sultan Perak bersetuju melantik Nizar menjadi MB Perak tanpa restu majoriti rakyat Perak terutama orang Melayu.

Tidak lama Nizar menjadi MB lantikan DAP, pemimpin Melayu PKR cepat menyedari kepincangan dalam pentadbiran Perak. MB sekadar boneka DAP. Beberapa orang ADUN PKR bertindak keluar daripada pakatan tidak berdaftar tersebut.

Kehilangan YB-YB tersebut membawa implikasi Nizar kehilangan majoriti di DUN. Atas faktor penting itu maka Sultan Perak menasihatkan Nizar melepaskan jawatan bagi membolehkan Baginda melantik MB yang menepati kehendak demokrasi.

Nizar membantah nasihat Sultan Perak dan membawa kes itu ke mahkamah. Kali pertama, Nizar berjaya. Namun empat orang hakim yang mendengar rayuan kali kedua memutuskan Nizar tidak berhak ke atas jawatan tersebut.

Nizar tetap tidak berpuas hati dengan keputusan Sultan Perak yang dikatakan memecatnya. Nizar menggunakan saluran undang-undang sekali lagi bagi mencabar kehendak raja. Nizar berpendapat Sultan Tidak berhak menentukan siapa yang patut menjadi MB Perak.

Bagi Demang, Nizar adalah penderhaka. Justeru jika Nizar menang hari ini, Demang akan berkabung. Demang bukan membantah keputusan mahkamah namun Demang menerimanya dengan perasaan amat tidak puas hati.

Institusi kesultanan di Tanah Melayu sudah dicabul. Penderhakaan dilakukan oleh anak Melayu sendiri yang bersekongkol dengan segelintir warga bukan Melayu. Lebih malang lagi mereka mengeksploitasi istilah 'RAKYAT' dengan jenama PAKATAN RAKYAT sedangkan mereka tidak pernah diberi izin oleh majoriti rakyat bagi menggunakan rangkaikata tersebut.

Demang tidak mengajak orang lain berkabung. Namun Demang tetap akan berkabung!

Sudah terang lagi bersuluh; Nizar dan penyokongnya adalah penderhaka. Hal ini akan tercatat dalam sejarah sampai bila-bila!

Lihat interpretasi Cheguman tentang penderhakaan Pak Kaduk dalam Cheguman Online.


foto:
azlan gif
sultan.perak.gov.my

6 comments:

  1. UMNO 27 kerusi
    PAS 6 kerusi
    PKR 7 kerusi (-2)

    Suara rakyat, suara keramat.
    Hidup UMNO, hidup melayu Islam.

    ReplyDelete
  2. Salam Demang dan kwn2...

    Perjuangan kita sudah berada dilandasan yang betul, kawan dan taulan yang berjuang menegak kebenaran tetap berada bersama kita.

    Kita hadapi dengan tenang, kita imbas kembali berapa ramai orang melayu yang terpaksa mati berkorban dalam mempertahankan negara dari dijajah oleh kumunis dikala itu, meninggalkan sanak saudara dan keluarga tercinta mati terbunuh.

    Melayu hancur kerana melayu itu sendiri....kita sama2 pastikan melayu spt itu, melayu yg tdk bermaruah akan hancur di bumi bertuah Malaysia ini...

    Asalamualaikum dan salam perjuangan dri Pakmie dan rakan BPN..

    ReplyDelete
  3. salam semua..dlm kes ni pun sy sgt setuju dgn pendapat demang..nizar tu layak nya dihukum pancung je..

    sbgai rakyat johor..sy dulu fikir nape la raja aku tu garang n hangin semacam jek..denga nama sultan iskandar je kecut..

    tp skrg ni sy fikir sgt bagus klau ada raja yg cam tu..sbb sultan iskandar gak la sekolah agama rakyat johor wujud smpai skrg..mm..igt lagi time pak lah dulu dia dtg bukit serene nak pujuk sultan supaya bg lepas mb johor jadi menteri tapi x lepas gak...

    klau sultan iskandar tu masih sihat cam dulu sy pasti dah ditampar nya mangkuk2 ayun ni n sapa2 yg mempermainkan kalimah Allah tu..

    kekadang sy ada juga dengar ucapan raja2 yg gunakan "saya" maybe nak wujudkan rasa mesra..tapi sy lebih suka klau raja2 ni gunakan wording "beta" so secara x langsung sedar sikit la komunis2 pendatang nih..

    satu lagi kalau kembali kan kuasa penuh raja pun ok juga..sbb dulu tu kan annnnnnnnnnnnnnua yg paksa..klau tak dia nak buat road show nak ajak rakyat memberontak..

    apa pun Alhamdulillah..kuasa masih pada zambry bukan si nizar keparat tu..dan yg paling penting sekali terima kasih pada tuanku sbb buat keputusan yg amat tepat utk selamatkan perak..Daulat Tuanku!

    ReplyDelete
  4. Kalau X pancung pun, buang negeri pun boleh...Hantar balik negeri Cina....Itupun kalau dia orang nak terima lah....

    Kalau berkabung nak buat apa Chegu? Ni dah menang boleh lah cukur kepala kasi...botak...:)

    ReplyDelete
  5. begitulah selayaknya harga yang terpaksa dibayar oleh PAKATAN di Perak...dulu diberikan peluang memerintah, lain jadinya...MB yang ada sebagai keldai suruhan DAP...

    sekarang ni, kena terima keputusan mahkamah dengan hati terbuka...lepas jangan ada yang cabar supaya bubar DUN...bukan takut, tapi buang masa & tenaga & RM...

    kalau nak tunjuk bagus sangat, PRU 13 nanti ye...

    tahniah orang YEOP..MB sekarang ni, jangan malas kerja...jangan dok leka dengan ape yang dimiliki...kerja tak betul, tuhan tarik balik nikmat tu...

    tengok-tengok skit YB BN kat sana...exco juga jangan lupa perhatikan juga...maner tahu, ada yang tak buat kerja ke, makan rasuah ke...dok songlap sana...songlap sisi....

    jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga....jangan ulang balik ape yang PAKATAN dah buat dulu....

    ikhlas...dari anak perak yang dah lama menetap kat selangor....

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.