Monday, March 29, 2010

BN akan kecundang di Hulu Selangor


Baru sahaja Demang tulis yang BN akan menang di Hulu Selangor, hari ini tajuknya sudah berubah. Kenapa?

Dalam PRU12 BN meletakkan calon MIC di Hulu Selangor walaupun kaum India bukanlah majoriti pengundi di situ.

Malah bukan rahsia lagi betapa tidak ada satupun kawasan parlimen di Malaysia yang majoritinya pengundi India. Namun atas dasar tolak ansur maka UMNO memberi laluan kepada kaum India meletakkan calon mereka samada MIC mahupun PPP di kawasan yang dikuasai pengundi Melayu.

Sudah tentu UMNO bukan setakat meletakkan calon India di situ bahkan bertungkus lumus berkempen bagi memastikan calon tersebut menang.

Bukan mudah meminta dan memujuk pengundi Islam memilih bukan Islam sebagai pemimpin mereka. Namun atas dasar tolak ansur dan kerjasama maka orang Melayu sanggup berkorban. Hal yang sama juga berlaku di Sungai Siput iaitu Samy Vellu diberi peluang selama TUJUH PENGGAL oleh pengundi Melayu di situ.

Ciri utama sesuatu kawasan yang diberi kepada calon India ialah ia merupakan kubu kuat UMNO!

Namun alangkah sedihnya apabila dalam PRU12 yang lalu majoriti pengundi India menyokong calon pembangkang (PKR/DAP/PAS). Bahkan Di Perak, MIC kalah di semua kawasan DUN mengakibatkan BN gagal membentuk kerajaan negeri dalam pusingan pertama. Mujur ada pusingan kedua.

Penolakan masyarakat India terhadap UMNO bukan rahsia lagi. Begitu juga majoriti masyarakat Cina. Itulah faktor kenapa BN kehilangan majoriti 2/3 dalam PRU12. Orang Melayu sudah semakin sedar dengan realiti ini. Orang Melayu sudah faham bahawa UMNO tidak kalah dalam PRU12 sebaliknya dikhianati. BN disabotaj.

Maka Demang amat khuatir gerakan besar-besaran menolak calon India akan belaku sebagai protes dan akan bermula di Hulu Selangor.

Demang tidak bercakap kosong atau sekadar menyuarakan pendapat peribadi. Bahkan jika dilihat posting Demang sebelum ini meramalkan BN akan menang di Hulu Selangor. Maksudnya, artikal ini bukan pendapat Demang sebaliknya ditimbulkan rakan-rakan yang merupakan pemerhati politik tanahair. Lebih dari itu, ia adalah hasrat orang Melayu sebagai respon kepada pengkhianatan rakan kongsi mereka.

Namun Demang masih yakin BN akan menang di Hulu Selangor dengan syarat calonnya mestilah daripada UMNO sebab majoriti pengundi di situ adalah orang Melayu.



foto sekadar hiasan:
achi siruvanur india
suhellyeah flickr.com

8 comments:

  1. Salam bro,

    Saya sangat mengharapkan agar BN meletakkan calon daripada UMNO di Hulu Selangor kelak.

    Posting diblog saya tentang harapan kearah itu saya biarkan sehingga saya melihat adakah BN benar-benar mahu berubah...

    saya belum lagi menulis artikel lain sehingga kita semua tahu siapa calon disitu...

    Banyak pemimpin Melayu yang layak untuk diletak sebagai calon disana jika BN mahu menang. Seperti Tan Sri Muhd Muhd Taib, Datuk Zainal Sakom dan lain2 lagilah..

    ReplyDelete
  2. Demang setuju dengan Hilbert. Tan Sri Muhd Muhd Taib akan jadi macam TS Isa di NS.

    ReplyDelete
  3. yang penting calun dari UMNO kena bertanding kat sana, tu pun kalau BN nak balik kerusi tulah...

    ReplyDelete
  4. Blogger-blogger pro UMNO/BN yangf rata-ratanya orang Melayu kena terus berperanan mendesak secara maya di blog masing-masing untuk memberi isyarat jelas dari rakyat Hulu Selangor bahawa UMNO adalah calon terbaik untuk prk ini...

    ReplyDelete
  5. saya setuju. kawasan majoriti melayu. adalah lebih baik diletak calon melayu.

    calon mic dahulu sudah kalah. inipun mic masih belum pulih dari kemelut dalaman.

    cuba kalau calon melayu diletak dikawasan pengundi cina. apa akan jadi? adakah mca dan gerakan akan membenarkan?

    sama samalah kita fikir

    ReplyDelete
  6. Hanizam,
    Itulah yg saya maksudkan.

    Detguaq,
    saya sokong! Itulah caranya.

    YB Raz,
    Betul. Diorg takkan undi Melayu.

    ReplyDelete
  7. Pencinta melayu said:
    salam,.

    syarat untuk meletakan calon sesuatu parti komponen adalah dengan melihat paratusan kuota kaum yang mengundi di sesuatu kawasan yg telah dipersetujui,betul?

    jadi,apabila calon yang diletakan bukanlah dari Umno,maka peratusan pengundi malayu adalah lemah atau tidak mencukupi kouta peratusan bg umno meletakan calonnya,

    maka kesimpulannya,.....

    ReplyDelete
  8. pencinta melayu,
    Betul. Sebab tu peratus undi rosak tinggi di situ dlm PRU12.

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.