Tuesday, March 30, 2010

Kertas ujian untuk kaum India


Masuk bulan ketiga 2010 boleh dikatakan semua sekolah sudah mengadakan ujian. Anak-anak Demang juga tidak terkecuali. Ketika Demang masuk ke bilik, putera kecil Demang sedang berdiri terkebil-kebil di hadapan ibunya. Kad berwarna biru terdampar di atas meja.

Melihat pada wajah serius isteri, Demang sudah mengagak bahawa laporan ujian pasti tidak memberangsangkan.

"Mulai hari ini, siaran kartun cuma pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Itupun secara terhad. Sampai keputusan ujian memuaskan hati baru boleh bebas semula." isteri Demang menjatuhkan hukuman.

Putera Demang diam tidak berani membantah. Sepaling tidak pun, dia bersyukur kerana tidak dileter atau dimarahi. Nampaknya dia tahu kesilapannya. Si abang tiada masalah sebab masih berada dalam rangking terbaik sekolah.

Demang percaya ada ketikanya orang bersalah perlu dihukum dan kadang kala boleh dimaafkan dengan amaran.

Dalam kes tadi, ujian yang dijalankan di sekolah menunjukkan putera Demang gagal melepasi tahap yang dikehendaki. Nasib baik ada ujian. Jika tidak, kami pun tidak tahu bahawa anak kami kurang memberi tumpuan pada pelajaran.

Ujian bukan hanya berlaku di sekolah. Ujian ada di mana-mana. Bukanlah suatu yang asing bagi orang cina menguji rakan-rakan mereka dalam perniagaan. Saya pernah membaca tentang ini, lama dahulu. Contohnya dengan cara meminjam wang walaupun ketika itu tidak memerlukan wang tersebut. Sekadar menguji. Dari situ dapat diketahui adakah orang yang cuba dipinjam itu benar-benar rakan sejati yang boleh diharapkan ketika susah nanti.

Demang lihat kaum India sudah lama tidak diuji kesetiaan mereka. Dalam PRU12 ternyata mereka mengundi atas dasar untung dan rugi semata-mata. Padahal UMNO memberi mereka kerusi atas dasar setiakawan.

Sudah tiba ketikanya kita memberi kertas ujian kepada kaum India di Hulu Selangor bagi melihat adakah mereka mampu setia pada kerjasama yang dibentuk sekian lama. Lebih penting lagi adakah mereka boleh dijadikan sahabat seperjuangan?

UMNO tidak perlu bimbang. Di Hulu Selangor terdapat anggaran 50% pengundi Melayu berbanding Cina 25% dan India 19%. Kaum lain cuma sekitar 6%. Dalam amalan demokrasi di Malaysia, kaum minoriti menjadi penentu keputusan.

Kenapa? Lazimnya pengundi akan memilih calon daripada kaum sendiri sebagai wakil mereka. Namun dengan adanya parti yang bertentangan maka kaum yang menjadi majoriti cenderung terbahagi dua. Di sinilah peluang kaum minoriti mengambil kesempatan melalui penyatuan mereka. Hal ini dibuktikan berkali-kali dalam setiap pilihanraya.

Jika orang Melayu terbahagi dua iaitu 50% mengundi BN manakala 50% lagi mengundi pembangkang, masih tidak mengapa. Di sini kita akan melihat keputusan sebenar nanti. Takkanlah kita tidak dapat menarik 50% undi kaum Cina. Maka di sinilah undi kaum India menjadi penentu. 60% daripada undi kaum India sudah cukup bagi memberi kemenangan pada calon UMNO.

Jika BN kalah di Hulu Selangor, bermakna kaum India gagal dalam ujian kesetiaan ini!

Bagaimana jika UMNO kalah? Apa nak disusahkan. Kalau 10 kali kalah pun, UMNO masih kekal sebagai pemerintah. Yang penting kita sudah ada bukti bahawa kaum India tidak boleh dibuat kawan.

Kaum India tidak ada satupun kawasan majoriti di Malaysia. Selama ini ia bergantung pada UMNO. Jika UMNO tidak memperdulikan MIC, mereka boleh mengadu pada DAP atau PKR. Bahkan mereka boleh menyokong PAS. Silakan. Lihatlah bagaimana mereka di layan nanti oleh parti-parti tersebut.

Demang percaya. Setelah mengalami sendiri nasib buruk berada di bawah PR, orang India akan kembali berkawan dengan UMNO.

Demang bukan nak bermusuh dengan kaum India tetapi mahu mereka memperbetul semula niat bersahabat dengan orang Melayu yang begitu terkenal dengan semangat setiakawan mereka.

Demang yakin, setelah lulus ujian kesetiaan ini MIC akan lebih dihargai dalam BN.

No comments:

Post a Comment

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.