Tuesday, March 30, 2010
I Malaysia, konsep Yahudi
Hari ini Demang rasa Anwar ada buat sedikit jasa pada negara sejak tersingkir daripada kerajaan. Teguran beliau terhadap penggunaan syarikat yang ada hubungan dengan Yahudi wajar diambil ingatan oleh kerajaan. Mana-mana Yahudi sekalipun tidak wajar diberi peluang mendekati teras negara.
Maklumat yang betul walaupun diucap oleh orang yang tak betul tetap betul. Itu pendapat Demang. Walaupun tindakan kerajaan menggunakan syarikat Yahudi dianggap lebih selamat berbanding tindakan individu meminta bantuan Amerika yang semua orang tahu dikuasai Yahudi, namun bagi Demang ia patut dihindari. Kejahatan Yahudi sudah tercatat dalam Al-Quran.
Cuma Demang berpendapat meniru pendekatan Yahudi dalam 1 Malaysia tidak ada salahnya. Bahkan peniruan suatu konsep yang terbukti berkesan adalah satu idea biasa yang hebat.
Demang ulangi, 'peniruan suatu konsep yang terbukti berkesan adalah satu IDEA BIASA yang hebat'.
Contohnya... Demang rasa tak perlulah contoh dalam perkara ini sebab tindakan meniru idea yang sudah ampuh adalah tindakan lumrah manusia di mana-mana dan merupakan kaedah paling berkesan untuk berjaya. Salah satu kebaikannya ialah ia dapat menurunkan risiko kegagalan ke paras paling minimum.
Selain itu ketika meniru sesuatu, sudah tentu kita tidak akan meniru semuanya sekali. Kita akan menyingkirkan semua kelemahan dan hanya akan mengambil yang terbaik sahaja.
Justeru Demang tambah yakin konsep 1 Malaysia akan memacu kita semua menuju Wawasan 2020 dengan lebih mantap.
Demang sempat melihat tadi pelbagai rancangan diatur kerajaan bagi membawa seluruh rakyat Malaysia menuju negara maju 2020.
foto:
logo 1malaysia jpg
219 x 405 | 9k moneyisanything.blogspot.com
3 comments:
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.
Assalamu'alaikum,
ReplyDeleteSila Wiki "1Malaysia" dan "One Israel", pasti anda dapati definasi yg sangat berbeza.
Sila Google/Yahoo/Wiki "One Israel", pasti terjumpa laman web Knesset (parlimen Israel) - http://www.knesset.gov.il/faction/eng/FactionListAll_eng.asp?view=1 -, "One Israel" tu group anggota parlimen Israel satu masa dulu hingga 2003. Kini dah tak de group "One Israel" lagi.
Buat pengetahuan semua.
Nani Cheras
terima kasih Nani.
ReplyDeletepencinta melayu said:
ReplyDeletewalamak,tenkayu nani,betul la,satu informasi yg hebat,betul,meniru secara bijak adalah lebih baik dari ambil bulat2,
betul,yahudi sepatutnya sedikitpun tidak boleh mendekati negara kita walau apa cara sekalipun,
tapi saya pasti,walau apa jua sekalipun cara,yahudi akan tetap cuba memasuki negara,kerana islam di Malaysia masih lagi utuh,walaupun ade yang melihat keislaman di malaysia semakin hancur,tapi pada hakikatnya yang sebenar,jauh lebih baik dari keadaan di timur tengah..
jadi,saya juga harapkan supaya kerajaan lebih peka tentang penglibatan secara 'tak lansung' mereka,walaupun mungkin ada strategi kerajaan yang tak mampu untuk diterangkan kepada rakyat(rahsia negara),tapi sebaiknya.....
semoga wawasan 2020 akan berjaya hendaknya...amin