"Penulis blog Kickdefella beri keterangan kepada SPRM berhubung dakwaan menerima lebih RM4 juta bagi memburuk-burukkan pentadbiran Abdullah."
Serta-merta Demang teringat perbualan dengan seorang teman suatu ketika dulu. Kawan Demang ini biasa bergaul dengan blogger pembangkang dan pernah mengikuti mereka membuat liputan di tempat ceramah pembangkang.
"Sekali imbas nampak biasa sahaja. Kereta yang digunakan pun buruk. Tapi, sebaik sampai di lokasi, terperanjat aku tengok peralatan canggih diorang. Tu sebab diorang boleh buat liputan secara langsung. Dalam masa beberapa minit sahaja bahan termasuk video ceramah sudah tersebar ke seluruh dunia."
Demikian cerita teman sekampung Demang itu.
Apabila mendengar pendedahan Kickdefella sekarang maka fahamlah Demang bagaimana blogger pembangkang yang cuma berkereta buruk mampu memiliki peralatan multimedia serba canggih.
Demang sendiri terpaksa buat pinjaman persendirian untuk membeli sebuah laptop. Selain untuk menyiapkan tugas sekolah, dapatlah Demang membantu serba sedikit menjawab tohmahan pembangkang terhadap kerajaan.
Pernah Demang usulkan kepada seorang sahabat yang menjadi pengarah di sebuah jabatan kerajaan agar mengeluarkan peruntukan untuk blogger yang mempertahankan negara. Namun cadangan tersebut ditolak serta merta atas alasan tidak mahu disalah anggap oleh pembangkang.
Rupa-rupanya, 'tak boleh kerana kerajaan BN yang buat. Tapi kalau pembangkang atau kerajaan PR yang buat, tidak mengapa.'
Sumber berita:
BH 30/04
itulah masalah kita chegu..
ReplyDeleteBN tak bagi peruntukan kepada semua blogger.
hanya setengah je dapat dan lain tak dapat.
kawe sendiri guna kad kredit beli laptop.
nak harapkan diberi blackberry ? jauh laaa sekali
kadang2 kecik hati juga. ttp bila fikirkan durjana pakatan rasa semangat balik..
tapi bila tengok golongan berlagak dari geng blogger rasa menyampah pun ada
lagi teruk dok reka komen syok sendiri hahahah
perangai pun boleh tahan
apa boleh buat chegu nasib badan.
boleh copy ni..
ReplyDeleteKickdefella bagi keterangan rasuah
"Penulis blog Kickdefella beri keterangan kepada SPRM berhubung dakwaan menerima lebih RM4 juta bagi memburuk-burukkan pentadbiran Abdullah."
Serta-merta Demang teringat perbualan dengan seorang teman suatu ketika dulu. Kawan Demang ini biasa bergaul dengan blogger pembangkang dan pernah mengikuti mereka membuat liputan di tempat ceramah pembangkang.
---------------------------------
Pernah Demang usulkan kepada seorang sahabat yang menjadi pengarah di sebuah jabatan kerajaan agar mengeluarkan peruntukan untuk blogger yang mempertahankan negara. Namun cadangan tersebut ditolak serta merta atas alasan tidak mahu disalah anggap oleh pembangkang.
Rupa-rupanya, 'tak boleh kerana kerajaan BN yang buat. Tapi kalau pembangkang atau kerajaan PR yang buat, tidak mengapa.'
__________________
soalannya, demang ni mintak rasuah ke ni???? boleh dakwa ni.. mintak rasuah,, wakakakaka
__________________________
BN tak bagi peruntukan kepada semua blogger.
hanya setengah je dapat dan lain tak dapat.
kawe sendiri guna kad kredit beli laptop.
nak harapkan diberi blackberry ? jauh laaa sekali
-----------
ni apa pulak???
rasuah gak niiiiihhh...