Sunday, September 5, 2010
buang tanda 'Islam'
Kira-kira jam 2.00 pagi tadi Demang keluar ke gerai berhampiran untuk membeli dua bungkus nasi goreng untuk putera-putera Demang.
Walaupun adik beradik namun selera mereka jauh berbeza. Si abang mahukan extra pedas manakala si adik langsung tidak tahan pedas. Sanggup berlapar jika makanan pedas namun tidak pula dia merungut. Cuma kita yang kasihankan dia terpaksalah menyediakan dua versi nasi goreng.
Jadi, semasa memesan itu Demang beriya-iya memberitahu pelayan kedai itu agar tidak tersilap.
"Jangan lupa tandakan nasi goreng yang pedas tu, ye." Pesan Demang bersungguh-sungguh.
Ketika di rumah, Demang memberitahu anak-anak: "Yang bertanda 'x' tu pedas".
Dalam keadaan mengantuk itu tiada sepatah katapun terbit daripada mulut kedua-dua mereka. Mereka terus menyuap makanan ke dalam mulut dan tiba-tiba si adik menjerit: "Ah, pedasnya!"
"Eh, tadi dah ada tanda, kan? Kalau camtu, baik tak payah tanda." sahut si abang.
Bukan salahnya kerana tidak bertanya. Melalui pengalaman dan sedikit kemahiran berfikir, mereka serta merta faham jika yang bertanda 'x' itu pedas maka yang tidak bertanda itu sudah tentulah sebaliknya.
Nampaknya kali ini dia terkena. Walaupun tidak bertanda, namun pedasnya sama sahaja.
Tiba-tiba Demang teringatkan dua parti politik di negara kita. Yang satu ditandakan dengan perkataan 'Islam' manakala yang satu lagi tidak.
Padahal dari segi pengisiannya, parti yang tidak bertanda 'Islam' itu dipimpin orang Islam dan meletakkan agenda Islam sebagai perjuangan utamanya.
Bahkan, perlaksanaan Islam dilakukan secara terancang dan teratur sejak merdeka sehingga rakyat yang berbilang kaum tidak terasa.
Parti yang bertanda 'Islam' itu pula memang nampak bersungguh-sungguh untuk meletakkan Islam sebagai perlembagaan negara. Namun mereka agak agresif dan sukar diterima kaum lain. Cuma sejak akhir-akhir ini mereka semakin kendur dan lunak terhadap parti ultra kiasyu DAP.
Sayangnya, dengan pendekatan tersebut kedua-dua parti orang Islam tersebut sudah jadi serupa sahaja.
Justeru tanda 'Islam' pada parti tersebut sudah tidak relevan lagi, bahkan mengelirukan.
foto:
jeffparish.net
3 comments:
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.
Cheguman,
ReplyDeleteJika Al Quran dijadikan perlembagaan di negara kita yang 47% terdiri daripada bukan Islam, bagaimana jika berlaku perbahasan di parlimen? Apa implikasi jika perlembagaan itu hendak dipinda? Bersetujukah org bukan Islam untuk mengharamkan sebarang pindaan terhadap perlembagaan hanya kerana org Islam tidak mahu ia dipinda (kerana Al Quran tidak boleh dipinda). Bagaimana pula reaksi masyarakat antarabangsa apabila Malaysia menggunakan perlembagaan yg tidak boleh dipinda?
Tidakkah nanti US akan menyerang Malaysia sebagaimana Iraq kerana mengekalkan Nik Aziz/Hj Hadi yang menolak perbahasan perlembagaan di parlimen (baca, menolak demokrasi).
Putera Ledang
Mana ada lambang Islam. Lambang bendera PAS bertaklidkan Jepun. Yang membedzakan warna hijau dengan putih sahaja manakal logo mengambil logo israel: PAS for all.
ReplyDeleteDahlah tu, tak payah tukar-tukar. Rasanya dah padanlah tu.
agbr47: Parti yang di agamakan, parti agama pas.
Dah la bulat kosong pula apa ertinya.Tiada perjuangan.Kosong...kosong..kosong.tiada perjuang ,mana perjuangan membangun bersama islam selama ini,kenapa takut kepada Dap?
ReplyDelete