Monday, September 6, 2010

PAS kuat UMNO lemah?



Betul ke? Ya, kalau begitu yang anda ingin fikirkan.

Namun sejak PRU pertama dulu PAS tidak pernah bertanding lebih daripada 50% daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan. Ertinya PAS sendiri sedar parti itu tidak pernah diterima majoriti orang Islam.

Kemudian, dalam setiap keputusan PRU juga menyaksikan PAS sekadar mendapat simpati kurang daripada 15%. Contohnya dalam PRU-12 PAS cuma dapat 22 kerusi atau 10.3% sahaja.

Ertinya hanya segilintir ummat Islam di negara ini yang mengundi PAS.

Apa maksud info di atas? Sebenarnya ia adalah realiti politik yang kurang disedari umum. Bukan ia tidak didedahkan tetapi tidak difahamkan kepada rakyat.

Maksud Demang, rakyat tak faham!

Sebenarnya bukanlah rakyat yang sengaja enggan faham. Demang percaya, itu adalah salah satu kejayaan para pengacau negara mengelirukan minda rakyat.

Berdasarkan realiti tadi fahamlah kita sekarang. Bahawa PAS tidak pernah menjadi kuat. Hanya persepsi umum yang menganggap begitu. PAS dilihat kuat dalam keadaan UMNO lemah. Apabila UMNO pulih semula daripada kecederaannya, PAS akan kembali pada sifat originalnya iaitu sebuah parti serpihan yang sekadar menjadi penegur dan pengimbang pada keputusan kerajaan.

Barangkali cuma tingggal satu persoalan: bilakah UMNO akan pulih?

Hakikatnya UMNO bukan rosak teruk. Hanya cedera ringan. Pun begitu, usaha untuk meningkatkan kecekapan UMNO dilakukan secara agresif di bawah Najib.

Jika anda tidak nampak perubahan pesat yang sedang dilakukan, nyatalah bahawa anda memang bodoh. Sudah tentu anda tidak mahu mengakuinya, bukan?

Cabaran utama UMNO ialah apabila orang Cina sudah menolak MCA dan memilih DAP.

Kenapa demikian? Lu pikir la sendiri.

1 comment:

  1. Demang,
    Aku yakin PRU13 Melayu pilih UMNO. Bukan UMNO kuat tetapi Melayu protes pembangkang yang membuktikan mereka putar alam.

    agbr47: 2 tahun belum pulih kecederaan?

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.